Thursday, December 23, 2010

yg engkau cintai

" wanita, jgn dambakan dirimu pada dia yg engkau cintai,
sebaliknya berilah ruang pada dia yang menyintai " ~Aseng Zahrin

Tuesday, December 21, 2010

photoshoot : Secret Of Beauty


Tinggal 1 sesi photoshoot lg dengan Ikah.
Dan aku tersanggatttttlah penat otakku wat mase ne utk siapkan.
Lepas siap sesi ne, ade len yg banyak menanti. Heee~
Tapi kalu da MINAT, aku tetap usahakan. Huuu~
Dan untuk "Secret Of Beauty"...nantikan updates seterusnya di BILA LENSA KU BERGERAK

kite sayang awak, awak sayang kite ke?

Persoalan nyer :

bukankah setiap pasangan sentiasa ade ketika saat susa ataupung senang.tetapi mmg lazimnyer ke ade seblah pihak yg akan memendam sehingga timbul rase benci & dendam? itukah erti sebenar ungkapan "sayang" ataupung itulah yg dinamakan sebuah pengorbanan dlm kasih sayang? 

  

Huraian nyer oleh Aseng Zahrin


Andai bhagia mencintainya adalh airmata,biarkn dihiris hatimu sampai luka..andai sakit mencintainya bagai luka disimbah cuka dan engkau tak rela,berlalulah..kerna itu adalah pengorbanan..dan sayang bukanlah jaminan sebuah kebahagi...aan..~

Monday, December 20, 2010

AIR MIZAM

Aku dpt emel "Manfaat dari Air Zam-Zam, Penawar Kencing Manis".
Tertarik plak aku. Bagi sesiapa yg berminat bule KLIK KAT SINI


 Apa kisah nye? Jom bace...

Air Zam Zam mengandungi 92 'NATURAL' Elemen Mineral dan
terlebih ketahui umum akan khasiatnya.Kemahsyuran Mukjizat
Air Zam Zam ini telah tersebar kesuluruh dunia, bahkan negara
barat pun telah melakukan ujian makmal dan menemukan kekayaan
zat zat yang memang diperlukan bagi tubuh manusia.

Subhanallah, hasil ujian makmal menunjukkan bahawa kadar
magnesium dan kalsium air zam zam sangat besar.

Mizam World Resources sebuah syarikat yang ditubuhkan pada
Mei 2010 beroperasi di Marang, Terengganu telah mengeluarkan
satu produk yang diberi nama Mizam. Satu produk yang unik yang
mana hasil sumbernya merupakan Kombinasi Khazanah Alam Ciptaan
Ilahi yang telah wujud beribu tahun dahulu untuk manfaat
kita bersama.
Air Mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral
Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat
diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Selain dari kencing manis, Air Mizam juga digunakan untuk
pengidap penyakit darah tinggi, sakit buah pinggang, barah,
tiroid, kanser payudara, buasir, gastrik, senggugut,
sakit jantung, paru-paru, hepatitis B, kelamin lemah,
keputihan, sembelit, ulser, gout, katarak mata, sakit kulit
(psoriasis), kulit sensitif, migrain, strok, kebas anggota,
sawan, asma, sakit otot, jerawat, gangguan makhluk halus
dan pelbagai lagi.

Jika anda atau ibu dan bapa anda mengalami penyakit kencing
manis atau mana-mana penyakit diatas, jangan biarkan ia
berlarutan. Sila dapatkan produk Air Mizam ini dengan
segera di http://www.mizam.my

Dengan mengamalkan Air Mizam dengan penuh istiqomahdan
disertakan dengan beberapa amalan dan petua dari ayat-ayat
Al-Quran, insyaallah mudah-mudahan Allah mempercepatkan
penyembuhan penyakit yang dihidapi kerana sesungguhnya Allah
jualah yang maha penyembuh dan meyembuhkan segala penyakit.

