Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Tenanglah kau wahai hati

Salam.

Bila hati rase marah,
Jiwa seakan ingin memberontak,
Tulisan fikiran menjerit MEREKA TIDAK ADIL!
Berserahlah pada yang Maha Melihat...

Hukum sesama manusia usah sesekali diketepi lesu,
Pasti....pasti suatu hari nnt masa itu akan tiba...
Semoga tenanglah kau wahai hati...



Surah A-Ll` Imraan (Ayat 133~Ayat 140)



۞ وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣) ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٣٤) وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ (١٣٥) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ (١٣٦) قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُمۡ سُنَنٌ۬ فَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ (١٣٧) هَـٰذَا بَيَانٌ۬ لِّلنَّاسِ وَهُدً۬ى وَمَوۡعِظَةٌ۬ لِّلۡمُتَّقِينَ (١٣٨) وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٣٩) إِن يَمۡسَسۡكُمۡ قَرۡحٌ۬ فَقَدۡ مَسَّ ٱلۡقَوۡمَ قَرۡحٌ۬ مِّثۡلُهُ ۥ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمۡ شُہَدَآءَ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٤٠)
 
 
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136) Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (137) (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (138) Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (139) Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar) dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. (140)

Tuesday, June 19, 2012

Anak lelaki vs Anak perempuan

Assalamualaikum.

Seperti bese ujung2 bulan, nga menghitung ari gaji mgu depan. Tapi selere tetap beso. Huuuu~ Korek la tabung brape yg ade. Alhamdulillah, masih ada rejeki. Heeee~

Bile aku mikir dan mikir. Anak lelaki atau anak perempuan. Betul ke anak lelaki selalu jek dilebey-lebeykan berbanding anak perempuan. Berapa rega anak perempuan? Berapa pula rega anak lelaki? Mcm kazen aku, tiga-tiga anak perempuan. Perlu ke dia jaga ala kadar jek sebab dia ada anak perempuan jek? Emmm...

Anak lelaki sebab dia bule jadi kuat ke? Pelindung kat adik-adik ke atau aper?

Tah, aku pung tatau sebab nyer aku sija nak melalut kat cni. Heee~

Tapi betul ke anak lelaki lebih berharga daripada anak perempuan? Huuu~

Friday, June 1, 2012

Awak nak jadi RAJA x?

Salam Jumaat~

Suker nak share pasal artikel yg bertajok "Jadilah Seorang Raja!".
Menarik.

"Berapa lama awak dalam bidang ini?" Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang. Kemudian yang bertanya akan membandingkan pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini. Silap-silap anda akan terasa kerdil bila si penanya akan meletakkan "orang besar" dalam bidang tersebut sebagai penanda aras kecapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat. Anda kalah, kalau jika sebaik sahaja perbualan itu tamat, anda mula merasakan oh, malangnya nasib ku!

Memang aku tak nafikan, kebanyakannya mmg camtu mungkin termasuk aku juga kadangkalanya. Tapi aku tetap bangga jadi diri aku sendiri. Kalau nak buat perbandingan apa yang kita sendiri da capai dengan pencapaian orang laen yang mungkin jauhhhhhhh lebey tinggi buat penin kapla jek. Biarlah...itu rezki mereka, rezki kite apa yang kita perolehi skrg. Ahhh lebey mudah begini dari begitu. Bukan ke?

"Berapa ramai anak di universiti?" Sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, "dalam bidang apa? Doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?" Jika anak anda berada di bidang-bidang lain, yang tidak dianggap "prestij", si penanya akan menerangkan betapa rendahnya nilai profesion anak anda itu jika bidang pengajiannya biasa-biasa sahaja. Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku...

