Ingat lagik x drama korea " My Lovely Sam Soon"? gitu kot tajuknye. Pelakon Kim Sun Ah tu...huuu. Drama yang terbaru aku tgk dia berlakon "Scent Of A Woman". Dia kene sakit kanser dalam drama ne. Mcm siok gak terlayan kat channel 393 astro. Tp xsabar kan nak tgu episod demi episod. Da la tu ari senin jek astro tayangkan.
Semenjak bergiat dalam kegiatan mendonlod muvee ne, sume cite korea aku nak donlod. Tapi bukan kije senang nk donlod bagai ne. Memacam. Naseb skrg ada somi, bulelah dia ngajar cara-caranya. Heee tapi somi pung bukan la pakar sangat terpaksa la import jurulatih pro. Heee kazen aku la, sepa lagik. Heee...
Ne aku baru jek abesh donlod drama Scent of a woman ne. Punyela truje sebab donlod sendiri. Arghhhh tetibe nak tgk, xde subtitle. Ne mcm mane plak nak donlod subtitle ne? Sepa bule ajarkan aku? UGH!!!
Wah, da lama betul aku xberjaga malam depan pc. Seingat aku zaman-zaman bujang dahulukala, masa maseh stadi di U sebuk mencari itu dan ini. Mendonlod pelbagai bende terutamanya lagu/muvee.
Tapi keadaan yang tidak mengizinkan kerna pc wat hal. Jadi terhenti seketika sgala aktiviti. Eheks~
Jadinyer utk ari ne, line baru/pc baru (bukanlah nk nunjuk2 cuma rase teruje yg teramat sgt) aku trus xplore bende2 yg da lama sangat aku tinggalkan.
Keutamaan aku trus cari2 katner nak donlod muvee korea. YESH! jumpe2...Free donlod drama Korea.
Aku suke!!!
Jadi sesape yg sama minat cam aku bule la klik kat link tu eh...heee~
Senarai link kat bawah ne pung bule jugak. Sesama kite cube ek... :)
Pea...muvee ne siok+besh+mabelesss!!!
Memule tgk hero + heroin i xbrape minat aaa.
Tapi disebabkan stok muvee da nak abesh, Ucu Pea x"bekal"kan lagik jadik terpaksa gak tinguk muvee ne dan akhirnya sia jatoh centa sama ini muvee!
Lee Sin & Lee Gyu Won !
Besh dedue watak jadik artist! Sia suker...
Lagu2 sume besh wooooaaa & sia sudey selesai donlod sountrack nyer! Hebat! Sia suker ini muvee!
Ucu Pea...Maceh sesangat, cpt balik bwk muvee lagikkk!
Emuahssss~
Akasia: Chinta, mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, 28 episod
Pelakon: Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz
Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.
Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.
Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang bodyguard kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta. Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain. Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka.
Setahun Chinta mengurungkan dirinya kerana belum bersedia untuk menghadapi dunia yang telah merampas cinta miliknya. Chinta kembali menjadi Puteri dari Kayangan yang menghiasi mimpi indah para jutawan tetapi dia bersumpah untuk tidak lagi membiarkan dirinya mengharungi kesakitan yang diharungi setelah kehilangan Amar.
Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat. Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar.
Cuma bezanya Rasul Iman bersongkok dan lebih kepada keagamaan. Chinta nekad, dia harus memiliki Rasul Iman yang dianggapnya sebagai peluang kedua untuk dirinya mengecapi kebahagiaan sebagai seorang isteri yang halal. Tapi bagaimana? Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?
Aku ne mmg peminat novel Lagenda Budak Setan.
Memandangkan aku teramat amat FRUST dengan filemnyer, aku try nak folo drama nye pula di Astro Prima. Kot2 la director nye ingin memperbaiki lagi mengikot cerita asal nyer....kalu same jugerkkk adei peminat2 novel ini pasti akan kecewa skalik lagik.
Episod malam ne, aku tertarik dengan babak Ayu cube "mereke" cerite yang dia sudah terlanjor dengan kekasih lame nyer dan Kasyah menerima dengan seikhlas hati walaupung pd awalnye, dia agak terkedu.
Jadi aku terfikir, benarkah seorang lelaki boleh menerima seandainya ianya benar2 terjadi di alam realiti? Sebab bg aku sendiri, seorang perempuan...kalu aku tauw lelaki tu da penah terlanjor dengan sengaje nyer sbb dia mmg kaki men pepuan...emm amek masa jugak aku utk menerima hakikat itu.
Aku buleh memafkannyer tetapi untuk melupakan kisah silam tu, biarlah masa saje yang menentukan utk aku belajar menerima. Ugh...emosi sungguh...agagagga...
Atau lelaki/perempuan same sija cuma ikot bagaimana seseorang itu mengemudi perasaannyer sendiri?
Entah...
Tapi yg telah terjadi tetap terjadi kan....
Kite tokleh patah belakang, kne trus ke depan...jadinyer betollah penerimaan Kasyah tu eh...
Nobody perfect yeyhhhh.....aggagagaga
Bila cinta kini~Tak lagi bermakna~Yang ku rasa kini~Hanyalah nestapa Di tinggalkan cinta masa lalu~Dulu kau tawarkan~Manisnya janjimu Dan ku sambut itu~Dengan segenap hatiku~Bila engkau pergi~Tinggalkan ku~Hilangnya cintamu~Menusuk hatiku~Hingga ku memilih~Cinta yang fana~Perginya dirimu~Merobek jantungku~Hingga ku terjatuh~Dalam harapan~Hilangnya cintamu~Menusuk hatiku~Hingga ku terjatuh~Dalam harapan~Dalam harapan