Pertama;
Perkahwinan spt yg berlaku pd zaman iaitu seorang lelaki meminang seorang anak perempuan orang laen yang halal dinikahinya atau seorang perempuan yg dibawah jagaan orang laen menjadi walinya. Jika pihak yang dipinang itu menerima pinangan, maka berlangsunglah perkahwinan
Kedua;
Bhw suami berkata kpd isterinya setelah dia suci daripada haid. "Pergilah engkau meniduri si polan bin si polan itu dan ambillah benih keturunannya". Suami tersebut tidak akan menyetubuhi isterinya. Ini berlangsung sehinggalah didapati isteri sudah mengandung hasil daripada perhubungan intim dengan lelaki yang disuruh ambil keturunannya. Setelah nyata isterinya telah benar2 mengandung, barulah suami tersebut menyetubuhinya jika dia mahu. Dia menyuruh isterinya berbuat demikian krn mahukan seorang anak yg pintar. Perkahwinan jenis ini dinamakan kahwin mencari anak pintar.
Ketiga;
Sekumpulan lelaki yg tdak sampai sepuluh orang berpakat untuk menyetubuhi perempuan tertentu. Semua mereka akan melakukan persetubuhan itu(mengikut giliran masing-masing). Jika perempuan tersebut mengandung dan melahirkan anak, maka dia akan menjemput setiap orang yang terlibat dalam pakatan menyetubuhinya. Dalam hal ini, tiada seorang pung yang dapat mengelak dan melepaskan diri.
Setelah ahli-ahli pakatan itu berkumpol, maka perempuan itupun berkata; "Wahai lelaki sekalian, kamu semua tentunya telah maklum tentang apa yang kalian lakukan. Nah! Ini dia. Aku telah melahirkan anak kalian. Ini anakmu wahai si polan.... beri namalah anakmu ini sesuka hatimu". Lalu diserahkannya anak itu kepada lelaki yang dipilihnya.
Keempat;
Orang ramai berkumpol untuk menyetubuhi seorang perempuan secara bergilir2(tanpa apa-apa pakatan). Perempuan itu tidak mempunyai hak utk menolak sesiapa sahaja yang ingin menyetubuhinya. Perempuan itu akan meletakkan secebis kain sebagai tanda di muka pintu rumah jika ada seseorang yg sedang menyetubuhinya(siapa sahaja boleh menyetubuhinya). Jika perempuan lacur itu mengandung dan melahirkan anak, kumpulan lelaki tadi akan berkumpul dan membuat pakatan serta persetujuan sesama mereka tentang siapakah yang patot menjadi bapa kepada anak itu. Lelaki yang dipilih tidak boleh menolak keputusan ramai dan mesti sanggup menerima tanggungjawab sbg ayah kepada anak tersebut~Hadis sahih riwayat al-Bukhari, Bab Nikah
*** Terukkan bentuk perkahwinan zaman jahiliah dalam msykt Arab? Teruk!
Tapi cube renungkan, walaupun teruk, keji..tp masih terdapat unsur kemasyarakatan, kerjasama dan tanggungjawab, berbanding kehancuran serta kerosakan pada zaman ini. Gejala seks berlaku dengan bebas sekali. Gadis2 yang menjadi mangsa dibiarkan tersisih...Nauzubillahminzalik~
No comments:
Post a Comment