Thursday, May 5, 2011

Resipi Karipap

Pepagi tadi ke kedai mck Nah pulangkan tupperware,ati daa gulp nengok nasi lemak.
Tapau 2bungkus. 1 utk hilal. 1 untuk aku.(padahal pose tp menu untuk berbuke udah ade)...heee~
Tapau plak karipap 5ketol.

Lal, manis x intinyer?
Boleh laaa...xmanis sangat.

Kentang ke keledek isinyer?
Kentang neh...

Adei air liur da nak terleleh udah.
Aigooooo~aggaagagagga
Dalam ati trus teringat mase rajin nak wat karipap dulu.
Heee...skrang pung rajin jugak tapi BZ yaroobbiii....huuuuu

Adei tetibe petang ne tertengok plak resipi kat CNI
Jom wat petang ne mau?
Heee....ayuh.
Untuk cik puan akak tuh...sia mau salin resipi neh.
Bule ka?
Maceh yeaaaaa....
Sharing is caring yeyeeyyyyy~

Mengikut resipi tu Bahan-Bahan nyer ialah;

Kulit Karipap
4 bhgn. tepung
1 bhgn. marjerin
air sejuk(chilled) dgn garam secukup rasa

Inti Karipap
2-3 biji bawang merah
1-2 biji bawang putih
cili padi / lada boh
1 tin kecil sardin / ikan bilis tumbuk / daging cincang / telur pun boleh - ikut suka tekak masing-masing
1 biji kentang sederhana besar

Cara-caranya

Kulit Karipap
Masukkaan tepung dan marjerin ke dalam mangkuk pengadun dan dadu marjerin dengan pisau bersama tepung. Selepas itu gaulkan marjerin dgn tepung menggunakan tangan sehingga rata dan menjadi bread crumb texture.
gambo kredit kpd tuan punye blog


Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjdai doh. buat bulat kecil dlm 1inch diameter, (lebih kurang, kalau nak kecik sikit boleh kecilkan saiz) dan ketepikan.

Inti Karipap
Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hingga naik bau. Masukkan sardin, kentang dan garam secukup rasa. Masukkan air dan biar kentang empuk dengan api kecil. Dah empuk boleh angkat, sejukkan dan mulakan proses membungkus karipap.

Membungkus karipap
Doh yg dah diuli dan di bentuk kecil tadi dicanai nipis dalam 3-4mm (dlm 2 hun pun ok). masukkan inti yang telah disejukkan tadi ikut kesesuaian saiz tepung, lipat dua kulitnya dan rapatkan menggunakan jari sebelum dikelim. Pastikan kelim rapat untuk mengelakkan ia terbuka semasa menggoreng. Kalau kurang pakar mengelim, terap sahaja menggunakan garfe kecil di sekeliling karipap bukaan karipap yang telah dirapatkan tadi.
kredit kepada tuan punye blog
Related Posts with Thumbnails