Bagi pengalaman aku kan, emmm rasanya da mmg penah aku lalui. Lelebey lagi mase aku pilih kos dalam bidang seni. Seni Halus uiiii...haluuuuussss mulus gitu. Agagaggaga. Mase tu ramai yang pandang rendah kat bidang yg aku pilih ne. Mase tu masing2 bangga bile anak, saudara mara ke memilih bidang doktor ke, lawyer ke, atau pung apa2 yg nampak atasan la kan...tp aku bersyukur sbb Ayah, Nde, kebanyakannya femeli aku mmg support bidang yg aku amek ne. Malah teruje lagi bile aku dapat jual artwork aku beribu-ribu. Masyuuukkkk...kalu komited la...huuu~

Tapi makin aku meningkat dewasa ne, ecewah...lagi banyak yg aku dapat lihat dalam kelompok2 manusia yang merasa terlalu gah dengan jawatan, pangkat, duet, harta dan pelbagai lagi yang keduniaan ne. Tapi yg besh tu, diri sendiri mengaku alim, warak, dan tak mementingkan apa2 yang berkaitan duet, pangkat, harta sume tu tp sedarkah? agaggagagaga~ manusia tetap manusia....
Antara dialog2 yang biasa kite bule dengar kan....

" Penat2 je aku antar anak aku blaja tinggi jadi laywer takkan aku nak suh dia kije bese2 jek...padahal dia sedar ke kije susa dapat skrg? bile g intebiu bukan sijil2 tinggi yang dorang pandang sangat tapi PENGALAMAN kije yang kite ade. Bukan ke? Bukan...Bukan tak bagus belaja tinggi2 cume sikap mendabik dada sangat dengan duniawi ne yang wat aku berpikir...itukah yang selayaknya dipanggil orang alim ulama? Memang betul, kalau kite betul & doa bebanyak minta kat DIA, insyaAllah akan ditunaikan tapi adekah hadis mengatakan kite perlu terlalu mementingkan sesuatu yang belum tentu kite dapat? AigoOoOoOoo pelik. "

Adakah kite bule tau ape yang jadik kat kite pada masa depan?
Betulkah kite dapat pastikan yang seseorang yang mengambil bidang doktor mmg bule jadi doktor terhebat? Dapatkah kite pastikan seseorang yang tak belaja tinggi tak bule jadi seseorang yang berjaya sekiranya dia seorang yang rajin berusaha, tak kenal erti putus asa dan dia mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Tidak!
Sume tu bukan kite yang tentukan, sume dari DIA....
Macammane kalau anak kite yang amik bidang doktor tapi akhirnya nanti dia cume basuh pinggan di dapor? Menganggur tak tentu arah tujuan...
Tapi anak orang yang kite singgung perasaannya dengan memandang serong sbb dia tidak belaja tinggi dan nampak gaya nya tidak berjaya tetapi berjaya dengan cemerlang dalam idopnya...aper cete?
Jangan sesekali memandang rendah pada orang yea.....Nauzubillah~

Sambung lagi dari artikel;

Itu belum lagi anda bertemu dengan pak lawak yang merasa besar hanya kerana punya kenalan di kalangan orang2 besar. Anda spt hendak ketawa bila dia bercerita tentang Tan Sri tu, Dato` Sri tu, yang kununnya sangat akrab dengannya. Padahal dia hakikatnya hanya pecacai sahaja kpd org besar yang diuarkan-uarkan itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia kecil bila hilang harga diri dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan orang besarnya. Angguk2, tunduk2...

Banyak sangat sia jumpe orang2 mcm ne...tp tak la bermaksud yang sia ne bagus sangat utk menilai orang laen. agaggagaga...sia ckp melalui apa yg sia lalui dan alami selama sia di dunia ne. huuu~

Perbualan penulis dengan Mat....

"Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?"tanya Mat. Nadanya sedih.

"Mengapa?" tanya simpati.

"Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama."

"Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu."

"Kalau kita dihargai kerana pangkat, harta dan nama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tetapi untuk pangkat, harta dan nama."

"Tetapi aku sedih...Setelah sekian banyak yang aku lakukan."

"Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia." kata saya seakan memujuk.

"Aku sedih..itu sahaja."

"Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga."

Matt mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.

"Apa maksud kau?"

Pertama...

Cerita tentang Nasiruddin seorang sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.

"Selamat datang ulama, selamat datang orang alim...Ajarkan kami, ajarkan kami"

"Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?"

"Kerana serban besar yang tuan pakai."

Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

"Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!"

Nampak x dari cerite tu?

Diri kite tetap diri kite bukan kene nilai dari pakaian, gelaran dan harta. Tapi yang paling besh mesti ingat ialah sebenarnya kite tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kite sendiri.