Dapatkan MIZAM secara online di:
http://www.mizam.my

 

Thursday, December 16, 2010

Photoshoot (i) : ACERBITY

Memang besh wat photoshoot ngan Ikah.
Mase memule mekapkan dia, mcm nk nanges dia tgk wajahnye yg
sangat len. Erti kate laen "burokla muka Ikah. menakotkan"...
TAPI aku terus "memaksa" dia meneruskan. Huuuu~
Dan akhirnya dengan jaya nyer aku memujuk Ikah utk
menghasilkan karakter yg ganas,keras,kasar.
Aku mahu Ikah mengeluarkan watak2 itu agar lebeh
FEEL dapat shoot "kemarahan yg terpendam". Heee~

Ikah ne pemalu, lembot jek.
Time dia marah pung idak ler takot sgt pung,
Gagagag...jadinyer aku nak dia "keluar" dari attitude dia
yg sebenar...hanya dalam watak gambar ne je yea!!! heee~

Dan hasilnya AKU SUKER!
Ini yg aku mau utk koleksi DEA`sportfolio bulan neh!
YESH! Ikah anda berjaya!
And thanx a lot yey Ikah!

Kamoo mau lihat wajah Ikah yg asal?
Haaaaa.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Selepas Ikah "keluar" dari dirinya & membawa watak yg diberikan....HASIL nyer?



See more at Photoshoot (i) : Acerbity



note : sesiapa yg berminat utk photoshoot & menjadi bukan diri kamoo...heee~ sbb sia mau "model" yg kontra dari diri nya sdri. Sia mau "sesuatu"/seseorang yg berlainan
bule emel kat nicestudio11@gmail.com

Wednesday, December 15, 2010

Info Kesihatan : 3 Jenis buah utk tenaga lelaki.

1. Aprikot
2. Pisang
 3. Tomato 
note : Maklumat lanjut mengenai info ini dari entri 3 jenis buah untuk tenaga lelaki oleh amyna.

Tuesday, December 14, 2010

Tinta deashuQin.photoStudio

PENGUMUMAN - klik klik gambar si comel anda

deashuQin.photoStudio nak buat 1 sesi pengenalan atau lebih difahami dengan promosi.
Ade sesiapa yg berminat utk buat sesi fotografi anak-anak anda dari bayi sehingga
yang berumur 5tahun.

HARGA?
MURAH! 1 sesi hanya dengan RM 50 (hanya dalam kawasan Lembah Klang)
Anda akan diberi soft copy gambar yang telah siap di edit.
                                           +
Anda akan diberi foto album (kecil & simple tapi ttp di dejain menarik la...heee~ rujuk foto album (beberapa keping gambar akan di dejain kan oleh deashuQin.photostudio)

note : promosi ini akan berakhir 30hb Disember 2010.

Sesiapa yg berminat bule emel dengan segera ke niceStudio11@gmail.com

Thursday, December 9, 2010

Selamat HariJadi HiLaL


09.12.2010
Selamat HariJadi...Selamat HariJadi...Selamat HariJadi HiLaL

Wednesday, December 8, 2010

Tips to next preggy mummy!

Mahu kulit bayi anda CANTIK & HALUS?

Petuanya ; Amalkan memakan EPAL HIJAU setiap hari.
Anda akan berpuas hati melihat hasilnya nanti.

Ada bintik hitam kat muka? Amalkan petua nih!

Cuci 10 helai daun pegaga dengan air garam.
Tumbuk halus, kemudian campurkan daun pegaga
dengan bedak sejuk & sedikit air suam.
Sapukan pada wajah setiap malam.

Khasiat penting dalam AIR MANI

AIR MANI.
Penghasilan air mani menandakan bermulanya akil baligh pd
kanak2 lelaki. Ketika itu tubuh mereka mula menyaksikan pertumbuhan
dan perkembangan yg mendadak, terutamanya pada bahagian
organ seksual. Ejakulasi (orgasme yg diikuti dgn pancutan air mani)
biasanya bermula seawal umur 12tahun ke 13 tahun.

Apakah bahan penting yg terkandung dlm AIR MANI?
Sebahagian dari kita mentafsirkan air mani mengandungi
sperma sahaja. Kenyataan tersebut salah krn faktanya,
sperma hanya mewakili 10 peratus daripada hasil ejakulasi.
10 peratus itu mewakili 200 juta hingga 500 juta sel sperma
(mungkin lebih tgi pada lelaki yang lebih muda) yg terhasil
daripada produksi matang hormon androgen spt testosteron,
yg akan menambahkan pertumbuhan bulu badan dan kematangan
suara. Hanya satu sel sperma ini sudah mencukupi utk bersenyawa
dengan sebiji telur dan menghasilkan janin.

