Thursday, December 8, 2011

Sejenak...coretan seorang hamba

AKU DULU DAN SEKARANG
 
EMPAT PULUHAN;
AKU KINI TIDAK SEGAGAH DULU,
NAFSU, AMARAH DAN KATA-KATA
HARI DEMI HARI SEMAKIN LEMAH, SEMAKIN PUDAR

KATA-KATA YANG BERSEMANGAT
SEAKAN TAKBUR;
AKU MENJADI TAKUT DAN MENYESAL
BILA MENGENANGKAN
SEMUA YANG BERLAKU...

AKAN KU PULIH
SIFAT DAN KELAKUAN
AGAR LEBIH BAIK DAN BERSOPAN
BUAT MENYELUSURI PERJALANAN
MENUJU NOKTAH KEHIDUPAN...

NUKILAN
AZRA S.A. KLANG, SELANGOR


*** Sajak ini sebenarnya sebahagian koleksi yang dicoret oleh Almarhum Ayahanda saya kira-kira 20 tahun yang lalu. Masa itu, kudratnya makin lemah walaupun masih bersemangat...Dia terkenang masa lampaunya yang penuh suka dan duka...Dengan keadaan zaman lepas merdeka yang serba daif, beliau sudah bergelar yatim piatu belumpun mencapai usia 10 tahun..

Tapi apa yang sebenarnya cuba disingkap melalui sajak ini katanya ialah; tentang diri KITA...mungkin masa kita muda, kita bercakap tanpa memikirkan perasaan dan hati orang lain; kita sentiasa menganggap diri kita sahaja yang benar;..kita berjalan dengan mendabik dada dan kita rasa andai apa yang kita cakap dan dipersoalkan orang kita seolah-olah RASA TERCABAR....Itulah sedikit sebanyak apa yang diceritakan oleh Almarhum Ayahanda saya...

Tuan2 dan Puan2...

Apakah luak gaji atau pangkat yang kita miliki andai sekali-sekala kita dengar dan pakai cadangan orang bawahan kita??? Apakah hilang kredibiliti seorang bos apabila cadangan anak buahnya diterima oleh syarikat??? Apakah turun darjat seorang pemimpin andai kata2 orang yang dipimpin digunapakai... Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata " Andai aku membuat kesalahan didalam pekerjaanku sebagai khalifah dan aku membuat silap maka engkau tegurlah aku"...itulah kata2 sahabat dan antara orang yang paling rapat dengan Nabi SAW...apatah lagi kita insan yang lemah...

Hidup ini umpama roda,,,kadang kita diatas, kadang kita dibawah....

Sekadar coretan hamba yang lemah di pagi 11 Muharram 1433H ini. Apabila menyebut tentang 'kita' sedikit pun ia tidak lari dari berkaitan dengan diri saya...
 
***petikan dari emel Encik Nor Azam
 
Kalaulah  kite sume sedar.....

Wednesday, December 7, 2011

Bentuk perkahwinan kejam!

Pertama;
Perkahwinan spt yg berlaku pd zaman iaitu seorang lelaki meminang seorang anak perempuan orang laen yang halal dinikahinya atau seorang perempuan yg dibawah jagaan orang laen menjadi walinya. Jika pihak yang dipinang itu menerima pinangan, maka berlangsunglah perkahwinan

Kedua;
Bhw suami berkata kpd isterinya setelah dia suci daripada haid. "Pergilah engkau meniduri si polan bin si polan itu dan ambillah benih keturunannya". Suami tersebut tidak akan menyetubuhi isterinya. Ini berlangsung sehinggalah didapati isteri sudah mengandung hasil daripada perhubungan intim dengan lelaki yang disuruh ambil keturunannya. Setelah nyata isterinya telah benar2 mengandung, barulah suami tersebut menyetubuhinya jika dia mahu. Dia menyuruh isterinya berbuat demikian krn mahukan seorang anak yg pintar. Perkahwinan jenis ini dinamakan kahwin mencari anak pintar.

Ketiga;
Sekumpulan lelaki yg tdak sampai sepuluh orang berpakat untuk menyetubuhi perempuan tertentu. Semua mereka akan melakukan persetubuhan itu(mengikut giliran masing-masing). Jika perempuan tersebut mengandung dan melahirkan anak, maka dia akan menjemput setiap orang yang terlibat dalam pakatan menyetubuhinya. Dalam hal ini, tiada seorang pung yang dapat mengelak dan melepaskan diri.
Setelah ahli-ahli pakatan itu berkumpol, maka perempuan itupun berkata; "Wahai lelaki sekalian, kamu semua tentunya telah maklum tentang apa yang kalian lakukan. Nah! Ini dia. Aku telah melahirkan anak kalian. Ini anakmu wahai si polan.... beri namalah anakmu ini sesuka hatimu". Lalu diserahkannya anak itu kepada lelaki yang dipilihnya.