Sampaikan pakar psikologi pung cakap penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang laen terhadap kite. Tidak perlu penilaian orang laen tu mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri. Tetapi kalu sesuatu teguran membina, nak betulkan apa yang kita salah cube la terime...yea x? huuuu tak sume yang kita lakukan betul, kitekan manusia, tiada yang sempurna...

Cerite kedua  pula,

Seorang bijak pandai dijemput ke majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setiba di majlis itu dia tidak dijemput langsung utk makan. Tuan rumah mengutamakan orang2 kenamaan yang laen. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian yang mahal dan gemerlapan dan pergi semual ke majlis tersebut.

Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya. "Mengapa" tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, "tuan rumah hendak menjamu pakaian ku bukan diriku!"

Orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to complete not to compete ( hidup bukan satu perbandingan tetapi satu perkongsian...) Tinggalkan mrk yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama.

Kita ni bukan orang yang terbaek, tp kita mesti mhargai kelebihan atau kebaikan kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu.

Tak pyh bertanding dengan orang laen, kita bertanding dengan diri sendiri tetapi berkongsi dengan orang laen.

Ouh tenangnya diri jika berpegang kpd prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia...hanya utk mencari nama, harta dan jawatan.

Ada seorang Raja bertanya kpd petani miskin.
"Siapa kamu?"

"Saya Raja," jawab petani.

"Raja?"

"Ya, raja pada diri saya sendiri!"

p/s : sharing is caring....heee peace yo~

Friday, February 17, 2012

Yang bergelar isteri



credits dari kak zamzarina... :)









Wednesday, December 7, 2011

Bentuk perkahwinan kejam!

Pertama;
Perkahwinan spt yg berlaku pd zaman iaitu seorang lelaki meminang seorang anak perempuan orang laen yang halal dinikahinya atau seorang perempuan yg dibawah jagaan orang laen menjadi walinya. Jika pihak yang dipinang itu menerima pinangan, maka berlangsunglah perkahwinan

Kedua;
Bhw suami berkata kpd isterinya setelah dia suci daripada haid. "Pergilah engkau meniduri si polan bin si polan itu dan ambillah benih keturunannya". Suami tersebut tidak akan menyetubuhi isterinya. Ini berlangsung sehinggalah didapati isteri sudah mengandung hasil daripada perhubungan intim dengan lelaki yang disuruh ambil keturunannya. Setelah nyata isterinya telah benar2 mengandung, barulah suami tersebut menyetubuhinya jika dia mahu. Dia menyuruh isterinya berbuat demikian krn mahukan seorang anak yg pintar. Perkahwinan jenis ini dinamakan kahwin mencari anak pintar.

Ketiga;
Sekumpulan lelaki yg tdak sampai sepuluh orang berpakat untuk menyetubuhi perempuan tertentu. Semua mereka akan melakukan persetubuhan itu(mengikut giliran masing-masing). Jika perempuan tersebut mengandung dan melahirkan anak, maka dia akan menjemput setiap orang yang terlibat dalam pakatan menyetubuhinya. Dalam hal ini, tiada seorang pung yang dapat mengelak dan melepaskan diri.
Setelah ahli-ahli pakatan itu berkumpol, maka perempuan itupun berkata; "Wahai lelaki sekalian, kamu semua tentunya telah maklum tentang apa yang kalian lakukan. Nah! Ini dia. Aku telah melahirkan anak kalian. Ini anakmu wahai si polan.... beri namalah anakmu ini sesuka hatimu". Lalu diserahkannya anak itu kepada lelaki yang dipilihnya.

