Friday, July 10, 2009

aku punya teman

Seorang teman berbicara ringkas tapi cukup melenturkan...

"When u find Love, appreciate it, Take care of it..be true to it and make GOOD USE of it coz LOVE come unseen..
You can only see it when its GONE!~"

Temanku percaya bhw seseorang memang ditetapkan untuk kita. Samada kita suka atau tidak. Yang pasti apa jua keadaan kita perlu sabar dan cuba untuk memahami. Itu adalah perkara yang paling sakit dan susah untuk dimulakan tetapi sangat tenang apabila kita berjaya lakukan...terima setiap ujian dan cuba perbaiki sedikit demi sedikit kesilapan kita dan bertawakallah kepada DIA.. ur nobody without HIM...takkanlah Tuhan tu bagi ujian kepada kita tanpa sebab kan? yang penting kita kena kuat kerana semua yang terjadi pasti bersebab.

"Bila Allah cepat makbulkan doamu maka DIA menyayangimu...bila DIA lambat makbulkan doamu,maka DIA ingin mengujimu..bila DIa tidak makbulkan doamu maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu"

Kadang-kadang apa yang kita ada sekarang kita tak tahu bersyukur tapi bila dah hilang baru nak menyesal. Masa tu dah tak ada gunanya lagi sebab kita tak tahu apakah yang kita akan perolehi lagi sebaik yang kita ada sekarang. Bersyukurlah...Bersyukurlah atas kurniaanNya pada kita....
Related Posts with Thumbnails