Friday, February 24, 2012

Al-Fatihah untuk Allahyarham adik Faris

Baru pagi kamis aritu sia terbace kesah pasal adik faris.
Dan sia baru sempat post utk ajak2 kawan2 laen hulurkan bantuan utk kos
perubatan beliau. Sia terlambat rupenyer...

Adik Faris telah pergi buat selama-lamanya petang semalam.
Tapi mengikut info yg sia bace ayah Faris memaklumkan wang perbelanjaan hospital
cukup untuk dibayar.

Teringat pada pengalaman sia, saat arwah mama saket terlantar 2 bulan lebey
di hospital dulu. Kos perubatan yang tinggi diperlukan. Syukur alhamdulillah, saudara mara
banyak membantu. Tidak terbalas rasanya jasa2 & pengorbanan mereka.

Mencuba, ikhtiar selagi terdaya asalkan orang yang kita sayangi dirawati dgn sebaeknyer.

Terbace kesah adik Faris sangat meruntun hati.
Namun Allah SWT lebeh menyayangi beliau.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah~
Kepada keluarga Allahyarham adik Faris, takziah & semuga tabah menghadapi ujianNya.
InsyaAllah~

Thursday, February 23, 2012

Menderma untuk adik Faris

Terbace kesah adik Faris tersentuh ati ne. Cumel jek tu.
Xcayer cube tgk gambo ne........

Adik Faris ne disahkan mengidap sakit barah darah (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH)
Macam dalam blog kak moon sia juga terpanggel utk ajak korang2 semua memurahkan
ati untuk buat derma amal untuk kos perubatan adik Faris ne. Ini mase dia, kiter semua
belum tentu lagik kan?

Sempena gaji yang kuar arine (bg kakitangan kjaan la kan...heee)...apa salahnyer bg
apa yg kiter mampu....

No akaun ayah Faris :
Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738


Semoga adik Faris kuat semangat melawan penyakitnyer, pada DIA kiter berdoa agar adik Faris dipermudahkan urusannya & kembali sembuh,sehat seperti kanak-kanak laen.
Amin~
Related Posts with Thumbnails