Friday, November 21, 2008

`coz u dont love me so'....

Haruskah-Adam

Di kala dikau mencari cinta aku memberi… tapi tak pernah ku rasakan
Di kala aku dilamun cinta dengan dirimu mengapa kau jauh dariku
Tiada cinta di dalam dirimu biarpun kau kata Baby I Love You
Tidak kau rasa getaran ini tiada cinta lain sehebat cintaku
Haruskah aku menanti cinta ini?
Kerna kau masih tak mengerti hatiku (aku juga tak mengerti hatimu)
Tak perlu kau ucap ‘Baby I love you so’
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa yang diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua

Setelah semuanya berlalu…. hatiku sepi tapi ku harus hadapi
Hidup tanpa curahan cintamu aku gembira...Kan kusimpan cinta ini
Tiada cinta di dalam dirimu Biarpun kau kata ‘Baby I love you’
Tiada kau rasa getaran ini tiada cinta lain sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini?
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kau ucap ‘Baby I love you so’
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua

Haruskah aku menanti?
Haruskah aku cintakanmu
Kerna ku tahu coz Baby You dont love me so...

Thursday, November 20, 2008

CINTA & SAYANG

Dalam sibuk aku mencari erti sesuatu dalam HUBUNGAN ada soalan yang ditujukan pada aku..

" Apa bezanya perasaan CINTA dan SAYANG pada seseorang? "

Ya! Aku sendiri tidak ada jawapan yang tepat mengenai soalan ini namun aku ada pandangan sendiri.
Bagi aku CINTA tu terlalu dalam, apa yang aku perolehi setakat ini CINTA itu terlalu agung. Mungkin sampai mati aku tidak akan dapat memiliki perasaan CINTA itu. Memang kalau diimbas skop CINTA ini terlalu meluas bukan setakat ungkapan "saya mencintai awak" tetapi ada satu perasaan yang terdetik dihati secara mendalam, hanya diri sendiri yang akan merasainya. Cinta pada ALLAH, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih, alam sekeliling dan apa saja yang wujud di sekeliling kita. Cinta ini terlalu dalam untuk diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin aku belum cukup "rasa" untuk berbicara mengenai CINTA. Sehingga hari ini aku masih tercari-cari erti CINTA dalam hidup ini. I`ALLAH satu hari nanti aku akan kembali dan lebih jelas meyakinkan mengenai soal CINTA ini apabila aku cukup "rasa" mengenainya.

Bagaimana dengan SAYANG pula?
Kalau dilihat dari sudut luar cinta dan SAYANG seakan sama tetapi pasti ada perbezaannya.
SAYANG pada ALLAH, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih, alam sekeliling dan apa juga yang wujud disisi kita. Tidak senang untuk memiliki perasaan sayang ini. Ia akan hadir sendiri tanpa disedari. Apabila diajukan soalan kenapa kita boleh menyayangi seseorang itu dan tidak ada jawapan untuk soalan itu perlukah kita risau? Bukankah perasaan ini bukan didalam kawalan kita? Bolehkah kita tetapkan kita perlu sayang siapa dan siapa. Bagaimana dengan persepsi, sayang boleh dipupuk? Aku sendiri tidak ada jawapan. Perasaan sayang yang lahir dari dalam hati juga bukan sekadar dengan kata-kata. Ia suatu perasaan yang sukar digambarkan dan hanya dapat dirasai diri sendiri.

Ada seorang teman apabila memberi pandangan mengenai CINTA dan SAYANG, dia memberi jawapan ;

Sayang boleh diluahkan pada semua orang dan dari apa yang dilafazkannya ia terlalu mudah dan ringkas. Dia boleh menyayangi semua orang, terhadap Penciptanya, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih dan sebagainya. Benarkah?

Cinta pula dia kaitkan dari segi kita bertemu dengan seseorang dan perasaan suka timbul lantas menyayanginya dan mencintainya dan terus membina kehidupan bersama insan itu sehingga ke akhir hayat. Benarkah?

Apa yang aku nampak dari pandangan teman tersebut, pemikiran dia terlalu mudah dan ringkas. Maknanya kita akan menyayangi seseorang dan terus mencintainya. Mungkin itu pandangan teman tersebut bagaimana dengan pandangan lain?

