Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Ouh New York KUNUN!

Haish. Sebuk sgt nak wat makeover kan...hambekk ko~!gagagag
Aku suker la mekap smokey2 neh tapi sbb kene ikot contest neh "natural make-up",
jadinyer ikotkan ajer la..

Dulu xsuker la mekap2 neh, nyusahkan jerk.
Aku ne maleh nak g cuci2, pastu baru bule tido kan...xkoser lgsg.
Cuci ngan air beser sudey...heee~ PEMALAS!

Tapi skrg ne...amboiii suker plak test mekap neh,test mekap tuh.
Nak plak tgk muker kalu mekap camner.
Ramai mber2 kolej dulu ckp, "jgn mekap, aku lebih suker tgk muka ko beser"...hahahah
Mase tu xphm la kenape dorang kasi komen camtu...
Tapi bile aku tgk balik pung, aku lebey suker muke aku tanpa mekap. Lexxx lexx jek...
Heee~
Ape pung muke aku da kuar da kat cni. gagagaga.

Ape punye slogan ler aku letak neh...gagagaga. PrettyPowerful is colouring my confident.
Hugahugahuga~
Jadi kawan2 yg nak tlg aku dapat g New York, tlglah UNDI eh...aggagaaga.

Monday, February 21, 2011

Sayer Sukerrr Semua TIPS ini!!!

Tips SATU

BUAH TOMATO BERFUNGSI MEMBERSIHKAN KULIT.

Ambil sebiji tomato masak & kisar halus.
Lumurkan pada muka kira-kira 20minit.
Bersihkan muka dengan air suam.
Amalkan selalu.

Tips DUA

Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air & tepung ubi,
Kacau sehingga sebati.
Pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
Pupurkan pada muka & biar 15minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Tips TIGA

Untuk menegangkan kulit muka,
Ambil sedikit tepung ubi kayu & timun ttp sebelum itu timun hendaklah
dihancur lumat.
Campurkan kedua-dua bahan dengan sedikit air.
Jangan terlalu cair.
Sapukan ke muka & biar ia kering.
Basuh dengan air bersih.

Tips EMPAT

MENGHILANGKAN JERAWAT.

Campor sedikit asam jawa dengan bedak sejuk.
Atau tumbok sedikit kulit kayu manis & campur bersama bedak sejuk.
Lumurkan pada muka.

Tips LIMA

ELAKKAN KEDOT.

Sebatang lobak merah & kemudian parutkan lobak.
Campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung & sebiji kuning telor.
Kacau sehingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

Tips ENAM

MELICINKAN KULIT.

Parut tomato & epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada
wajah & leher.
Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parot.
Biar selama 20minit & cuci dengan air suam.

Tips TUJUH

UNTUK MENDAPATKAN KULIT MUKA GEBU & LICIN.

Ambil segelas susu segar, sapu pada muka & gosok hingga rata, melekit & kering.
Cuci dengan air suam & lakukan 2 kali seminggu.

(Artikel dari suratkhabar)

Wednesday, December 8, 2010

Tips to next preggy mummy!

Mahu kulit bayi anda CANTIK & HALUS?

Petuanya ; Amalkan memakan EPAL HIJAU setiap hari.
Anda akan berpuas hati melihat hasilnya nanti.

Ada bintik hitam kat muka? Amalkan petua nih!

Cuci 10 helai daun pegaga dengan air garam.
Tumbuk halus, kemudian campurkan daun pegaga
dengan bedak sejuk & sedikit air suam.
Sapukan pada wajah setiap malam.

Wednesday, December 1, 2010

Masalah kelengkang yg itam?


Artikel di copy dari blog Dokter Totin Jamain

Kelengkang saya hitam, saya malu. Cemana ni?