Keempat;
Orang ramai berkumpol untuk menyetubuhi seorang perempuan secara bergilir2(tanpa apa-apa pakatan). Perempuan itu tidak mempunyai hak utk menolak sesiapa sahaja yang ingin menyetubuhinya. Perempuan itu akan meletakkan secebis kain sebagai tanda di muka pintu rumah jika ada seseorang yg sedang menyetubuhinya(siapa sahaja boleh menyetubuhinya). Jika perempuan lacur itu mengandung dan melahirkan anak, kumpulan lelaki tadi akan berkumpul dan membuat pakatan serta persetujuan sesama mereka tentang siapakah yang patot menjadi bapa kepada anak itu. Lelaki yang dipilih tidak boleh menolak keputusan ramai dan mesti sanggup menerima tanggungjawab sbg ayah kepada anak tersebut~Hadis sahih riwayat al-Bukhari, Bab Nikah



*** Terukkan bentuk perkahwinan zaman jahiliah dalam msykt Arab? Teruk!
Tapi cube renungkan, walaupun teruk, keji..tp masih terdapat unsur kemasyarakatan, kerjasama dan tanggungjawab, berbanding kehancuran serta kerosakan pada zaman ini. Gejala seks berlaku dengan bebas sekali. Gadis2 yang menjadi mangsa dibiarkan tersisih...Nauzubillahminzalik~

Tuesday, December 6, 2011

Erti "Jatuh Cinta pada seseorang"

Bercinta?
Mcm manis di pendengaran,indah di pandangan.
Tapi benarkah?

Aku bukan pakar dalam soal cinta.
Tapi aku hanya manusia biasa yang pernah jatuh cinta.
Punya rasa mencintai & ingin dicintai.

Tetapi cinta bukan sekadar cinta.
Cinta ada isinya, ada pemahamannya.

Kamoo sudah bersedia mengenali cinta?
Kamoo sudah mampu mengendali cinta?
Kamoo buleh bertahan dengan ujian, dugaan cinta?

Yang aku tauw, mohon agar selalu dekat dengan Allah SWT,
janganlah kita dijauhkan dari-NYA.
InsyaAllah kita akan menemui CINTA dariNYA.
Percayalah wahai saudaraku, kawan2ku, adik2ku, anak-anak buahku...

Aku bukan alim ulama,
Jauh sekali untuk bersikap "poyo" dalam menasihati...
Tapi percayalah...
Hampirkan diri denganNya, kamoo akan lebih mengenali CINTA.
Mungkin cinta yang hakiki...siapa tahu?

Dan disini, aku ingin kongsikan bersama petikan yang aku baca...

*****************************************************

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan
perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan krn Allah telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian.
Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah sebaliknya.

Maka, tarikan ini adalah fitrah di mana Allah telah menyediakan
jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara
sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara
lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah "Ketetapan Allah dengan
hikmahNya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari
yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya.
Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya."

Inilah ketetapan Allah kepada semua makhlukNya.

Allah berfirman;
DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu & daripadanya.
DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya...
-surah al-A`raf:189

"petikan daripada Ustaz Emran Ahmad"

Recycle ajerk

Bila pegi kedai yg jual barang2 perkahwinan, haish...geram kan.
Rase sume kite nk beli, adeiii sume menarik.
Rambang mata uhhh!

Bajet kiter camner?
Kalau mmg terlebey2 bule la borong sakan beli perkakas2 tu.
Kalu x camner?
Heeee~ Sia gune barang2 yg bule digunepakai smula.

Contoh mcm kotak kasut, pastu balot aaa gune kaen satin.
Alaaa da cantek da...yang penting luaran da nampak besh.
Kan?
Tapi bile pihak seblah sana bukak, tu jek laa kantoi...aggagaga
Tapi ade sia kesah? Heeee~

Contoh 1: Nampak tak bulat tu yg disaluti kaen pink tu? Sebenarnya tu raga yang sia dapat gift kueh raya. Elok & cantek lagik tp nak ikot tema pink tu yg sia balotkan raga tu. Heeeee~ Jimat....



Contoh 2:  Kotak bawah tu sebenarnya kotak bekas A4. Nak bagi nampak penoh dlm kotak A4 tu sia lipat2kan tuala mandi yg mmg ade dlm senarai barang hantaran. Heeee~



Contoh 3: Heee...kotak yang ada riben2 tu mmg kotak handphone. Waranty card pung elok jek dalam tu, cume sia balotkan dengan kaen silver...Heeee~


Sia cume beli skit2 jek bunga/daun/riben dll...banyak yg sia gunepakai ajerk. Jimat, xpyh penin pala kuar duet. heeee~
Related Posts with Thumbnails