Hukum Islam atau dikenali sebagai Hukum Syarak terbahagi kepada 5;
1. Wajib: Iaitu suatu perkara yang apabila dikerjakan mendapat pahala & apabila ditinggalkan mendapat dosa.
    Wajib atau fardhu terbahagi lagi menjadi dua bahagian;
    i- Wajib "ain : iaitu wajib yang mesti dikerjakan oleh setiap orang mukallaf sendiri.
       Contoh : solat lima waktu, puasa & sebagainya.
   ii- Wajib kifayah : suatu kewajipan yang dianggap cukup apabila telah dikerjakan oleh sebahagian
       dari orang-orang mukallaf.Dan berdosalah seluruhnya jika tidak ada yang mengerjakan satu
       orang pun dari mereka di dunia ini, seperti mensolati mayat & menguburkannya.
2. Sunat : iaitu perkara yang apabila dikerjakan mendapatkan pahala dan apabila ditinggalkan
    tidak berdosa. Sunat dibahagi menjadi dua;
    i- sunat mu`akkad ; sunat yang sangat dianjurkan mengerjakannya spt solat Tarawih pada
       bulan Ramadhan,solat dua hari raya iaitu fithri dan adha dan sebagainya.
  
    ii- sunat ghairu mu`akkad : iaitu sunat biasa.
3. Haram : suatu perkara yang apabila ditinggalkan mendapat pahala dan apabila dikerjakan
    mendapat dosa. Contoh; minum arak, berdusta, menderhaka kepada orang tua & sebagainya.
4. Makruh : suatu perkara yang apabila dikerjakan tidak berdosa dan apabila ditinggalkan mendapat
    pahala. Contoh; makan petai dan bawang mentah & sebagainya.
5. Mubah(Harus) : suatu perkara yang apabila dikerjakan tidak mendapat pahala dan dosa,
    dan apabila ditinggalkan tidak mendapat pahala dan dosa pula. Jelasnya boleh dikerjakan
    dan boleh saja ditinggalkan.
 
 
No comments:
Post a Comment