Keempat;
Orang ramai berkumpol untuk menyetubuhi seorang perempuan secara bergilir2(tanpa apa-apa pakatan). Perempuan itu tidak mempunyai hak utk menolak sesiapa sahaja yang ingin menyetubuhinya. Perempuan itu akan meletakkan secebis kain sebagai tanda di muka pintu rumah jika ada seseorang yg sedang menyetubuhinya(siapa sahaja boleh menyetubuhinya). Jika perempuan lacur itu mengandung dan melahirkan anak, kumpulan lelaki tadi akan berkumpul dan membuat pakatan serta persetujuan sesama mereka tentang siapakah yang patot menjadi bapa kepada anak itu. Lelaki yang dipilih tidak boleh menolak keputusan ramai dan mesti sanggup menerima tanggungjawab sbg ayah kepada anak tersebut~Hadis sahih riwayat al-Bukhari, Bab Nikah



*** Terukkan bentuk perkahwinan zaman jahiliah dalam msykt Arab? Teruk!
Tapi cube renungkan, walaupun teruk, keji..tp masih terdapat unsur kemasyarakatan, kerjasama dan tanggungjawab, berbanding kehancuran serta kerosakan pada zaman ini. Gejala seks berlaku dengan bebas sekali. Gadis2 yang menjadi mangsa dibiarkan tersisih...Nauzubillahminzalik~

Tuesday, December 6, 2011

Erti "Jatuh Cinta pada seseorang"

Bercinta?
Mcm manis di pendengaran,indah di pandangan.
Tapi benarkah?

Aku bukan pakar dalam soal cinta.
Tapi aku hanya manusia biasa yang pernah jatuh cinta.
Punya rasa mencintai & ingin dicintai.

Tetapi cinta bukan sekadar cinta.
Cinta ada isinya, ada pemahamannya.

Kamoo sudah bersedia mengenali cinta?
Kamoo sudah mampu mengendali cinta?
Kamoo buleh bertahan dengan ujian, dugaan cinta?

Yang aku tauw, mohon agar selalu dekat dengan Allah SWT,
janganlah kita dijauhkan dari-NYA.
InsyaAllah kita akan menemui CINTA dariNYA.
Percayalah wahai saudaraku, kawan2ku, adik2ku, anak-anak buahku...

Aku bukan alim ulama,
Jauh sekali untuk bersikap "poyo" dalam menasihati...
Tapi percayalah...
Hampirkan diri denganNya, kamoo akan lebih mengenali CINTA.
Mungkin cinta yang hakiki...siapa tahu?

Dan disini, aku ingin kongsikan bersama petikan yang aku baca...

*****************************************************

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan
perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan krn Allah telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian.
Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah sebaliknya.

Maka, tarikan ini adalah fitrah di mana Allah telah menyediakan
jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara
sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara
lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah "Ketetapan Allah dengan
hikmahNya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari
yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya.
Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya."

Inilah ketetapan Allah kepada semua makhlukNya.

Allah berfirman;
DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu & daripadanya.
DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya...
-surah al-A`raf:189

"petikan daripada Ustaz Emran Ahmad"

Friday, November 25, 2011

Pintaku padaMu Ya Allah~

" Ya Allah...seandainya telah KAU catatkan dia menjadi milikku,
tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkan kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi.
Ya Allah yang maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari
kehidupan yang sejahtera, sebagaimana yang KAU kehendaki..

Ya Allah...KAU kurniakanlah kesihatan yang baek kpd ibu bapaku,suamiku,
dan keluargaku. Aku meminta padaMU Ya Allah, KAU hindarilah kami
dari penyakit yang merbahaya & perkara-perkara yang tidak diingini...
Amin Yarobbal Alamin~

Tuesday, November 15, 2011

10 Peringatan Bumi

10 PERINGATAN BUMI

Berkata Anas Bin Malik r.a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku

Thursday, September 15, 2011

Sabar itu indah

Marah itu mudah, sabar itu indah.

Sabar itu ganjarannya, SYURGA!
Dengan keyakinan itu, penderitaan yang
sedikit dan sementara di dunia mampu
dihadapi krn mengharapkan kenikmatan
yang lebih baik dan berkekalan di syurga.
Sesungguhnya...

Sabar itu indah!

Wednesday, August 24, 2011

Kisah Perjalanan Roh

Perjalanan roh tatkala hambaNya yang meninggal
dunia itu dalam husnul khatimah.

Apabila orang mukmin itu meninggal, turun
malaikat dari langir dengan wajah yang bercahaya
seperti matahari membawa kain kafan dari syurga
serta kelengkapan-kelengkapan mayat.
Kemudian turunlah Malaikat Maut duduk dihujung
kepala hamba Allah itu dan berkata:

"Wahai jiwa yang tenang dan baik, keluarlah kamu
untuk mendapat keampunan Allah dan sesungguhnya
Allah redha padamu."

