Wednesday, April 22, 2009

Cinta...

Tiba2 ada 1 msg masuk...sepotong kata2 yang dikirim buleh direnungkan...

" Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu-sedan. Tetapi cinta menghidupkan
pengharapan, menguatkan hati dlm perjuangan, menempuh onak duri
dalam penghidupan..."

Saudaraku berbisik,

"Cinta itu hadir apabila wujud perasaan untuk memiliki antara satu sama lain.."

Sahabat Kerana Allah

Petikan dari koleksi seorang teman;

Apabila kau ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau mungkin akan menjauhinya
Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kau akan membencinya
Andai kau inginkan sahabat yang satu
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kau mungkin akan memfitnahnya
Andai kau inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya
Andai kau ingin bersahabat
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna
Tiada siapa yang sempurna
Tapi bersahabatlah kerana Allah
Related Posts with Thumbnails