Duhai Sang Pencinta
Andai lahirnya engkau utk memiliki apa yang engkau cintai
Bertuahlah dirimu
Namun, sedarlah engkau
Dunia ini penuh berduri
Duhai Sang Pencinta
Pejamkan mata
Renung seketika
Ada rasa yang lebih berharga dari cintanya
Hargailah ia
Kerna itu lebih bermakna
Duhai Sang Pencita
Bukan memiliki tapi mencintai
Jauh di lubuk hati
Akan engkau rasai
Cinta di hati
Hanya hati mengerti..
(petikan dari http://arishardia.blogspot.com/)
Lama aku ingin mengerti isi tulisan ini. Aku rasa ini bukanlah kali pertama aku cuba untuk memahami kata-kata begini bagi menguatkan diri aku. Tenang, aku ingin merasai ketenangan dalam "rasa" ini...Ya, aku perlu sedar dan terus sedar. Jika ramai berpandangan aku hidup dalam dunia khayalan, biarlah kerana aku tahu apa realitinya kehidupan yang aku lalui sehingga kini....
No comments:
Post a Comment