Jika ku kenang kembali Ramadhan yg lepas, hanya ku pohon restu darinya.
Alhamdulillah. Ku mendapat keizinannya. Semuanya berjalan penuh teratur.
Kini...Ramadhan muncul lagi. Ketika jasad masih berteleku sujud mengadap Dia...
Airmata ku seakan mahu mengalir. Seandainya Ramadhan yang lepas, airmata ini mengalir kerana semuanya masih kabur. Hanya usaha,berdoa dan bertawakal yg mampu ku lakukan.Dan Ramadhan ini sekali lagi airmata ini mahu mengalir. Tetapi inilah airmata gembira. Ku amati...Ku renungi...Ku hayati...Ya Tuhan! Aku bsyukur di atas jalan yang Kau tetapkan untuk diri ku sekarang. Aku sangat2 bersyukur Ya Allah diatas pemberianMu ini.
dieR hadir membawa duka.dieR pergi mencetuskan keresahan.
dier hadir lagi mengiringi bahagia.
dier pergi lagi mengirimkan bekalan masa depan.
Ya Allah! Sesungguhnya kami semua milikMu.
Kepada Kau aku meminta...kepada Kau aku memohon...
Kerana Kaulah Yang Maha Mengetahui setiap kejadian.
Aku bahagia Ya Allah...TERIMA KASIH atas setiap hela nafas ini...
No comments:
Post a Comment