~ 1 ~
Ya..mereka bertengkar lagi.
Hari demi hari hubungan semakin hambar.
Seri semakin tawar hati tetapi dia tidak mampu untuk melangkah pergi.
Marah,dendam yang terbuku dalam hati cuba dilawannya.
Sikapnya yang sudah sebati dalam dirinya tidak mahu dilayan lagi.
Seri ingin berubah, berubah menjadi seorang yg sabar.
Seri pernah melakukannya...dan dia percaya dia mampu melakukannya lagi,lagi dan lagi.
Dia tahu dia tidak boleh berputus asa dengan bisikan syaitan yang menghasut menuruti sikapnya.
Seri kecewa, Seri penuh dengan rasa kesedihan. Seri merasakan dia tidak mampu untuk meneruskan lagi hubungan itu.
Seri tidak berjaya memahami sikap Zaquan. Seri tidak berdaya dengan caci maki hamun yang dilemparkan terhadapnya.
Seri tidak faham. Setiap pertengkaran semuanya dikatakan bermula dari dirinya. Seri akui kebenaran itu tetapi bukankah pertengkaran itu ada punca. Seri ingin menudingkan punca dari perangai dan perbuatan Zaquan yang adakalanya begitu menjelekkan hati tetapi benarkah dia? Bukankah jika begitu akan lebih menambahkan bara yang ada.
Seri buntu...buntu. Seri sudah bosan. Apatah lagi apabila terjadi saja pertengkaran tidak semena-mena seluruh keluarga Seri dikaitkan, dilibatkan...disentuh soal keturunan juga.
Hati Seri panas. Ingin rasanya Seri berteriak marah...bukan saja marah tetapi benci, benci apabila soal keturunan dan seluruh keluarganya dikaitkan dalam pertengkaran itu. Padahal tahukah Zaquan yang keluarganya tidak pernah menyentuh soal dirinya. Tidak pernah sekalipun keluarganya memburuk-burukkan Zaquan apatah lagi memandang rendah terhadap Zaquan tidak kira dari segi kemampuan ataupun apa juga.
Mengapa Zaquan tergamak melemparkan tuduhan begitu kepada keluarganya. Seingat Seri tidak sekalipun Seri menyentuh soal keluarga Zaquan, tidak pernah melibatkan keluarga Zaquan dalam apa juga pertengkaran ataupun bicara. Seri betul terasa hati. Seri betul menahan sabar. Mampukah Seri? Sehingga bila Seri mampu menahan segala keperitan dan kesedihan begini?
Seri sudah bosan dengan hubungan ini.
Seri mencari-cari ke mana perginya rasa sayang dan kasih yang selama ini disemai untuk Zaquan. Kasih sayang yang lahir untuk Zaquan bukan kasih sayang yang biasa tetapi Seri sendiri sukar untuk mentafsirkannya.
Hubungan yang dibina ini sudah terlalu jauh, terlalu jauh untuk dihentikan...tetapi bukankah jalan di depan sana lebih jauh untuk diterokai? Mampukah Zaquan membawa dirinya, menjaga dirinya, menyayangi dirinya sebagaimana dia menyayangi Zaquan?
Seri benar-benar dalam emosi tidak stabil. Rasa marah benar-benar menguasai dirinya.
Hilang sekejap rasa sayang dan rindunya yang selama ini dipendamnya...
Ya Tuhan, Kau sajalah yang maha mengetahui segalanya....
******************************************************************
~ 2 ~
Seri terkilan.
Apakah setiap kemarahan yang terbit hanya dibalas dengan makian?
Pernahkah Zaquan merasakan bagaimana rasanya dimaki orang yang kita sayang? Seri berbisik sendirian.
Mampukah aku menempuh kehidupan bersama Zaquan seandainya itu memang sikapnya...Aku bukan Widad,watak dalam novel Hati Luka, aku juga bukan Izzah, watak dalam novel Ombak Rindu. Aku adalah aku, aku adalah Seri.
Aku perlukan seseorang yang menyayangi aku seikhlasnya, dapat menerima kehadiran aku seadanya. Aku bukanlah seorang wanita yang bila melakukan kesalahan terus dimaki, diherdik.
Aku perlukan seseorang yang dapat membetulkan kesalahan diri ini. Mampukah aku teruskan lagi perjalanan ini. Mampukah rasa sayang saja menyempurnakan hubungan kami kelak. Seri buntu,tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Arghhh!~
*****************************************************************************
No comments:
Post a Comment