Monday, December 8, 2014

Resepi Karipap Roti Special

Bahan-bahan

12 keping roti
*sebiji telor untuk egg wash

Bahan2 inti

200gm ayam @ daging - potong kecil2.
500gm ubi kentang potong dadu
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
Cili mesin - 2 sudu besar
Serbuk kari ayam - 3 sudu besar
1 labu bawang besar - potong dadu
Daun sup hiris nipis
Minyak untuk menumis
Air

Cara penyediaan,

Tumbuk lumat bahan bertanda
Campurkan bahan2 tumbuk, cili mesin, serbuk kari bersama sedikit air, kacau sebati
panaskan minyak dan tumis bahan tadi hingga garing dan naik bau
masukkan ayam, daging dan sedikit air
bila ayam da empuk, masukkan kentang bersama air secukupnya untuk mengempukkan ubi tadi
masukkan garam
masukkan daun sup bawang besar yang dipotong dadu
gaul bahan sehingga kering
sejukkan dan sedia digunakan

Panaskan oven 180C
gelek roti hingga nipis dan potong roti bentuk bulat guna cawan atau cutter
letak inti dan cantumkan bhgn tepi roti dan picit bhgn keliling tepinya
tekan bahagian tepi roti guna garfu kecik
sapu karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata, jgn sampai meleleh nt roti melekat kat dulang
bakar karipap roti lebih kurang 15min atau hingga perang
#karipap buleh dikeluarkan dr oven 10min selepas dibakar, balikkan ia dan sapu telur pd bhgn seblah lagi, masukkan ke dlm oven dan teruskan membakar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails