Friday, November 20, 2009

Rindu II

Rindu dier...aku rindu dier la....uwaaa nape rindu ne rindu sangat2 ne...uwaaaa uwaaaa...uwaaa...Rindu dier...

Thursday, November 19, 2009

~Hari Empat~

Salam pagi...arine awal aku aku sampai opis, 7.40. Sampai je parking td perghhh terus terdiam jap tetibe "terasa"...emm terpaksa diam jap.Tarik napas pjg2..bertenang,ingat Dia...aku mencari kekuatan diri dan semangat diri spt yg slalu aku minta kat Dia...turun dari kereta dengan tenang dan masuk dalam opis dengan harapan hari ini semuanya akan berjalan lancar. Segala ingatan yang tadi terpaksa dikawal cuba tidak mahu lemah.

Aku mohon,aku minta, jauhkanlah dari terus membuat silap lagi.Ianya menyakitkan dan terlalu menyakitkan. Aku xnak terus menyakiti. Aku xnak terus memberi derita. Aku mahu berikan bahgia. Ya Allah berikan diri ini kekuatan,kekuatan utk tidak mengulang lagi kesilapan yang sama...Ya Allah permudahkan urusanku hari ini dan hari2 yang mendatang...Aku mohon Ya Allah agar semuanya diberikan ketenangan dan kebahagiaan...Kau yang Maha Mengetahui Ya Allah!~

Emm hari ne hati aku terpaut pada lirik2 yang ada dalam lagu ne....

Tak faham sikapmu
Kau bercinta seumpama menukar baju
Kau turutkan hati kata nasihat tak kau peduli
Kau tahu hatiku kerana kasihku bersabar selalu
Biarpun terluka terus bertahan selagi terdaya
Mengapa engkau kusayangi
Mengapa kau ku nanti
Mengapa ku rela disakiti
Diriku ini terbelenggu didalam kepuraanmu
Telah terlalu lama kuhimpun doa doa
Semoga Tuhan memberikan hidayatNya
Tapi kau tetap tak berubah tertutup hati
Tak satu pengorbanan ku dihargai

Bila aku cuba fahami lirik ne, emm manusia ne mmg penuh dengan persoalan kan? Persoalan yang tidak ada jawapan..hanya membuatkan fikiran kita kusut...
Kalau nak diimbas semula, seorang temanku pernah berpesan...

"Untuk apa nak kusutkan fikiran dengan persoalan, terus terima dan hadapi dengan rela, redha atas segala yang diberiNya...urusan Dia pada kita redha je lah,pasti ada sebab...tugas kita pula cuba melakukan urusan kita sebaik yang boleh..kan?"
Tapi biasalah manusiakan...mudah lupa. Ada je kekusutan terus mengalah,lemah...dan terkilan aku tergolong dalam manusia kalangan begitu...gagagag. Come onlah, u must strong, u r strong la...dont give up...small matter only loorr...agagaga...come on, take it easy la...u can do it...ko da buat pung smua ne, lagi besar yang datang ko da buat da...knapa persoalan ne yang buat ko lemah sgt? come on come on...wake up...chaiyo chaiyo...mst boleh punyer la....Tuhankan ada...kesabaran kekuatan memang ada dlm diri ko la....buat tau!ingat tau! sesakit mana pung ingatla ko adalah insan terpilih yang menerimanya...bukankah dari kesakitan yang kita alami itu akan lebih memberi kita kekuatan..."Wahai kau hati,sabarlah kau hati.."

Wednesday, November 18, 2009

:: SERI ::

~ 1 ~

Ya..mereka bertengkar lagi.
Hari demi hari hubungan semakin hambar.
Seri semakin tawar hati tetapi dia tidak mampu untuk melangkah pergi.

Marah,dendam yang terbuku dalam hati cuba dilawannya.
Sikapnya yang sudah sebati dalam dirinya tidak mahu dilayan lagi.

Seri ingin berubah, berubah menjadi seorang yg sabar.
Seri pernah melakukannya...dan dia percaya dia mampu melakukannya lagi,lagi dan lagi.

Dia tahu dia tidak boleh berputus asa dengan bisikan syaitan yang menghasut menuruti sikapnya.
Seri kecewa, Seri penuh dengan rasa kesedihan. Seri merasakan dia tidak mampu untuk meneruskan lagi hubungan itu.

Seri tidak berjaya memahami sikap Zaquan. Seri tidak berdaya dengan caci maki hamun yang dilemparkan terhadapnya.

Seri tidak faham. Setiap pertengkaran semuanya dikatakan bermula dari dirinya. Seri akui kebenaran itu tetapi bukankah pertengkaran itu ada punca. Seri ingin menudingkan punca dari perangai dan perbuatan Zaquan yang adakalanya begitu menjelekkan hati tetapi benarkah dia? Bukankah jika begitu akan lebih menambahkan bara yang ada.

Seri buntu...buntu. Seri sudah bosan. Apatah lagi apabila terjadi saja pertengkaran tidak semena-mena seluruh keluarga Seri dikaitkan, dilibatkan...disentuh soal keturunan juga.

Hati Seri panas. Ingin rasanya Seri berteriak marah...bukan saja marah tetapi benci, benci apabila soal keturunan dan seluruh keluarganya dikaitkan dalam pertengkaran itu. Padahal tahukah Zaquan yang keluarganya tidak pernah menyentuh soal dirinya. Tidak pernah sekalipun keluarganya memburuk-burukkan Zaquan apatah lagi memandang rendah terhadap Zaquan tidak kira dari segi kemampuan ataupun apa juga.

Mengapa Zaquan tergamak melemparkan tuduhan begitu kepada keluarganya. Seingat Seri tidak sekalipun Seri menyentuh soal keluarga Zaquan, tidak pernah melibatkan keluarga Zaquan dalam apa juga pertengkaran ataupun bicara. Seri betul terasa hati. Seri betul menahan sabar. Mampukah Seri? Sehingga bila Seri mampu menahan segala keperitan dan kesedihan begini?

Seri sudah bosan dengan hubungan ini.

Seri mencari-cari ke mana perginya rasa sayang dan kasih yang selama ini disemai untuk Zaquan. Kasih sayang yang lahir untuk Zaquan bukan kasih sayang yang biasa tetapi Seri sendiri sukar untuk mentafsirkannya.

Hubungan yang dibina ini sudah terlalu jauh, terlalu jauh untuk dihentikan...tetapi bukankah jalan di depan sana lebih jauh untuk diterokai? Mampukah Zaquan membawa dirinya, menjaga dirinya, menyayangi dirinya sebagaimana dia menyayangi Zaquan?

Seri benar-benar dalam emosi tidak stabil. Rasa marah benar-benar menguasai dirinya.

Hilang sekejap rasa sayang dan rindunya yang selama ini dipendamnya...

Ya Tuhan, Kau sajalah yang maha mengetahui segalanya....




******************************************************************



~ 2 ~


Seri terkilan.
Apakah setiap kemarahan yang terbit hanya dibalas dengan makian?
Pernahkah Zaquan merasakan bagaimana rasanya dimaki orang yang kita sayang? Seri berbisik sendirian.

Mampukah aku menempuh kehidupan bersama Zaquan seandainya itu memang sikapnya...Aku bukan Widad,watak dalam novel Hati Luka, aku juga bukan Izzah, watak dalam novel Ombak Rindu. Aku adalah aku, aku adalah Seri.

Aku perlukan seseorang yang menyayangi aku seikhlasnya, dapat menerima kehadiran aku seadanya. Aku bukanlah seorang wanita yang bila melakukan kesalahan terus dimaki, diherdik.

Aku perlukan seseorang yang dapat membetulkan kesalahan diri ini. Mampukah aku teruskan lagi perjalanan ini. Mampukah rasa sayang saja menyempurnakan hubungan kami kelak. Seri buntu,tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Arghhh!~


*****************************************************************************

Derita Merindu

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa bayangan wajahmu selalu di depan mata harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Related Posts with Thumbnails