Baki 90 peratus itu merujuk kepada plasma seminal. (Plasma ialah cecair
yg membawa pepejal terampai, sama spt darah membawa sel darah
dan semen membawa sperma.) Komposisi plasma seminal bergantung
kepada individu. Ia mengandungi sehingga 30 bahan. Sebahagiannya
dihasilkan oleh bahagian-2 berlainan dalam badan dan sebahagian
lagi ialah hasil sampingan dari fungsi badan. Ini termasuklah;

- asid askorbik (vitamin C)
- antigen kumpulan darah (sistem immun)
- kalsium (mineral)
- klorin )agen pengoksidaan
- kolestrol
- choline (sebahagian drpd vitamin B komplek)
- asid sitrik
- kreatin
- cleoxyribonucleic acid (DNA)
- fruktosa
- glutathione (peptide amino acid)
- hyaluronidase (enzyme)
- inositol
- asik laktik
- magnesium (mineral)
- nitrogen
- phosporus
- potassium
- purine
- pyrimidine
- pyruvic acid
- sodium
- sorbitol
- spermidine
- spermine
- urea
- asid urik
- vitamin B12
- zink

Jumlah penghasilan bahan diatas mungkin banyak atau sedikit
bergantung kepada beberapa faktor. Contohnya, jumlah asid
laktik mungkin meningkat dengan banyak selepas bersenam.
Ini kerana ia merupakan hasil sampingan daripada aktiviti
muskular (Asid laktik ialah penyebab kepada kepenatan pada
otot ketika bersenam). Makanan juga akan mempengaruhi
komposisi kimia dan rasa air mani. Namun begitu, HIV tidak
terkandung dalam spermatozoa tetapi pada plasma seminal.

Plasma seminal, sebahagiannya terdiri daripada cecair kaya fruktosa
- terhasil oleh vesikel seminal yg menyediakan makanan buat sel
sperma. Vesikel seminal juga menghasilkan prostaglandins, asid
lemak tak tepu untuk tindakan homonal.

Kantung prostat menghasilkan cecair yang cair, bersusu dan
beralkali yang membolehkan sperma hidup apabila
terdedah pada kawasan berasid pada uterus. Kantung
buborethral berbentuk kacang pis (kantung Cowper)
pada dasar zakar menghasilkan cecair yang diberi nama
air mazi. Air ini berperanan untuk melincirkan uretra
(tiub yang terdapat dalam zakar) supaya air mani dapat
mengalir dengan lebih lancar-namun begitu, sebahagian
lelaki tidak dapat menghasilkan cecair ini dalam kuantiti
yang banyak.

Kuantiti air mani sebenarnya berbeza mengikut individu
dan mungkin berbeza dalam individu yang sama pada
masa tertentu dalam hidupnya. Genetik memainkan
peranan penting dalam menentukan berapa banyak
kuantiti yang anda keluarkan. Kebanyakan lelaki berejakulasi
sebanyak lebih kurang sesudu air mani.
Sesetengah ubat boleh mempengaruhi air mani yang terhasil.
Anda boleh rasakan lebih masa yang diambil antara orgasme,
maka lebih banyak air mani yang dihasilkan. Anda mungkin dapat melihat
yang sekiranya anda masturbasi lebih sekali sehari, maka pada
kali yang kedua, ketiga dan seterusnya pada hari tersebut,
anda akan dapat kurang airmani.

"Foreplay" - sentuhan diri anda dengan cara yang istimewa
pada tempat yg istimewa kadangkala akan merangsang badan
anda utk menghasilkan lebih air mani krn kantung reproduktif
badan (seperti prostat) bekerja lebih keras ketika anda
terangsang.

Air mani daripada lelaki yg matang biasanya bersusu atau
berwarna putih. Adalah tidak normal jika terdapat permukaan
kuning pada air mani setelah anda berejakulasi. Air mani dengan
coretan merah menunjukkan kehadiran darah. Sekiranya anda
sering terlihat darah, jangan perlu panik tetapi sekiranya
ia dalam kuantiti yg banyak, anda harus berjumpa doktor.
Perubahan warna yg drastik menandakan kehadiran penyakit
dalam badan anda.

