Wednesday, December 8, 2010

Khasiat penting dalam AIR MANI

AIR MANI.
Penghasilan air mani menandakan bermulanya akil baligh pd
kanak2 lelaki. Ketika itu tubuh mereka mula menyaksikan pertumbuhan
dan perkembangan yg mendadak, terutamanya pada bahagian
organ seksual. Ejakulasi (orgasme yg diikuti dgn pancutan air mani)
biasanya bermula seawal umur 12tahun ke 13 tahun.

Apakah bahan penting yg terkandung dlm AIR MANI?
Sebahagian dari kita mentafsirkan air mani mengandungi
sperma sahaja. Kenyataan tersebut salah krn faktanya,
sperma hanya mewakili 10 peratus daripada hasil ejakulasi.
10 peratus itu mewakili 200 juta hingga 500 juta sel sperma
(mungkin lebih tgi pada lelaki yang lebih muda) yg terhasil
daripada produksi matang hormon androgen spt testosteron,
yg akan menambahkan pertumbuhan bulu badan dan kematangan
suara. Hanya satu sel sperma ini sudah mencukupi utk bersenyawa
dengan sebiji telur dan menghasilkan janin.

Baki 90 peratus itu merujuk kepada plasma seminal. (Plasma ialah cecair
yg membawa pepejal terampai, sama spt darah membawa sel darah
dan semen membawa sperma.) Komposisi plasma seminal bergantung
kepada individu. Ia mengandungi sehingga 30 bahan. Sebahagiannya
dihasilkan oleh bahagian-2 berlainan dalam badan dan sebahagian
lagi ialah hasil sampingan dari fungsi badan. Ini termasuklah;

- asid askorbik (vitamin C)
- antigen kumpulan darah (sistem immun)
- kalsium (mineral)
- klorin )agen pengoksidaan
- kolestrol
- choline (sebahagian drpd vitamin B komplek)
- asid sitrik
- kreatin
- cleoxyribonucleic acid (DNA)
- fruktosa
- glutathione (peptide amino acid)
- hyaluronidase (enzyme)
- inositol
- asik laktik
- magnesium (mineral)
- nitrogen
- phosporus
- potassium
- purine
- pyrimidine
- pyruvic acid
- sodium
- sorbitol
- spermidine
- spermine
- urea
- asid urik
- vitamin B12
- zink

Jumlah penghasilan bahan diatas mungkin banyak atau sedikit
bergantung kepada beberapa faktor. Contohnya, jumlah asid
laktik mungkin meningkat dengan banyak selepas bersenam.
Ini kerana ia merupakan hasil sampingan daripada aktiviti
muskular (Asid laktik ialah penyebab kepada kepenatan pada
otot ketika bersenam). Makanan juga akan mempengaruhi
komposisi kimia dan rasa air mani. Namun begitu, HIV tidak
terkandung dalam spermatozoa tetapi pada plasma seminal.

Plasma seminal, sebahagiannya terdiri daripada cecair kaya fruktosa
- terhasil oleh vesikel seminal yg menyediakan makanan buat sel
sperma. Vesikel seminal juga menghasilkan prostaglandins, asid
lemak tak tepu untuk tindakan homonal.

Kantung prostat menghasilkan cecair yang cair, bersusu dan
beralkali yang membolehkan sperma hidup apabila
terdedah pada kawasan berasid pada uterus. Kantung
buborethral berbentuk kacang pis (kantung Cowper)
pada dasar zakar menghasilkan cecair yang diberi nama
air mazi. Air ini berperanan untuk melincirkan uretra
(tiub yang terdapat dalam zakar) supaya air mani dapat
mengalir dengan lebih lancar-namun begitu, sebahagian
lelaki tidak dapat menghasilkan cecair ini dalam kuantiti
yang banyak.

Kuantiti air mani sebenarnya berbeza mengikut individu
dan mungkin berbeza dalam individu yang sama pada
masa tertentu dalam hidupnya. Genetik memainkan
peranan penting dalam menentukan berapa banyak
kuantiti yang anda keluarkan. Kebanyakan lelaki berejakulasi
sebanyak lebih kurang sesudu air mani.
Sesetengah ubat boleh mempengaruhi air mani yang terhasil.
Anda boleh rasakan lebih masa yang diambil antara orgasme,
maka lebih banyak air mani yang dihasilkan. Anda mungkin dapat melihat
yang sekiranya anda masturbasi lebih sekali sehari, maka pada
kali yang kedua, ketiga dan seterusnya pada hari tersebut,
anda akan dapat kurang airmani.

"Foreplay" - sentuhan diri anda dengan cara yang istimewa
pada tempat yg istimewa kadangkala akan merangsang badan
anda utk menghasilkan lebih air mani krn kantung reproduktif
badan (seperti prostat) bekerja lebih keras ketika anda
terangsang.

Air mani daripada lelaki yg matang biasanya bersusu atau
berwarna putih. Adalah tidak normal jika terdapat permukaan
kuning pada air mani setelah anda berejakulasi. Air mani dengan
coretan merah menunjukkan kehadiran darah. Sekiranya anda
sering terlihat darah, jangan perlu panik tetapi sekiranya
ia dalam kuantiti yg banyak, anda harus berjumpa doktor.
Perubahan warna yg drastik menandakan kehadiran penyakit
dalam badan anda.

No comments:

Related Posts with Thumbnails