Maka roh itu keluar seperti air yang menitis dengan
perlahan-lahan dan lembut. Seluruh anggota badan
saling mengucapkan selamat tinggal.Tatkala roh
itu keluar, harum semerbak baunya. Lalu dikafankan
oleh malaikat-malaikat dan mengiringi roh itu naik
ke langit.

"Siapakah roh yang baik ini?"

Ini roh si polan bin si polan dan namanya itu disebut-sebut
sampai ke langit yang ketujuh hinggalah ke hadrat Allah
S.W.T. Kemudian Allah berfirman,

"Maka tuliskanlah
kitabnya dalam syurga. Catatkan namanya antara
orang-orang penghuni syurga."

Selepas itu diturunkan semula dan dikembalikan roh
itu ke dalam tubuhnya, iaitu  dalam jasad yang berada
di kubur. Tidak lama kemudian, datanglah munkar &
nakir. Mereka akan meminta si mati menulis semua
kebajikannya. Jika si mati itu jahat, maka disuruh menulis
semua kejahatannya. Si mati menulis dengan dakwat air
liur di atas kain kafan. Semua amal itu kemudian
digantung dilehernya hingga dibuka pada hari kiamat.

Selepas itu, Munkar dan Nakir mula menyoal mayat
di dalam kubur. Tentang siapa Tuhannya, apa agamanya,
siapa utusannya, apa yang dibawa oleh Rasullullah SAW,
apa kitab yang dibaca. Andai kesemua soalan dijawab
dengan betul, maka si mati dihamparkan dengan pakaian
dari syurga dan dibukalah pintunya ke syurga. Kuburnya
menjadi salah satu dari taman-taman syurga.

Thursday, August 18, 2011

Utk para2 suami/bakal suami

.....Bimbinglah Dengan Bijaksana.....
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.”(Muslim)

Monday, July 25, 2011

Bila Allah SWT berbicara sama kamoo...

Mereka mengeji..
Mereka mencaci..

Mereka mencari salah...
Mereka mengherdik...

Mereka menabur fitnah...
Mereka mencipta cerita palsu...

Ya Allah~berikan aku kekuatan...
Ya Allah~kurniakan aku kesabaran...

"Sesungguhnya Kau sedang berbicara
denganku supaya lebih bersabar & ikhlas.
Kesabaran...keikhlasan itulah ISLAM"

Sukarnya mau menjadi "insan terpilih"

Suatu ketika bila kita dikurniakan menjadi insan terpilih,
terimalah dengan redha kerana setiap kesakitan yang
dirasai itu mempunyai aturan tertentu yang kita tidak
sedar ia sebenarnya pemulihan dalam diri kita mengenali
diri dan Dia maha pencipta.

Dalam perjalanan aturan itu gunakanlah akal yang
diberikan sebaik yang mungkin kerana hanya akal
dapat meleraikan kekusutan itu....

Tuesday, June 7, 2011

Kadang-kadang kiter xpenah sedar pung

Dalam kesedihan, kerisauan yang aku adapi skrg,
aku cube isi jiwa dengan ayat2 positif.
Aku kene percaya Allah itu maha berkuasa.
Aku kene kuatkan semangat.
Tinggikan kesabaran...
InsyaAllah~
Bila ketika ini aku cuba bangun dengan menghayati
ayat ini.


Ketika yang Maha Tinggi melemparkan
kamu dengan tanganNya yang satu,
maka tanganNya yang lain akan menangkapmu.

Saturday, May 21, 2011

Ibu Kita & Kita Sebagai Ibu

Minggu ne kije...terpakse kije...heeee~
Jadinye datang jek pagik aigOooOoo...nak watpe ne?
Sunyiii gilos...perot pung berkeriuk2....trroott tuuttt trroott tutt...
Nak g pantry alahai gelap gulita uhhhh...
Partner lom sampei lagik...