Wednesday, December 1, 2010

Masalah kelengkang yg itam?


Artikel di copy dari blog Dokter Totin Jamain

Kelengkang saya hitam, saya malu. Cemana ni?

Buat apa nak malu, kan pakai seluar. Bukan orang nampak pun. Tapi masalah ini menjadi keserabutan bila kad undangan perkahwinan dah mula tersebar. Dug Dag Dug Dag nak kahwin, tapi kelengkang warna hitam. Apa kaitan kahwin dengan kelengkang hitam? Haha mestilah berkaitan.
Oh relax. Hitam-hitam di kelengkang ni sebenarnya normal untuk orang Asia Tenggara. Kita namakan dia Mongolian spot. Atau nama lebih canggih di dunia perubatan adalah hiperpigmentation. Sini, I jelaskan sedikit macam mana boleh hitam.
Pertama, genetik. Okay yang itu memang tak boleh nak dibuat apa lagi lah. Takkan nak gali kubur, salahkan nenek moyang kita pula?
Kedua, perubahan hormon. Ini menjadi masalah untuk perempuan lah biasanya. Untuk mereka yang menggunakan pil perancang kehamilan, uneven skin color atau daerah-daerah hitam di celah celah tertentu memang sedia maklum akan terjadi cenggitu.
Yang ketiga adalah kerana kebersihan. Bila “tut” kita tak bersih, kita akan rasa gatal. Bila gatal, kita garu. Bila garu, kegatalan makin mereka. Garu dan terus garu sehingga ke kelengkang kita. Lama-lama terjadi perlukaan di kulit. Maka terjadilah kehitaman. Lepas itu, kita kena pastikan kawasan tut kita tak lembab selalu. Sebab kelembapan itu akan membuatkan kulit kita lemas tak boleh bernafas. Jadi make sure lepas kita cuci tut kita, kita lap pakai towel dulu. Jangan pakai sepentot anda waktu basah-basah. Okay?
Yang ke empat kerana gesekan antara kulit. Senang je, untuk yang gemuk, usahakan menguruskan badan. Cara nak kuruskan badan boleh tanya Dr. Rozmey. (blughhhhh) -_-

blog copy
Terima kasih atas pertanyaan.
I tak pakai perubatan apa-apa pun untuk menjaga kawasan kelengkang. Cukup dengan jaga kebersihan dan kelembapan. Tapi untuk yang dah terlambat, dah kebetulan jadi hitam sangat dan rasa malu untuk menjadi pengantin baru, sini.. I bisikkan tips!
  1. Yang paling selamat adalah dengan melakukan scrubing, dua hari sekali. Sebab scrubing ni dalam mengangkat sel jaringan mati dan sekaligus memudarkan warna hitam. Eh nak 100% hilang tu tak adalah. Cuma dapat memudarkan sahaja. Kan dah cakap tadi, genetik kita memang cenggini.
  2. Semua orang mesti macam, “malas nak layan” bila I bagi tips dengan scrubing. sounds like “hek ele semua orang pun tahu tips itu”. Okay untuk lebih ilmiah sedikit, sebagai seorang doktor (Ececeh muntah jom), I suggestkan memakai ubat hydroquinone 2-4%. Jangan beli % tinggi-tinggi, lepas itu bila orang tanya siapa ajar? Dr. Totin yang ajar. Amboi amboi tak pasal-pasal kena saman. Sapu ubat ni dekat daerah hitam, malam hari sebelum tidur. Kenapa malam hari? Sebab tak boleh kena cahaya mentari.Jangan mandai-mandai sapu cream ini kalau ada luka, kulit lembab bernanah. Haip jangan! Kalau pregnant atau menyusukan anak, jangan sapu jugak.
Siapa ada beli melanox dengan I? Melanox yang I jual tu Melanox premium, khas untuk muka punya (sebab dia dah bancuh protection untuk muka) tapi untuk letak di bahagian kelengkang tak ada masalah. Yang penting, bukan di kawasan mukosa, lembab, atau dekat “tut”. Haip siapa yang ajar letak kat situ?
Atau cari di farmasi berdekatan. Banyak lagi brand lain yang isinya hydrocortisone 2%. Pakai setiap hari, dalam 3 bulan InsyaAllah nampak perubahan. Kalau dah berkurang, boleh stop pemakaian. Ganti cara dengan hygine yang sihat! :)

Jadual Peperiksaan STPM & MUET 2011

Tuesday, November 30, 2010

Fuji Instax Mini 7

I WANT THIS!!!

