Perjalanan roh tatkala hambaNya yang meninggal
dunia itu dalam husnul khatimah.
Apabila orang mukmin itu meninggal, turun
malaikat dari langir dengan wajah yang bercahaya
seperti matahari membawa kain kafan dari syurga
serta kelengkapan-kelengkapan mayat.
Kemudian turunlah Malaikat Maut duduk dihujung
kepala hamba Allah itu dan berkata:
"Wahai jiwa yang tenang dan baik, keluarlah kamu
untuk mendapat keampunan Allah dan sesungguhnya
Allah redha padamu."
Maka roh itu keluar seperti air yang menitis dengan
perlahan-lahan dan lembut. Seluruh anggota badan
saling mengucapkan selamat tinggal.Tatkala roh
itu keluar, harum semerbak baunya. Lalu dikafankan
oleh malaikat-malaikat dan mengiringi roh itu naik
ke langit.
"Siapakah roh yang baik ini?"
Ini roh si polan bin si polan dan namanya itu disebut-sebut
sampai ke langit yang ketujuh hinggalah ke hadrat Allah
S.W.T. Kemudian Allah berfirman,
"Maka tuliskanlah
kitabnya dalam syurga. Catatkan namanya antara
orang-orang penghuni syurga."
Selepas itu diturunkan semula dan dikembalikan roh
itu ke dalam tubuhnya, iaitu dalam jasad yang berada
di kubur. Tidak lama kemudian, datanglah munkar &
nakir. Mereka akan meminta si mati menulis semua
kebajikannya. Jika si mati itu jahat, maka disuruh menulis
semua kejahatannya. Si mati menulis dengan dakwat air
liur di atas kain kafan. Semua amal itu kemudian
digantung dilehernya hingga dibuka pada hari kiamat.
Selepas itu, Munkar dan Nakir mula menyoal mayat
di dalam kubur. Tentang siapa Tuhannya, apa agamanya,
siapa utusannya, apa yang dibawa oleh Rasullullah SAW,
apa kitab yang dibaca. Andai kesemua soalan dijawab
dengan betul, maka si mati dihamparkan dengan pakaian
dari syurga dan dibukalah pintunya ke syurga. Kuburnya
menjadi salah satu dari taman-taman syurga.