Ya Allah kurniakanlah aku dan keluargaku kesihatan yang baik dan tubuh bdn yg sihat.
Ya Allah murahkan lah rezeki ku dan keluargaku.
Ya Allah Kau panjangkanlah usiaku dan keluargaku.
Allahu, punyalah lama meninggalkan penulisan atau lebih tepat diari ku dalam blog ini. :) Dan Ramadhan kali ini aku ingat nak catit sehingga 30 Ramadhan kalau di izinkan. InsyaAllah.
Kalau nak diimbas kembali, Ramadhan tahun lepas adalah ujian untuk keluarga kecilku.
Bermula dengan keuzuran suamiku, demam dan disahkan demam denggi yang agak kritikal juga diikuti dengan aku...demam denggi juga. Syukur aku tidak seteruk suamiku. Masih boleh menjaga anakku dan memasak untuk keluargaku. Allahuakbar...syukur sesangat.
Dan alhamdulillah Eryna tidak kena, namun agak membimbangkan jugak dalam minggu yg sama Eryna demam panas. Tapi bebas dari demam denggi. Syukur sangat.
Pengalaman paling tidak boleh ku lupakan masa tu ialah cucuk ambil darah setiap hari berlanjutan lebih kurang dalam 2minggu. Berulang alik ke Hospital KPJ setiap hari selama tu. Allah ujian...
Alhamdulillah aku ditemukan dengan 2018 dan kini Ramadhan hadir lagi...
Trauma dengan pengalaman tahun lepas masih bersisa.
Tapi aku positif kan diri.
Dua hari sebelum Ramadhan, Umi beritahu yang kemungkinan besar Umi kena warded hospital kerana tulang kakinya retak. Allahuakbar. Ujian bulan Ramadhan lagi...Allahu
Hari pertama Ramadhan Umi dan Ayah bersahur di Hospital Pantai Ampang.
Alhamdulillah Umi dapat discaj sebelum hari pertama berbuka puasa,
Sedang aku,suami dan anak berbuka, Ayah dan Umi pulang ke rumah. Alhamdulillah
Tetapi Umi dinasihatkan untuk berehat selama 2bulan....
Doaku agar umi, ayah, aku, suami dan anak berada dalam lindunganNya....
1 Ramadhan 2018 berlalu begini....Semoga hari yang mendatang diberikan kebahagiaan dan semoga kami dipermudahkan dalam setiap urusan. Amin YRA
Menu kami harini,
Cucur udang
Nasi putih+
Sambal bilis petai
Masak lemak kuning suhun fucuk
Ayam goreng berempah
Sayur kangkung belacan
Alhamdulillah....Semoga Ramadhan ini dilalui dengan mendapat keberkatan dariNya...
No comments:
Post a Comment