KLIK

Friday, November 26, 2010

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI


Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
Suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka smart, kemas dan teratur.
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu.
Daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran sosial.
Cukup cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI


Berfikiran abstrak.


Sukakan benda yang reality dan abstrak.

Intelligent, bijak dan genius.

Berpesonaliti yang mudah berubah.

Mudah menawan orang lain.

Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.

Jujur dan setia pada segalanya.

Keras hati untuk mencapai matlamat.

Tidak suka dikongkong.

Mudah memberontak apabila dikongkong.

Suka kegiatan yang lasak.

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

Mudah mempamerkan marahnya.

Tidak suka benda yang remeh-temeh.

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

Pemerhatian yang tajam.

Suka hiburan dan sukan.

Suka benda yang bersifat seni.

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.



MAC


Berpesonaliti yang menarik dan menawan.


Mudah didampingi.

Sangat pemalu dan pemendam rasa.

Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah
simpati.

Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran.

Suka pada kedamaian.

Sangat peka kepada orang lain.

Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

Tidak cepat marah dan sangat amanah.

Tahu balas budi dan tahu kenang budi.

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.

Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.

Suka berangan-angan.

Suka melancong.

Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

Kelam kabut dalam memilih pasangan.

Suka dgn hiasan rumahtangga.

Punya bakat seni dalam bidang muzik.

Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.

Jangan terlalu moody.


APRIL


Sangat aktif dan dinamik.


Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.

Sangat menarik dan pandai manjakan diri.

Punya daya mental yang sangat kuat.

Suka diberi perhatian.

Sangat diplomatik (pandai memujuk).

Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.

Sangat berani dan tiada perasaan takut.

Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan
pemurah.

Emosi cepat terusik.

Try control the emotion.

Kecenderungan bersifat dendam.

Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.

Kuat daya ingatan.

Gerak hati yang sangat kuat.

Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.

Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.



MEI


Kekerasan hati & degil.


Kuat semangat & bermotivasi tinggi.

Pemikiran yang tajam.

Mudah marah apabila tidak dikawal.

Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian.

Perasaan yang amat mendalam.

Cantik dari segi mental & fizikal.

Tidak perlu dimotivasikan.

Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri).

Suka berangan.

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

Daya khayalan yang tinggi.

Permikiran yang tajam.

Pandai berdebat.

Fizikal yang baik.

Kelemahan sistem pernafasan.

Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

Tidak berapa suka duduk di rumah.

Tidak boleh duduk diam.

Tidak punya ramai anak.

Rajin dan bersemangat tinggi.

Agak boros.


JUN

 
Berfikiran jauh & berwawasan.


Mudah ditawan kerana sikap baik.

Berperangai yang lemah lembut.

Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood.

Idea yang terlalu banyak di kepala.

Bersikap sensitif.

Otaknya aktif (sentiasa berfikir).

Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

Bersikap suka menangguh-nangguh.

Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

Cepat marah & cepat sejuk.

Suka bercakap & berdebat.

Suka buat lawak & bergurau.

Otaknya cerdas berangan-angan.

Mudah berkawan & pandai berkawan.

Orang yang sangat tertib.

Pandai mempamerkan sikap.

Mudah kecil hati.

Mudah kena selsema.

Suka berkemas.

Cepat rasa bosan.

Sikap terlalu memilih & cerewet.

Kurang mempamerkan perasaan.

Lambat nak sembuh apabila terluka hati.

Suka kepada barang yang berjenama.

Mudah menjadi eksekutif.

Kedegilan yang tidak terkawal.

Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


JULAI


Sangat seronok didamping.


Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

Agak pendiam kecuali dirangsang.

Ada harga dan maruah diri.

Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

Sangat menjaga hati orang lain.

