Bila masanya kita perlu berbicara mengenai NILAI?
Sebenarnya nilai aku letaknya dimana pada mata dia?
Perlukah aku mengetahui nilai aku pada dia?
Untuk apa aku tahu nilai aku pada dia sedangkan dia sendiri tidak mengakui kehadiran aku dalam hidupnya...
Bukankah secara kasarnya aku tiada nilai langsung pada dia?
Untuk apa aku mencari lagi
Untuk apa persoalan demi persoalan yang berlegar di fikiran ini?
Pentingkah nilai ini?
Dari apa yang aku dengar nilai ini terlalu penting kerana ia akan menentukan harga diri sekaligus maruah kita
Apa aku sanggup butakan mata pada harga diri dan maruah semata-mata mengejar kasih sayang dia yang entah sampai bila akan berakhir kerana dia tidak menerima kewujudan aku...
Perlukah aku teruskan lagi pengembaraan ini?
Pengembaraan yang tidak ada kesudahan tetapi bukan aku yang rela..
Aku seakan tidak mampu sendirian mendaki pengembaraan ini dan mungkin akan berhenti bila-bila masa...
No comments:
Post a Comment