Ronda2 meje opismate...
Nak gune pc sepa ne...tempat aku nun ujung...sunyi!
agagagagga....agak seremmm jugerk ler...
Jadi tempat yng paling sesuai adalah dekat ngan pintu masuk.
Heeee....
Aigoooo pc ne xde speaker la...ke aku yg xreti pasang.
Heeee....

Aku terbace satu artikel...
Siok...Touching...Bule jadik iktibar utk kite sume.

****************************************

Ibu kita dan kita sebagai ibu.
"Jika kita tidak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah"

Setitik airmata ibu jatuh,10 kebajikan anak hilang.
"Kalau balik tengah malam,buka lampu tengok & tatap muka ibu,
sebab wajah org tidur akan menampakkan segalanya"

Ada 3 mata yang xdijilat api neraka;

1-Melihat kaabah sehingga menitis airmata
2-Membaca quran sehingga menitis airmata
3-Memandang wajah ibu yang sedar tidur

3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dlm hidup,
tengok masa tidur;

1-Anak
2-Ibu
3-Suami

Contoh;
Kalau kita ade perselisihan faham dengan suami/isteri sampai
nak bercerai,tgk la muka bila dia tidur kalu masih terbit perasaan
kasih,sayang,cinta,rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi
jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde.

"Kalau ada niat yang baek teruskanlah, Allah akan bersama,
jangan takot"

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita ditempat yang terbaik,
Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan
ibu kita ditempat yang terbaek.

Antara lain yg boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/
musibah;

Kalau ditimpa sakit/musibah, kalau ditimpa sakit, baca la
Innalillhiwainnaillahirojjiun, mohon dengan Allah,
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"

Tuesday, April 5, 2011

Tanda2 Sakit vs Kena Bomoh?

Aku nak share sesuatu ngan sume...heee
Kenapa tajuk entri neh Tanda2 Sakit vs Kena Bomoh?
"Lu Pikirlah Sendiri"...hugahugahuga~

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).


    i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
        Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses

        pembuangan  toksin.
    ii) Mata menjadi kabur :
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan

        proses  penyeimbangan hati sedang berlaku.
    iii) Keluar tahi mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang

         berlaku. Ini   juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
    iv) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau

         bebanan   kerja.
    v) Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak

         puas hati   atau   bebanan yang berat. 

2. HIDUNG


Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. 

i)  Selesema :
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan                         mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).  
ii) Hidung sumbat :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.                                
    Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
    
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
     b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK
    a. Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    b. Batuk tanpa kahak :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

        Biasanya   kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
    c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin

        di bahagian  kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada
        orang yang banyak merokok   atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG 

    i) Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku
        di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air  untuk  membuang toksin.
    ii) Sakit kerongkong.
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..



5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

    i) Bibir pucat
      
a. Sistem penghadaman yang lemah.
       b. Perut mengandungi angin.
       c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang                        sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
    ii) Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran           darah.
    i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah,                  seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat

       dan lain-lain lagi.                       
    ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
Menandakan darah                 mengandungi asid berlebihan.
    iii) Mulut berbau busuk .
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan            toksin.



7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. 
 
    i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
    ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya                tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah

         berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :
    a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
    b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.



9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin
    yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat       terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam
       air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
       
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
      proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.         


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
   

    a. Sakit Sendi
      
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan                     tanda- tanda penyakit pirai (gout).
       ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
       iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan                 fungsi metabolisme tidak seimbang..


       b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.        
  
       c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.                Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini                          menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
       d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
       e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya                                 disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
       f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
      g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat              lemah tenaga batin.
      h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki              busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN
 
       A. KEPALA.
            Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala                                 mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

 
       B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
            Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak              berfikir.

 
       C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
            i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
            ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi                         atau tekanan darah.

 
       D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan                         penyakit migrain. 
 
       E. BISUL TERJADI DI KEPALA
           Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan                            dengan    penyakit migrain.

 
       F. RASA PENING YANG MEMUSING
           Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.



15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH 
 
      a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik                                    dari  bahagian perut. 


      b. MUNTAH DARAH
           i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong                 dan
           ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;                              misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .. Proses pembuangan toksin dari kerongkong         akibat jangkitan kuman


18. KENCING 

      a) KERAP KENCING
           Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
      b) AIR KENCING BERKAPUR  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah                pinggang.
      c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi                     kotoran berlemak.
      d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan  proses                                  pembuangan  toksin sedang berlaku.
      e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.



