Friday, May 18, 2018

2 Ramadhan 2018 / 18.5.2018

Cuba untuk memberi ruang utk mencoret disini.
Alhamdulillah selesai ramadhan yang kedua.

Sambil tonton Monalisa, drama 80 episod ni sangat menyesak hati, menyakit jiwa.
Tapi nak jugak tau kesinambungannya...bertabahlah hati.

Harini menu berbuka puasa,
1. Laksa johor
2. Nasi putih+
3. Sup Ikan merah & cili kicap
4. Begedil ayam
5. Telur bungkus

Syukur atas nikmat Mu Ya Allah.

***kalau rajin esok nak masak laksa sarang. Aniss nak balik Ahad ni,,,lama da dia minx laksa sarang tu...heee

Thursday, May 17, 2018

1 Ramadhan 2018

Ya Allah, aku bersyukur masih bernafas sehingga hari ini.
Ya Allah kurniakanlah aku dan keluargaku kesihatan yang baik dan tubuh bdn yg sihat.
Ya Allah murahkan lah rezeki ku dan keluargaku.
Ya Allah Kau panjangkanlah usiaku dan keluargaku.

Allahu, punyalah lama meninggalkan penulisan atau lebih tepat diari ku dalam blog ini. :) Dan Ramadhan kali ini aku ingat nak catit sehingga 30 Ramadhan kalau di izinkan. InsyaAllah.

Kalau nak diimbas kembali, Ramadhan tahun lepas adalah ujian untuk keluarga kecilku.
Bermula dengan keuzuran suamiku, demam dan disahkan demam denggi yang agak kritikal juga diikuti dengan aku...demam denggi juga. Syukur aku tidak seteruk suamiku. Masih boleh menjaga anakku dan memasak untuk keluargaku. Allahuakbar...syukur sesangat.

Dan alhamdulillah Eryna tidak kena, namun agak membimbangkan jugak dalam minggu yg sama Eryna demam panas. Tapi bebas dari demam denggi. Syukur sangat.

Pengalaman paling tidak boleh ku lupakan masa tu ialah cucuk ambil darah setiap hari berlanjutan lebih kurang dalam 2minggu. Berulang alik ke Hospital KPJ setiap hari selama tu. Allah ujian...

Alhamdulillah aku ditemukan dengan 2018 dan kini Ramadhan hadir lagi...
Trauma dengan pengalaman tahun lepas masih bersisa.
Tapi aku positif kan diri.

Dua hari sebelum Ramadhan, Umi beritahu yang kemungkinan besar Umi kena warded hospital kerana tulang kakinya retak. Allahuakbar. Ujian bulan Ramadhan lagi...Allahu
Hari pertama Ramadhan Umi dan Ayah bersahur di Hospital Pantai Ampang.
Alhamdulillah Umi dapat discaj sebelum hari pertama berbuka puasa,
Sedang aku,suami dan anak berbuka, Ayah dan Umi pulang ke rumah. Alhamdulillah
Tetapi Umi dinasihatkan untuk berehat selama 2bulan....
Doaku agar umi, ayah, aku, suami dan anak berada dalam lindunganNya....

1 Ramadhan 2018 berlalu begini....Semoga hari yang mendatang diberikan kebahagiaan dan semoga kami dipermudahkan dalam setiap urusan. Amin YRA

Menu kami harini,
Cucur udang
Nasi putih+
Sambal bilis petai
Masak lemak kuning suhun fucuk
Ayam goreng berempah
Sayur kangkung belacan

Alhamdulillah....Semoga Ramadhan ini dilalui dengan mendapat keberkatan dariNya...

Saturday, May 21, 2016

Kerja atau berhenti?

Bila mana aku perlu memilih kerja atau meninggalkannya untuk sebuah pengorbanan. Rezeki ada di mana-mana. Famili adalah segalanya untuk aku. Serius!


Macam2 perkara berlegar. Apa yg aku mahu buat?
1. Penulisan....
2. Fulltime Mary Kay...
3. Delivery makanan....
4. Hantar budak2 sekolah....


Dan pelbagai lagi bermain di ruang fikiran. Aku perlu meneruskan untuk mencari rezeki, yg mana boleh aku menjaga anak sekali. 2 dalam 1.


Arghhhhh!