Sangat peramah.

Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

Berjiwa sentimental.

Jarang berdendam.

Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

Tidak suka benda remeh-temeh.

Membimbing cara fizikal dan mental.

Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang.

Layanan yang serupa dengan semua orang.

Tinggi daya simpati.

Pemerhatian yang tajam.

Suka menilai orang lain dengan pemerhatian.

Mudah dan rajin belajar.

Suka muhasabah diri.

Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

Suka mendiamkan diri.

Suka duduk di rumah.

Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

Tak agresif kecuali terpaksa.

Lemah dari segi kesihatan perut.

Mudah gemuk kawal tak kawal diet.

Minta disayangi.

Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

Terlalu mengambil berat.

Rajin dalam membuat kerja.


OGOS


Suka berlawak.


Mudah tertawan kepadanya.

Sopan santun dan caring terhadap orang lain.

Berani dan tidak tahu takut.

Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.

Pandai pujuk orang lain.

Terlalu pemurah & bersikap ego.

Nilai harga diri yang sangat tinggi.

Dahagakan pujian.

Semangat juang yang luar biasa.

Cepat marah & mudah mengamuk.

Mudah marah apabila cakapnya dilawan.

Sangat cemburu.

Daya pemerhatian yang tajam & teliti.

Cepat berfikir.

Fikiran yang berdikari.

Suka memimpin & dipimpin.

Sifat suka berangan.

Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.

Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.

Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.

Belajar untuk relax.

Sikap kelam kabut.

Romantik, pengasih & penyayang.

Suka mencari kawan.


SEPTEMBER


Sangat bersopan santun & bertolak ansur.


Sangat cermat, teliti & teratur.

Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.

Pendiam tapi pandai bercakap.

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.

Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

Sangat sensitif yang tidak diketahui.

Orang yang banyak berfikir.

Daya pentaakulan yang baik.

Otak bijak & mudah belajar.

Suka mencari maklumat.

Kawal diri dari terlalu mengkritik.

Pandai mendorong diri sendiri.

Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.

Suka sukan, hiburan & melancong.

Kurang menunjukkan perasaannya.

Terluka hatinya sangat lama disimpan.

Terlalu memilih pasangan.

Sukakan benda yang luas Bersistematik.


OKTOBER


Suka sembang.


Suka orang yang sayang padanya.

Suka ambil jalan tengah.

Sangat menawan & sopan santun.

Kecantikan luar & dalam.

Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.

Sentiasa berkawan.

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

Cepat marah.

Macam pentingkan diri sendiri.

Tidak menolong orang kecuali diminta.

Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

Tidak suka terima pandangan orang lain.

Emosi yang mudah terusik.

Suka berangan & pandai bercakap.

Emosi yang kelam kabut.

Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

Suka melancong, bidang sastera & seni.

Pengasih, penyayang & lemah lembut.

Romantik dalam percintaan.

Mudah terusik hati & cemburu.

Ambil berat tentang orang lain.

Suka kegiatan luar.

Orang yang adil.

Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

Mudah patah semangat.


NOVEMBER


Banyak idea dalam perkara.


Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.

Berfikiran ke hadapan.

Berfikiran unik dan bijak.

Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.

Pemikiran yang tajam.

Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.

Bagus untuk jadi doktor.

Cermat dan teliti.

Personality dinamik.

Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.

Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.

Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.

Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.

Diusahakan sehingga berjaya.

Tak suka marah kecuali digugat.

Mudah ambil berat terhadap orang lain.

Pandai muhasabah diri.

Cara berfikir lain dari orang lain.

Otak yang sangat tajam.

Pandai mendorong diri sendiri.

Tidak hargai pujian.

Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya.

Badan yang "tough" (sasa).

Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.

Romantik.

Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.

Suka duduk di rumah.

Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.

Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.

Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.

Bercita-cita tinggi.

Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


DISEMBER


Sangat setia dan pemurah.


Bersifat patriotik.

Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

Bercita-cita tinggi.

Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

Seronok didampingi.

Suka bercampur dengan orang.

Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.

Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

Tidak pandai berpura-pura.

Cepat marah.

Perangai yang berubah-ubah.

Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.

Benci pada kongkongan.

Suka berlawak.

Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.
Related Posts with Thumbnails