Salam Jumaat~
Suker nak share pasal artikel yg bertajok "Jadilah Seorang Raja!".
Menarik.
"Berapa lama awak dalam bidang ini?" Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang. Kemudian yang bertanya akan membandingkan pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini. Silap-silap anda akan terasa kerdil bila si penanya akan meletakkan "orang besar" dalam bidang tersebut sebagai penanda aras kecapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat. Anda kalah, kalau jika sebaik sahaja perbualan itu tamat, anda mula merasakan oh, malangnya nasib ku!
Memang aku tak nafikan, kebanyakannya mmg camtu mungkin termasuk aku juga kadangkalanya. Tapi aku tetap bangga jadi diri aku sendiri. Kalau nak buat perbandingan apa yang kita sendiri da capai dengan pencapaian orang laen yang mungkin jauhhhhhhh lebey tinggi buat penin kapla jek. Biarlah...itu rezki mereka, rezki kite apa yang kita perolehi skrg. Ahhh lebey mudah begini dari begitu. Bukan ke?
"Berapa ramai anak di universiti?" Sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, "dalam bidang apa? Doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?" Jika anak anda berada di bidang-bidang lain, yang tidak dianggap "prestij", si penanya akan menerangkan betapa rendahnya nilai profesion anak anda itu jika bidang pengajiannya biasa-biasa sahaja. Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku...
Bagi pengalaman aku kan, emmm rasanya da mmg penah aku lalui. Lelebey lagi mase aku pilih kos dalam bidang seni. Seni Halus uiiii...haluuuuussss mulus gitu. Agagaggaga. Mase tu ramai yang pandang rendah kat bidang yg aku pilih ne. Mase tu masing2 bangga bile anak, saudara mara ke memilih bidang doktor ke, lawyer ke, atau pung apa2 yg nampak atasan la kan...tp aku bersyukur sbb Ayah, Nde, kebanyakannya femeli aku mmg support bidang yg aku amek ne. Malah teruje lagi bile aku dapat jual artwork aku beribu-ribu. Masyuuukkkk...kalu komited la...huuu~
Tapi makin aku meningkat dewasa ne, ecewah...lagi banyak yg aku dapat lihat dalam kelompok2 manusia yang merasa terlalu gah dengan jawatan, pangkat, duet, harta dan pelbagai lagi yang keduniaan ne. Tapi yg besh tu, diri sendiri mengaku alim, warak, dan tak mementingkan apa2 yang berkaitan duet, pangkat, harta sume tu tp sedarkah? agaggagagaga~ manusia tetap manusia....
Antara dialog2 yang biasa kite bule dengar kan....
" Penat2 je aku antar anak aku blaja tinggi jadi laywer takkan aku nak suh dia kije bese2 jek...padahal dia sedar ke kije susa dapat skrg? bile g intebiu bukan sijil2 tinggi yang dorang pandang sangat tapi PENGALAMAN kije yang kite ade. Bukan ke? Bukan...Bukan tak bagus belaja tinggi2 cume sikap mendabik dada sangat dengan duniawi ne yang wat aku berpikir...itukah yang selayaknya dipanggil orang alim ulama? Memang betul, kalau kite betul & doa bebanyak minta kat DIA, insyaAllah akan ditunaikan tapi adekah hadis mengatakan kite perlu terlalu mementingkan sesuatu yang belum tentu kite dapat? AigoOoOoOoo pelik. "
Adakah kite bule tau ape yang jadik kat kite pada masa depan?
Betulkah kite dapat pastikan yang seseorang yang mengambil bidang doktor mmg bule jadi doktor terhebat? Dapatkah kite pastikan seseorang yang tak belaja tinggi tak bule jadi seseorang yang berjaya sekiranya dia seorang yang rajin berusaha, tak kenal erti putus asa dan dia mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Tidak!
Sume tu bukan kite yang tentukan, sume dari DIA....
Macammane kalau anak kite yang amik bidang doktor tapi akhirnya nanti dia cume basuh pinggan di dapor? Menganggur tak tentu arah tujuan...
Tapi anak orang yang kite singgung perasaannya dengan memandang serong sbb dia tidak belaja tinggi dan nampak gaya nya tidak berjaya tetapi berjaya dengan cemerlang dalam idopnya...aper cete?
Jangan sesekali memandang rendah pada orang yea.....Nauzubillah~
Sambung lagi dari artikel;
Itu belum lagi anda bertemu dengan pak lawak yang merasa besar hanya kerana punya kenalan di kalangan orang2 besar. Anda spt hendak ketawa bila dia bercerita tentang Tan Sri tu, Dato` Sri tu, yang kununnya sangat akrab dengannya. Padahal dia hakikatnya hanya pecacai sahaja kpd org besar yang diuarkan-uarkan itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia kecil bila hilang harga diri dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan orang besarnya. Angguk2, tunduk2...
Banyak sangat sia jumpe orang2 mcm ne...tp tak la bermaksud yang sia ne bagus sangat utk menilai orang laen. agaggagaga...sia ckp melalui apa yg sia lalui dan alami selama sia di dunia ne. huuu~
Perbualan penulis dengan Mat....
"Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?"tanya Mat. Nadanya sedih.
"Mengapa?" tanya simpati.
"Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama."
"Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu."
"Kalau kita dihargai kerana pangkat, harta dan nama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tetapi untuk pangkat, harta dan nama."
"Tetapi aku sedih...Setelah sekian banyak yang aku lakukan."
"Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia." kata saya seakan memujuk.
"Aku sedih..itu sahaja."
"Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga."
Matt mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.
"Apa maksud kau?"
Pertama...
Cerita tentang Nasiruddin seorang sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.
"Selamat datang ulama, selamat datang orang alim...Ajarkan kami, ajarkan kami"
"Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?"
"Kerana serban besar yang tuan pakai."
Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.
"Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!"
Nampak x dari cerite tu?
Diri kite tetap diri kite bukan kene nilai dari pakaian, gelaran dan harta. Tapi yang paling besh mesti ingat ialah sebenarnya kite tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kite sendiri.
Sampaikan pakar psikologi pung cakap penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang laen terhadap kite. Tidak perlu penilaian orang laen tu mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri. Tetapi kalu sesuatu teguran membina, nak betulkan apa yang kita salah cube la terime...yea x? huuuu tak sume yang kita lakukan betul, kitekan manusia, tiada yang sempurna...
Cerite kedua pula,
Seorang bijak pandai dijemput ke majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setiba di majlis itu dia tidak dijemput langsung utk makan. Tuan rumah mengutamakan orang2 kenamaan yang laen. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian yang mahal dan gemerlapan dan pergi semual ke majlis tersebut.
Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya. "Mengapa" tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, "tuan rumah hendak menjamu pakaian ku bukan diriku!"
Orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to complete not to compete ( hidup bukan satu perbandingan tetapi satu perkongsian...) Tinggalkan mrk yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama.
Kita ni bukan orang yang terbaek, tp kita mesti mhargai kelebihan atau kebaikan kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu.
Tak pyh bertanding dengan orang laen, kita bertanding dengan diri sendiri tetapi berkongsi dengan orang laen.
Ouh tenangnya diri jika berpegang kpd prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia...hanya utk mencari nama, harta dan jawatan.
Ada seorang Raja bertanya kpd petani miskin.
"Siapa kamu?"
"Saya Raja," jawab petani.
"Raja?"
"Ya, raja pada diri saya sendiri!"
p/s : sharing is caring....heee peace yo~
No comments:
Post a Comment