Semoga Ayah cpt sihat dan kembali kuat seperti selalu. Amin YRA~

Friday, January 9, 2015

Emosi=Tacing

Bila mana aku rasa dunia ni penuh ketidakadilan, satu demi satu emosi datang bergabung dengan tacing atau bhs melayu nya berkecil hati.

Ikutla mana-mana yang selesa dan bahagia. Itu jawapan paling selamat dan sesuai aku rasa.

Bila ada komen "makin kecil dan makin jauh".
Macam mana kalo kite je yang rase camtu?
Pihak sebla sana xrase yg same? Huuu~

Kesimpulannya,
Pengajarannya,
1. Elak dan jauhla buruk sangka kat orang.
2. Keluarga xkan bule lari ke mana.

Betul x?

Semuga kite diberkati hidup di dunia & akhirat.
Amin.

Monday, December 8, 2014

Resepi Karipap Roti Special

Bahan-bahan

12 keping roti
*sebiji telor untuk egg wash

Bahan2 inti

200gm ayam @ daging - potong kecil2.
500gm ubi kentang potong dadu
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
Cili mesin - 2 sudu besar
Serbuk kari ayam - 3 sudu besar
1 labu bawang besar - potong dadu
Daun sup hiris nipis
Minyak untuk menumis
Air

Cara penyediaan,

Tumbuk lumat bahan bertanda
Campurkan bahan2 tumbuk, cili mesin, serbuk kari bersama sedikit air, kacau sebati
panaskan minyak dan tumis bahan tadi hingga garing dan naik bau
masukkan ayam, daging dan sedikit air
bila ayam da empuk, masukkan kentang bersama air secukupnya untuk mengempukkan ubi tadi
masukkan garam
masukkan daun sup bawang besar yang dipotong dadu
gaul bahan sehingga kering
sejukkan dan sedia digunakan

Panaskan oven 180C
gelek roti hingga nipis dan potong roti bentuk bulat guna cawan atau cutter
letak inti dan cantumkan bhgn tepi roti dan picit bhgn keliling tepinya
tekan bahagian tepi roti guna garfu kecik
sapu karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata, jgn sampai meleleh nt roti melekat kat dulang
bakar karipap roti lebih kurang 15min atau hingga perang
#karipap buleh dikeluarkan dr oven 10min selepas dibakar, balikkan ia dan sapu telur pd bhgn seblah lagi, masukkan ke dlm oven dan teruskan membakar.

Thursday, December 4, 2014

Diet Rasulullah SAW part 2

Daripada Aisyah RA,
Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.

(Hadis riwayat Bukhari)

Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda. Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengalami sakit perut walaupun sekali sepanjang hayatnya kerana Baginda merupakan seorang yang pandai menjaga pemakanannya.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1.Suka minum susu.
Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang. Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin) dan Vitamin D.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser.

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.

8. Buah tamar
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan(An-Nahl: 68-69)

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

16. Rasulullah SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garpu ataupun chopstick.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolesterol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghadaman dan proses metabolisme gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

20. Berpuasa
Selama sebulan pada bulan Ramadan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.
Jadi, jika kita kaji semula dari apa yang ditinggalkan oleh amalan Rasulullah SAW yang cukup indah ini, pasti kita akan mengerti kenapa, pelbagai sakit misteri, kronik semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita kini. Ini semestinya kerana, kita lupa untuk meneladani amalan atau tabiat pemakanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Akhir kata, mari kita renungkan bersama-sama sabda Rasulullah SAW:
Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.
Hadis Riwayat Huzaifah

Diet Atkins vs Diet Rasululullah SAW

Skrg ramai yang berjinak2 wat diet atkins. Salah sorg nye aku baru kunun2 nak mencobe. Dalam pada aku nga google2 cara diet atkins, tjumpe 1 blog yang wat aku terbenti jap... Diet Rasulullah saw.

Meh kite bace, renung2 jap...

***sharing dari Detik Islam

Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW
Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta  berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.
Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
 
http://bicarasantai.com/wp-content/uploads/2012/12/kurma_susu.jpg 


 
Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan  mengambil  dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
 
Ada hikmahnya tidak meniup air panas untuk diminum
Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.
Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.
Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.
Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.
Pengambilan pil sebagai makanan tambahan memudaratkan tubuh
Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya.  Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.
Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).
Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.  Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan.  Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.
Sumber dari bicarasantai.com, Wallahu'alam bissawab
   

Resepi Sizzling Mee

Lenkali kalo customer order dengar bebetul. Pandang customer tu, beri perhatian kat customer, ne endah xendah jek bile customer wat order.
Bila bg order salah marah plak kat customer, hakkktuiiih.