Petikan dari teman; (arish ardia blogspot)

Diantara cinta dan syg? Brbeza ke? Yg mne lebih brnilai? huhu.. Semuanya dtafsirkn aku sbg soklan yg tak berjawapan. Hanya bisa dicoretkan pandangan dlm mntafsir keadaan mngikut pemahaman peribadi sendiri.
Sayang~
Pandangan aku manfsirkan 'sayang' sbg 'rasa' yg dialami jasad brnyawa dlm dunia ne. Ianya lahir atas bnyk faktor yg tak mungkin aku ungkapknnya satu demi satu. Perihal 'sayang' tidaklah agung dr pndangan aku. Ianya akn sntiasa lahir, lahir dan lahir. Kehadirn 'rasa' sayang ibarat manusia ditempias hujan. Disebalik kebasahan bumi yg digenangi hujan, kita turut merasa percikan halus yg dibawa angin. Begitulah sayang, ianya hadir untuk kita 'rasa'..
Cinta~
Ianya adalah agung. Pada tafsiran kamus yg tidak aku daftarkan, cinta merupakn 'tanggungjawab pada janji'. ianya dimetari hati sndiri tanpa melibtkn mana2 jiwa makhluk brnyawa yg laen. Kita mngukirnya pada hati yg satu. Hanya mnusia brjiwa sahaja yg akan tahu betapa tngginya nilai cnta. Begitulah yg boleh aku pndangkn melalui persepsi aku yg suram ilmu ini. Selebihnya, bak kate nabil, "lu pikirlah sendiri".. Selamilah hidup ini dengan hati, nescaya kau akan dapat merasai 'CINTA' itu di sisi..


***erm, menarik!~

NILAI

Bila masanya kita perlu berbicara mengenai NILAI?
Sebenarnya nilai aku letaknya dimana pada mata dia?
Perlukah aku mengetahui nilai aku pada dia?
Untuk apa aku tahu nilai aku pada dia sedangkan dia sendiri tidak mengakui kehadiran aku dalam hidupnya...
Bukankah secara kasarnya aku tiada nilai langsung pada dia?
Untuk apa aku mencari lagi
Untuk apa persoalan demi persoalan yang berlegar di fikiran ini?
Pentingkah nilai ini?
Dari apa yang aku dengar nilai ini terlalu penting kerana ia akan menentukan harga diri sekaligus maruah kita
Apa aku sanggup butakan mata pada harga diri dan maruah semata-mata mengejar kasih sayang dia yang entah sampai bila akan berakhir kerana dia tidak menerima kewujudan aku...
Perlukah aku teruskan lagi pengembaraan ini?
Pengembaraan yang tidak ada kesudahan tetapi bukan aku yang rela..
Aku seakan tidak mampu sendirian mendaki pengembaraan ini dan mungkin akan berhenti bila-bila masa...

Wednesday, November 19, 2008

Doa

Tuhanku Dalam termangguKu sebut nama-Mu Biar susah sungguh Mengingati KauPenuh seluruh Tuhanku cahaya-Mu panas suci Bagai kerdip lilin Di kelam sunyi Tuhanku Aku hilang bentuk Kembara di negeri asing TuhankuPintu-Mu ku ketuk Aku tak bisa berpaling

~aiShah~

Tuesday, November 18, 2008

Jiwa Kacau?

..terjagaku dari tidur yang lena
ku lihat wajahku hampa tanpa panggilanmu
Aku sekali lagi kecewa..
Aku lemparkan perasaan ini ke tepi
Mengharap agar dirimu ku lepaskan tanpa ingatan..
Sudah lama aku ingin membebaskan ikatan ini
Tetapi apakan daya, dirimu telah bersatu dengan diriku tanpa sedar...

Diriku masih terpinga-pinga di penghujung malam..
mencari-cari dirimu yang entah dimana
....Saat memikirkan dirimu mungkin bersama si dia..
Bermesra gurau senda tanpa kehadiranku,
aku bertambah bingung dan kusut...
Tiada kekuatan buat diriku untuk bertahan..
Mampukah aku menyaingi kasihmu terhadapnya
Apatah lagi dengan jujur kau akui tidak dapat menerima diriku
Walau sedalam mana sayangmu kepada diriku...

