Minx izin copy n paste yeay Nik.
Jum bace.....
1. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
2. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tetapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
3. Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tetapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir
"Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu." (Ali bin Abi Thalib)
Cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta. Kata ahli pujangga:” Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya tetap terasa. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus tindakan kita. Sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari.”
No comments:
Post a Comment