Ne cete pagi tadik, mcm haremmmm jek.
Bagus wat sdnri la...terjumpe la resepi ne, tp perlu ke beli hot plate tu bagai? adoiii....

*** sharing yea dari Open Minda

Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)
 
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee 
 

Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
 
update:
mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
 
untuk yee mee nya:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, 
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..
lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.
mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama.. =)

Gamba tunggu hasil masakan aku nnt, tatau la bile....heeee gulp.

Friday, October 31, 2014

Eryna da 8bulan

Salam.

Skrg ne nak update blog pung sgt jarang2. Sgt blur pada penulisan. Padahal berkobar2 setiap kali on pc nak potpet2. Semua yang menjadi kebiasaan da jadi semakin jarang. Kadang2 pung da sgt2 jarang. Huuu apala aku melalut.
Heee....


Eryna da makan. Mula dengan nestum, biskut Farley, bubur nasi, sup ayam, dan sekarang dia nak makanan yg kite makan. Aduhai mslhnye riso plak perut dia yg kecek tu tak tahan dengan menu kite. Kalo xbg nauzubillah ngamok sakan.
Ada sesape nak sharing2 resepi makanan utk baby?


Friday, August 22, 2014

1 Malaysia berkabung

Salam Jumaat. 

20 Orang mangsa nahas MH17 kembali ke tanahair , ketibaan yang "tertunda".
Sedey dgr puisi2 kat radio2.
Takziah untuk keluarga mangsa & Al Fatihah~


Sunday, May 11, 2014

#myerynaariqa

Salam,

Benar apa yang sia bc di blog tentang mama ibu mak mummy etc yg baru bersalin, yg sedang berpantang, yg baru habes berpantang yang juga gemar berblogging.

***tak sempat lgsg yea nak update blog,bak kata dorang bersawang blog...heee~

Nak tauw skrg kol brape baru sia bkesempatan bukak blog ne? hah kol 4:58am! Huuu...itu pung nga hek huk hik nak susu. Jap lg nyaring ler tu soranya.

Heee, belum sempat dan berpeluang coretkan pape psl bby. Dalam kapla jek byk isi nak coret sbg kenangan ms depan. Mst rindu. Skrg pung rindu kan saat bby baru lahir. Argh malas nak ingat sbnrnye, sedih rindu entah la...lgpung da nak kije ne lagila rase pilu nak tinggalkan dia. Syukur jugak Ayah nak tlg jagakan bby, minx2 dipermudahkan. Amin~

Hari ni genap bby usia 64hari. 2 bulan 4hr. Cepatkan? rase mcm baru jek kuar dari perut ne walopung operet. Huuu~


Haaa, salam kenal sume. Ni ms bby baru lahir. Panggil Eryna bule, Ariqa pung bule. Heee~
Okie nnt sambung lg... :))

Sunday, January 19, 2014

Herbanika NR

Salam,

Sedikit info sia dapat dari Rahsia Cinta .


Minyak Herbanika Nona Roguy digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan  ketegangan atau sakit sendi anggota sendi badan, melegakan batuk dan mengurangkan kahak, dan melancarkan peredaran darah.
Khasiat Minyak Herbanika
 Membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses kelahiran anak dan melancarkan aliran darah.
 Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
 Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul di sendi-sendi
 Mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.
Kandungan Minyak Herbanika 
1. Piperis folium
2. Andropogon nardus folium
3. Eucalyptus globulus
4. Myristica fragrans 
5. Cocos nucifera oils
Cara Guna Minyak Herbanika 
1. Sapuan Minyak Herbanika untuk bersalin normal atau secara pembedahan di wad.
2. Selepas keluar dari bilik bersalin: Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis ke bahagian kulit kepala, tengkuk dan bahu.  Ikat rambut dnegan rapi. Kemudian sapurata ke perut, tundun sulit, peha, pinggul, pinggang, lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.
3. Boleh tuangkan ke atas pad/ sanitari. Pakai dengan selesa.
4. Sapuan Minyak Herbanika  ke perut dan pinggang, guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
5. Bagi yang bersalin secara pembedahan: Sapuan Minyak Herbanika  ke perut dan pinggang kecuali bahagian pembedahan, gunakan ‘Strap-On Binder’ yang ringan tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan.
Perhatian: Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut. Minyak Herbanika boleh digunakan untuk berurut semasa berpantang.