Dalam kepayahan aku terima sedikit demi sedikit akan ketentuan ini
Tetapi usaha dan doaku padaNya agar suatu hari pintu hatimu terbuka
Menoleh ke arah diri ini dan semoga tidak akan berpaling lagi untuk selamanya
Hanya padaNya aku meminta izinkan agar membenarkan dirimu menjadi milikku
Hatimu dan hatiku menjadi satu
Tanpa ragu dan kekesalan...

Sebenarnya telah lama...
dalam hatiku ada dirimu tetapi malang bagiku kerana dalam hatimu tetap ada dirinya..
Entah sampai bila aku perlu menyeksa diri sendiri bak katamu...
Tetapi benar aku ingin tahu...
dimana sebenar letaknya aku padamu..
....mungkin ini dugaan untukku..
Aku mohon padaNya berikan aku kesabaran dan ketabahan yg tgi
Untuk terus bersamamu selagi diri ini terdaya kerana telah aku nyatakan...
Telah aku berjanji pada diri sendiri...
Biar apa pun terjadi ku tetap menanti dirimu..
Setinggi mana egomu, sekeras mana hatimu menidakkan kasih ini...
Aku percaya andai benar kau dan aku tercipta untuk bersama...
Kita pasti seiring meredah perjalanan ini...
Hanya kau dan aku....

Hubungan II?

Berbicara soal hubungan lagi...
Apa yg ada dalam hubungan aku dan dia?
Apa bezanya hubungan nafsu semata atau hubungan kasih dan sayang?
Kita tidak layak menghakimi "rasa" orang...
Apabila kita mula menilai diri seseorang umpama kita telah menzalimi diri kita sendiri...
Namun jauh disudut hati aku berkata aku YAKIN dengan hubungan ini yg dipupuk dengan penuh kasih dan sayang bukan hanya kerana nafsu semata...Usah ragui usah dipersoalkan lagi...
Biarlah hubungan ini sentiasa diberkati dan dilindungi Yang Maha Esa.....

"Allah sedang berbicara dengan kamu supaya lebih sabar & ikhlas. Kesabaran, keikhlasan itulah ISLAM"

Monday, November 17, 2008

Hubungan?

Hubungan?
Apa sebenarnya erti kata dalam hubungan?
Aku sendiri tidak pasti untuk mengungkapkannya.
Sekali imbas apa yang aku boleh katakan, "hubungan" terlalu besar maknanya.
Hubungan ini biasanya terjalin antara satu sama lain. Bilangannya tidak ada had batasan.
Hubungan ini berdasarkan apa? Hubungan sesama keluarga? Kawan? Cinta?
Hubungan yang sangat mengelirukan aku saat ini rasanya semakin hambar, tawar, kosong...perjalanannya tidak nyata walau hubungan ini terjadi di alam realiti. Hubungan ini sukar digambarkan dengan lukisan, sukar diungkapkan dengan kata-kata. Hubungan ini tidak ada nama...Hubungan ini tanpa nama. Kenapa?
Adakah kami sendiri yang menidakkan hubungan ini atau sebaliknya...
Hubungan ini memang tidak ada nama tetapi mengapa rasa kasih, sayang dan rindu ini semakin menebal.
Untuk apa rasa itu semua wujud secara logiknya.....Tuhan itu Maha Mengetahui...

Ketika hujan merembes....

Hujan yg turun menjadi tanda tanya pada aku.
Apa sebenarnya arah yang patut aku hala sedangkan jalan takdir ini memang perlu untuk aku tempuhi.
Kadang-kadang angin ini membawa hujan ke utara tetapi ada waktu ia menuju ke selatan.
Ingin aku abaikan tetapi layakkah aku untuk menolak ketentuanNya?
Aku pasti inilah petunjuk untuk aku lalui hari mendatang.
Aku hampa krn aku masih berdiri gelap buta disini, tidak ada hala tuju.
Tidak memegang akan satu jawapan untuk aku membawa diri ini.
Aku akui memang ada kekesalan tetapi aku cuba belajar untuk menerima suratan atas hidup aku ini...

13112008 4.15pm

Warkah(BAU)

Takkan lagi aku menunggu kau hadir di dalam mimpi-mimpiku puasku mengharapkan dirimu seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu kau tempuhi penuh bahagia diriku mahu kau tahu pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu seperti yang aku kenali dulu setiaku menantikan dirimu seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu melangkah namun tak berdaya terusku terus menunggu cinta yang takkan pernah ada
Related Posts with Thumbnails