Bercinta?
Mcm manis di pendengaran,indah di pandangan.
Tapi benarkah?
Aku bukan pakar dalam soal cinta.
Tapi aku hanya manusia biasa yang pernah jatuh cinta.
Punya rasa mencintai & ingin dicintai.
Tetapi cinta bukan sekadar cinta.
Cinta ada isinya, ada pemahamannya.
Kamoo sudah bersedia mengenali cinta?
Kamoo sudah mampu mengendali cinta?
Kamoo buleh bertahan dengan ujian, dugaan cinta?
Yang aku tauw, mohon agar selalu dekat dengan Allah SWT,
janganlah kita dijauhkan dari-NYA.
InsyaAllah kita akan menemui CINTA dariNYA.
Percayalah wahai saudaraku, kawan2ku, adik2ku, anak-anak buahku...
Aku bukan alim ulama,
Jauh sekali untuk bersikap "poyo" dalam menasihati...
Tapi percayalah...
Hampirkan diri denganNya, kamoo akan lebih mengenali CINTA.
Mungkin cinta yang hakiki...siapa tahu?
Dan disini, aku ingin kongsikan bersama petikan yang aku baca...
*****************************************************
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan
perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan krn Allah telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian.
Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah sebaliknya.
Maka, tarikan ini adalah fitrah di mana Allah telah menyediakan
jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara
sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara
lelaki dan wanita.
Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah "Ketetapan Allah dengan
hikmahNya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari
yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya.
Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya."
Inilah ketetapan Allah kepada semua makhlukNya.
Allah berfirman;
DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu & daripadanya.
DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya...
-surah al-A`raf:189
"petikan daripada Ustaz Emran Ahmad"
No comments:
Post a Comment