Krim Herbanika Barut Nona Roguy digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Krim Herbanika Barut 
 Membantu melegakan sakit sendi dan otot.
 Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
 Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
 Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Kandungan Krim Herbanika Barut 
1. Oryza Sativa Semen
2. Myristica Fragrans
3. Cymbopogon Citratus Cortex
4. Oryza Glutinosa Semen
5. Trigonella Foenum Graecum Semen
Cara Guna Krim Herbanika Barut 
1. Digunakan 2 kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
2. Picit sekurang-kurangnya 2 inci Krim Herbanika Barut dan sapukan ke sekeliling perut dan pinggang serta bahagian yang dikehendaki.
3. Kemudian ikat dengan mengunakan kain barut.


Khasiat Phytonatal 
 Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
 Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
 Mengimbangi kembali sistem badan.
 Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.
Cara Guna Phytonatal 
1. BERSALIN NORMAL – diamalkan bermula hari ke 4 selepas bersalin
2. BERSALIN PEMBEDAHAN – Boleh diamalkan hari ke 7 selepas bersalin
3. Untuk Kelawasan biasa makan 2 – 3 biji (1 kali sehari)
4. Bagi yang Sembelit makan 3 – 5 biji (1 atau 2 kali sehari)

Monday, December 9, 2013

Sedeh!!!

Kalo dulu mmg melenting marah. Jiwa berombak kalo kene camne.

Eh..eh ko xleh kene sound ke pe?
idak la, cume ckp cam takde Allah SWT. mcm takdir tu kita yang cipta sendiri.

Aduhai, sepa yang mahu sakit atau bergelar pesakit.

ko jagalah kesihatan tu, jgn suke2 sakit
eh, suke2 sakit? aku suke sakit? cakap cam haper weh...

Ya Allah...hati sedeh, sangat sedeh. Teramat sedeh. Rasa dikejami sangat.
Aku serahkan kesedihan dan rasa dikejam ini padaMu Ya Allah.
Kaulah yang maha mengadili setiap segala sesuatu...

Monday, December 2, 2013

Cuti cutian suda selesai

Alhamdulillah.
Kesihatan semakin pulih. Skrg bila menjelang malam pula trase lemah n susa mau tido.

Sebenarnya sia suda peknen. Ye benar. Alhamdulillah. Hajat tercapai walau mcm percaya tak percaya. Terjawab sudalah persoalan bg sesetengah pihak yang mempertikaikan knp sia lambat dikurniakan cahayamata, anak, buah hati... Allah maha berkuasa.

Usia kandungan sia sudah genap 6bulan. Alhamdulillah. Sia terkene alahan yg agak teruk. Maklumlah tak bule bg byk komen sgt sbb inilah pengalaman pertama. Tataulah nak cakap sangat teruk ke aper ke. Heee~ Yang sia tau di awal usia kandungan 1bulan lebey sia dimasukkan ke wad, pung untuk pertama kali merasa duk dalam wad. Itupung menjelang hari raya aidilfitri. Ouh sangat syahdu. Mujur soami sudi menjadi teman sepanjang masa. Heee~

Selera makan trus hilang sehingga usia kandungan 4bulan. Agak tertekan juga. Tapi sokongan femeli sangat membantu. Terima kaseh uolsss~ heeee~

*ops mata udah penat. Kemudian sia sambung pengalaman ne setakat 6bulan peknen. Heee~ Dan setelah sekian lama bercuti, merehatkan diri, menjauhkan diri donia poaka tersebut....sia perlu meneruskan perkhidmatan esok hari. Semoga sia dilindungi dan di rahmati. Semoga urusan sia dipermudahkan. Amin Yarabbal Alamin~

Thursday, November 28, 2013

Surah amalan ketika hamil



Surah As-Saaffat Ayat 100

رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ((١٠٠
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (100)



Surah Ibrahim Ayat 40

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (40) 




Related Posts with Thumbnails