Thursday, May 5, 2011

masak lemak cili api tempoyak pucuk ubi

adeh dengar menu jek da bule wat air liur meleleh.
rase nak balik terus carik bahan & masak.
haishhh napsu napsu...heee....

RESIPI NANNIE neh memang sodap2 jugak wooo..
Tengok resipi kat cni la dengan gambo nye yang wat kecur air liur tuh.
Jom salin bahan...Akak Nannie,minx salin resipi yey...
Maceh~

BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil daun saja
2 sudu besar tempoyak-boleh tambah
1 keping asam keping-saiz sedang-sedang ya
3-4 cawan santan pekat - boleh tambah ya
Segenggam ikan bilis - boleh tambah
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2-3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis serta santan pekat dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan asam keping dan garam , kacau kemudian boleh la dimasukkan semua pucuk ubi . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah cukup empuk serta masak baru la boleh ditutup api dapur .

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula tetapi sebaik-baiknya guna la tempoyak fresh home made baru la sedap menu ni..

No comments:

Related Posts with Thumbnails