Petikan dari seorang teman.....
" u know why god created the gap between fingers?..so that someday the 1,who made for u, will comes and fill those gaps by holdings your hand 4 eva..but WHO?..only god know about it..just wait & see "
Friday, November 28, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Teman, biarkanlah...
Sedetik waktu ada seorang teman yang sentiasa meragui mengenai dirinya dalam perhubungan. Tiga jiwa bersama tetapi tidak mungkin untuk bersama. Memang ada takdir yang pernah menemukan ramai jiwa menjadi satu. Kadangkala terfikir mengapa harus tiga jiwa menjadi resah? Antara teman dan kekasih, mengapa mereka tidak boleh bersatu kekal dalam sebuah perhubungan teman walaupun ada diantaranya sudah terisi kasih kekasih dalam diri.
Kekasih, mengapa tidak membenarkan perhubungan teman terus berlanjutan dan biarkan ianya kekal sampai ke akhirnya. Bukankah sebuah perjanjian dalam sebuah hubungan perkahwinan ianya sebenarnya adalah sebuah keyakinan dan kepercayaan? Bukankah ianya merupakan sebuah ikatan yang kukuh yang perlu ditempuhi dengan sabar dan tabah? Lagipun bukankah kita ini semua milik Allah? Janganlah kita bersikap tamak dalam menyayangi seseorang kerana dia bukan milik abadi. Andaikata sayang kita pada seseorang itu sangat tinggi, ingatlah seandainya Allah itu tidak memberi izin kita tidak akan memiliki kasih dan sayang seseorang itu.
Cemburu itu perlu tetapi biarlah ianya berpada. Simpati pada perhubungan teman sehingga terpaksa memutuskannya disebabkan cemburu. Berbaloikah ia?
Teman, kau perlu sabar dan tabah kerana jika itu yang dia mahukan terpaksalah kau merelakan hati untuk terus pergi dari dirinya dan mendoakan kebahagian dia. Andaikata kekasihnya bahagia jika tiada teman di hati dia kerana bimbang akan kasih beralih arah, pergilah kau teman. Kerana ada lagi teman yang mungkin mengisi ruang yang ditinggalkan biarpun yang hadir itu tidak akan pernah sama. Biarpun ruang itu tidak terganti, terimalah seadanya. Bersyukur dengan apa yang ada disisi dan disekeliling kita perlu kerana bila kita berhadapan dengan kehilangan semuanya pasti sudah terlewat untuk kita tangisi kerana ianya telah berlalu pergi tanpa berpaling dan menoleh lagi...Menghargai sesuatu yang kita perolehi itu perlu untuk melengkapkan nilai perhubungan sesama kita...
Teman, tanpa dia aku yakin kau boleh menempuhi hidup ini.
Teman, aku tahu dia ada dalam dirimu namun terpaksa kau terima dia sekadar teman persinggahan.
Teman, percayalah ini adalah kebaikan dan ada hikmahnya.
Teman, teruslah kau bersabar kerana Tuhan itu sentiasa ada memakbul permintaan hambaNya setiap masa.
Teman, pengalaman ini sebagai satu lagi langkah menuju kematangan.
Teman, kau masih ada aku disini...

Dalam kesamaran
Kisah ini sebuah perjalanan
Masih perlu didaki
Jauh sungguh terlalu jauh untuk tiba
Dalam kepastian yang masih samar
Antara dua hati yang mempunyai satu rasa
Tetapi tidak pernah sanggup untuk menerima kenyataan
Rasa yang dalam tetapi ingin menyingkir jauh
Dalam perjalanan ingin maju ke hadapan
Tiba-tiba mengundur ke belakang
Masih berada di pertengahan simpang jalan
Tidak kelihatan jalan keluar
Apa maknanya?

Labels:
Penulisan
Monday, November 24, 2008
"Kehilangan"
Khabar itu menggembirakan, menceriakan...
Namun jauh disudut hati
Pasti diri bersua "kehilangan" lagi
Bukan "kehilangan" yang abadi tetapi mendaki setapak lagi dalam kehidupan
Dia dan dia bersatu hati
Merangka sebuah perjalanan yang masih jauh
Hanya doa kebahagiaan mengiringi mereka
Semoga kekal sehingga ke akhirnya....

Subscribe to:
Posts (Atom)