19. BUANG AIR BESAR 
 
      a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan               dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,                                 menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..
      b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
      c) NAJIS BERDARAH
           i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
           ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
      d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di                         bahagian usus sedang berlaku.



20. BADAN 
 
       a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan                       saluran darah.
           i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
           ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
           iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan                              dengan organ-organ badan.
           iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
       b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang                 berlebihan. Proses penyeimbangan
       c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini                         menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses                           pembuangan toksin.
       d) BADAN TERASA RINGAN :
            Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.



21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
       i)   Sistem jantung yang lemah.
       ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
       iii)   Masalah pengaliran darah.



25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Friday, February 18, 2011

Bercerita Tentang Jodoh

Sangat touching bile bace artikel neh...
Jom share utk renungan bersama.
Jodoh seperti rezeki, ia telah  ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.  Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki  yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak  rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik  kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah  pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak  kewajiban untuk mentadbir.
"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya?  Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada  ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya  saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan  kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam  seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama  sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
"Habis mengapa putus?"
"Kami putus kerana dia ada jalan  tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia  selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10  tahun bercinta."
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik!  Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu  iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Isteri Amanah
"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana  dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih  kepada maksud asal pertanyaan.
"Setelah putus, abang terus pinta guru  agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa  diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan  asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut  perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal  isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa  melihat wajahnya."
Saya terkesima sebentar dan dengan  pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat  perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat  wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang  juga."
Sekali lagi dia senyum. Matanya  bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia  memang bercakap dari hatinya.
"Amat jauh bezanya antara membandingkan  wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang  telah kita nikahi..."
Pendek dia menjawabnya, namun terus  menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang  wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh  Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan  akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang  ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada  kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya,  siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."
Cantik Itu Relatif dan Subjektif
"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba  wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya,  er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita  bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman  kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya,  kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya,  akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
"Semua yang datang daripada Allah ada  kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita  berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan  khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak  mendapat yang baik, bukan begitu?"
"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder,  bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah  ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik  itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.
"Maksud abang?"
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
"Kecantikan seorang wanita tidak sama  tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi  dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada  kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."
Ketika saya ingin menyampuk, dia  menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan  sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah  dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan  nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami  hati suami."
"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat  betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya,  "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."
Wasilah Memilih Jodoh
"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan  berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar  biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah  pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah.  Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan  sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak  akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin  akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah,  orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang  fatamorgana!"
'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara.  Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh  yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan  memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."
Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah  kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh  sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun  mereka orang yang baik-baik."
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak  menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar  menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan  serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik,  insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan  orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari  orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh  orang yang baik!"
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap  menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang  wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang  dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
"Kita boleh melihat persoalan ini dari  dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak  pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang  yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah  berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah  sebaliknya?"
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
Jodoh Urusan Allah
"Dan mungkin juga anak itu orang baik  tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik  sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak  menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan  orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan  ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi  urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan  penjelasan muktamad.
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan  'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang  dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah  yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh  ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan  Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang  yang baik!
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat  sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang  wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma  sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan  hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah  yang bersuamikan Firaun laknatullah."
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi  mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke  tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
"Jika takdirnya pahit untuk kita,  terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang  baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi  jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri  bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat  syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi  Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik  tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba.  Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di  sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah  aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan  makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan  siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah  denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang  baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya,  penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

Tuesday, December 21, 2010

kite sayang awak, awak sayang kite ke?

Persoalan nyer :

bukankah setiap pasangan sentiasa ade ketika saat susa ataupung senang.tetapi mmg lazimnyer ke ade seblah pihak yg akan memendam sehingga timbul rase benci & dendam? itukah erti sebenar ungkapan "sayang" ataupung itulah yg dinamakan sebuah pengorbanan dlm kasih sayang? 

