Thursday, November 20, 2008

CINTA & SAYANG

Dalam sibuk aku mencari erti sesuatu dalam HUBUNGAN ada soalan yang ditujukan pada aku..

" Apa bezanya perasaan CINTA dan SAYANG pada seseorang? "

Ya! Aku sendiri tidak ada jawapan yang tepat mengenai soalan ini namun aku ada pandangan sendiri.
Bagi aku CINTA tu terlalu dalam, apa yang aku perolehi setakat ini CINTA itu terlalu agung. Mungkin sampai mati aku tidak akan dapat memiliki perasaan CINTA itu. Memang kalau diimbas skop CINTA ini terlalu meluas bukan setakat ungkapan "saya mencintai awak" tetapi ada satu perasaan yang terdetik dihati secara mendalam, hanya diri sendiri yang akan merasainya. Cinta pada ALLAH, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih, alam sekeliling dan apa saja yang wujud di sekeliling kita. Cinta ini terlalu dalam untuk diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin aku belum cukup "rasa" untuk berbicara mengenai CINTA. Sehingga hari ini aku masih tercari-cari erti CINTA dalam hidup ini. I`ALLAH satu hari nanti aku akan kembali dan lebih jelas meyakinkan mengenai soal CINTA ini apabila aku cukup "rasa" mengenainya.

Bagaimana dengan SAYANG pula?
Kalau dilihat dari sudut luar cinta dan SAYANG seakan sama tetapi pasti ada perbezaannya.
SAYANG pada ALLAH, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih, alam sekeliling dan apa juga yang wujud disisi kita. Tidak senang untuk memiliki perasaan sayang ini. Ia akan hadir sendiri tanpa disedari. Apabila diajukan soalan kenapa kita boleh menyayangi seseorang itu dan tidak ada jawapan untuk soalan itu perlukah kita risau? Bukankah perasaan ini bukan didalam kawalan kita? Bolehkah kita tetapkan kita perlu sayang siapa dan siapa. Bagaimana dengan persepsi, sayang boleh dipupuk? Aku sendiri tidak ada jawapan. Perasaan sayang yang lahir dari dalam hati juga bukan sekadar dengan kata-kata. Ia suatu perasaan yang sukar digambarkan dan hanya dapat dirasai diri sendiri.

Ada seorang teman apabila memberi pandangan mengenai CINTA dan SAYANG, dia memberi jawapan ;

Sayang boleh diluahkan pada semua orang dan dari apa yang dilafazkannya ia terlalu mudah dan ringkas. Dia boleh menyayangi semua orang, terhadap Penciptanya, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih dan sebagainya. Benarkah?

Cinta pula dia kaitkan dari segi kita bertemu dengan seseorang dan perasaan suka timbul lantas menyayanginya dan mencintainya dan terus membina kehidupan bersama insan itu sehingga ke akhir hayat. Benarkah?

Apa yang aku nampak dari pandangan teman tersebut, pemikiran dia terlalu mudah dan ringkas. Maknanya kita akan menyayangi seseorang dan terus mencintainya. Mungkin itu pandangan teman tersebut bagaimana dengan pandangan lain?

Petikan dari teman; (arish ardia blogspot)

Diantara cinta dan syg? Brbeza ke? Yg mne lebih brnilai? huhu.. Semuanya dtafsirkn aku sbg soklan yg tak berjawapan. Hanya bisa dicoretkan pandangan dlm mntafsir keadaan mngikut pemahaman peribadi sendiri.
Sayang~
Pandangan aku manfsirkan 'sayang' sbg 'rasa' yg dialami jasad brnyawa dlm dunia ne. Ianya lahir atas bnyk faktor yg tak mungkin aku ungkapknnya satu demi satu. Perihal 'sayang' tidaklah agung dr pndangan aku. Ianya akn sntiasa lahir, lahir dan lahir. Kehadirn 'rasa' sayang ibarat manusia ditempias hujan. Disebalik kebasahan bumi yg digenangi hujan, kita turut merasa percikan halus yg dibawa angin. Begitulah sayang, ianya hadir untuk kita 'rasa'..
Cinta~
Ianya adalah agung. Pada tafsiran kamus yg tidak aku daftarkan, cinta merupakn 'tanggungjawab pada janji'. ianya dimetari hati sndiri tanpa melibtkn mana2 jiwa makhluk brnyawa yg laen. Kita mngukirnya pada hati yg satu. Hanya mnusia brjiwa sahaja yg akan tahu betapa tngginya nilai cnta. Begitulah yg boleh aku pndangkn melalui persepsi aku yg suram ilmu ini. Selebihnya, bak kate nabil, "lu pikirlah sendiri".. Selamilah hidup ini dengan hati, nescaya kau akan dapat merasai 'CINTA' itu di sisi..


***erm, menarik!~

No comments:

Related Posts with Thumbnails