Buat apa nak malu, kan pakai seluar. Bukan orang nampak pun. Tapi masalah ini menjadi keserabutan bila kad undangan perkahwinan dah mula tersebar. Dug Dag Dug Dag nak kahwin, tapi kelengkang warna hitam. Apa kaitan kahwin dengan kelengkang hitam? Haha mestilah berkaitan.
Oh relax. Hitam-hitam di kelengkang ni sebenarnya normal untuk orang Asia Tenggara. Kita namakan dia Mongolian spot. Atau nama lebih canggih di dunia perubatan adalah hiperpigmentation. Sini, I jelaskan sedikit macam mana boleh hitam.
Pertama, genetik. Okay yang itu memang tak boleh nak dibuat apa lagi lah. Takkan nak gali kubur, salahkan nenek moyang kita pula?
Kedua, perubahan hormon. Ini menjadi masalah untuk perempuan lah biasanya. Untuk mereka yang menggunakan pil perancang kehamilan, uneven skin color atau daerah-daerah hitam di celah celah tertentu memang sedia maklum akan terjadi cenggitu.
Yang ketiga adalah kerana kebersihan. Bila “tut” kita tak bersih, kita akan rasa gatal. Bila gatal, kita garu. Bila garu, kegatalan makin mereka. Garu dan terus garu sehingga ke kelengkang kita. Lama-lama terjadi perlukaan di kulit. Maka terjadilah kehitaman. Lepas itu, kita kena pastikan kawasan tut kita tak lembab selalu. Sebab kelembapan itu akan membuatkan kulit kita lemas tak boleh bernafas. Jadi make sure lepas kita cuci tut kita, kita lap pakai towel dulu. Jangan pakai sepentot anda waktu basah-basah. Okay?
Yang ke empat kerana gesekan antara kulit. Senang je, untuk yang gemuk, usahakan menguruskan badan. Cara nak kuruskan badan boleh tanya Dr. Rozmey. (blughhhhh) -_-

blog copy
Terima kasih atas pertanyaan.
I tak pakai perubatan apa-apa pun untuk menjaga kawasan kelengkang. Cukup dengan jaga kebersihan dan kelembapan. Tapi untuk yang dah terlambat, dah kebetulan jadi hitam sangat dan rasa malu untuk menjadi pengantin baru, sini.. I bisikkan tips!
  1. Yang paling selamat adalah dengan melakukan scrubing, dua hari sekali. Sebab scrubing ni dalam mengangkat sel jaringan mati dan sekaligus memudarkan warna hitam. Eh nak 100% hilang tu tak adalah. Cuma dapat memudarkan sahaja. Kan dah cakap tadi, genetik kita memang cenggini.
  2. Semua orang mesti macam, “malas nak layan” bila I bagi tips dengan scrubing. sounds like “hek ele semua orang pun tahu tips itu”. Okay untuk lebih ilmiah sedikit, sebagai seorang doktor (Ececeh muntah jom), I suggestkan memakai ubat hydroquinone 2-4%. Jangan beli % tinggi-tinggi, lepas itu bila orang tanya siapa ajar? Dr. Totin yang ajar. Amboi amboi tak pasal-pasal kena saman. Sapu ubat ni dekat daerah hitam, malam hari sebelum tidur. Kenapa malam hari? Sebab tak boleh kena cahaya mentari.Jangan mandai-mandai sapu cream ini kalau ada luka, kulit lembab bernanah. Haip jangan! Kalau pregnant atau menyusukan anak, jangan sapu jugak.
Siapa ada beli melanox dengan I? Melanox yang I jual tu Melanox premium, khas untuk muka punya (sebab dia dah bancuh protection untuk muka) tapi untuk letak di bahagian kelengkang tak ada masalah. Yang penting, bukan di kawasan mukosa, lembab, atau dekat “tut”. Haip siapa yang ajar letak kat situ?
Atau cari di farmasi berdekatan. Banyak lagi brand lain yang isinya hydrocortisone 2%. Pakai setiap hari, dalam 3 bulan InsyaAllah nampak perubahan. Kalau dah berkurang, boleh stop pemakaian. Ganti cara dengan hygine yang sihat! :)
Related Posts with Thumbnails