  

Huraian nyer oleh Aseng Zahrin


Andai bhagia mencintainya adalh airmata,biarkn dihiris hatimu sampai luka..andai sakit mencintainya bagai luka disimbah cuka dan engkau tak rela,berlalulah..kerna itu adalah pengorbanan..dan sayang bukanlah jaminan sebuah kebahagi...aan..~

Friday, October 22, 2010

Program kesedaran kanser

Uhhh touching Uhhh~

Asalnyer arine ade Program Kesedaran Kanser Anjuran Kjaan Neg Selangor + MAKNA.
Sampai jerk terus daftar & cari tempat duduk.
Wow...semangat uhh..duk depan seyyy. gagagagag~

Duk jerk terus Puan Penceramah bagik Intro.
Dengar jerk Intro nyer...pergHHhh mcm menarik tau!
Sayang plak nak bangun gi toilet...heee tp terlepas jap. Heee~

Puan Penceramah teruskan lagik memperkenalkan "Apa Itu Kanser"?
Bagus sangat program ne sbb sebelum ne aku xtau pun ade kanser tisu, kanser mulot,
kanser rongga, kanser lidah pung ade...emmm mcm2 kanser lagik ader.

Teringat kat makcik & pakcik aku.
Alhamdulillah, dorang da beransur baek.
Aku rase pesakit kanser ne perlukan SEMANGAT & SOKONGAN yg sangat kuat.
Bukan sija dari keluarga & sahabat handai tetapi DIRI SENDIRI yg utama nya.
Kene terima qada` & qadar. Emmm~

Kata Puan Penceramah, risiko kene kanser ;
1) KETURUNAN
2) PEMAKANAN

Da cete2 tu, Puan Penceramah pung nak cepat kan...sebab kejar mase dalam sejam kene
abeskan.
Kat akhir program tu ade tayangan video mengenai seorang pesakit kanser tisu.
Pesakit tu berumor 14 tahun dari felda, Muar.
Nampak suasana kat dalam video tu mcm orang susa jek.
Em Puan Penceramah ckp ayah pesakit tu boleh "berubat" kan orang (mcm bomoh kot)
Jadi nyer maybe dia pikir anak dia kene buatan orang kan.
Dia penah bawak anak dia g sepital tp x teruskan rawatan
Maybe sebab kos perbelanjaan atau pung tatau lah kenape kan.
Tengok keadaan pesakit tu da tinggal mcm tulang rangka jerk.
Em...1st time aku tauw pasal kanser tisu ne. Rupenye sakit ne "makan" isi2 kulit ye? emmm
Tgk keadaan dia pung tersangat susa lah nak bernapas.
Nak alih dia pung sampai seret2 tilam jerk.
Dia tokleh baring, kene dudok jerk. Ya Allah~ uhhh....

Sume yang ade kat program ne mengeluarkan airmata.
Aku apatah lagik...ngalir terus. Adeiiii SEDEYYYY tau~~!
Aku toleh kiri, tgk Fafau da merah2 mata, esak2 tahan tanges.
Aku toleh kanan, huh~ Hilal SAKAN menanges ne. Cam tokleh benti da.
Siap teresak2 bangettt...Adoiii~ Saba Saba...

Sambung lagik pasal kes pesakit tuh.
On da way pengurusan sepital & wakil dari MAKNA bawak dia g sepital,
Allah S.W.T lebey sayangkan dia.
Dia da takde.
Dia da kembali kepada-Nya.
Uwaaaa~ Semoga roh nya dicucuri rahmat dan tenang di sana.
Al Fatihah buat adik tu.

Semua orang ade bahagian masing2 kan.
Tokleh kata sebab keturunan ke, pemakanan ke aper...
Kalu Allah S.W.T tu da tetapkan jadi, jadilah ia.
Dan kita kene terima dengan redha sebab semua pasti bersebab.



Monday, October 18, 2010

terlalu sgt ke kite ne ikot fesyen sampai...


Jalan2 kat ibuHadif terbenti jap kat entri ne.
Aritu ade Hilal story sket pasal ne tp masing2 ade pendapat sndiri kan.
Emmm...no komen jugerk la.


Related Posts with Thumbnails