Friday, January 27, 2012

Perasmian Speedlite...bile?

Siyes! Da lame x sentoh dslr. Ugh mcm xpcaya. Semangat mengambil gamba
mcm pudar atau mungkin perasaan tu nak "berehat" jap kot. Aku tokleh ilangkan
camtu ajer perlu + wajib tarik smula perasaan tu.Heee....

Speedlite ngan Lens baru da ader tapi blum rasminyer lagik...huuuu bile weiii bile?

Teruje sungguh menantikan tempoh setahun nak gunekan "mende alah" ne...
tapi sampei mase da bule gune, sesi pembelajaran benti rehat seketika...
apalaaaa aigoOooOoo~


Jadi disebabkan "perasaan" ne berkeinginan semula menyambung sesi
pembelajaran lantas kelas Belajar Kamera dirujuk semula. Chaiiyoooork sia!
Huuuuu...

Inilah hasil dari sesi pembelajaran ari ini & manatauw esok bule praktikkan...
haaaa kemane kiter syg? ke mane? heeee~

=======================================================
(Terima kasih kepada sigu yang menurunkan ilmu ini...macehhhhh~)

Ini berkenaan Flash / Speedlite / Lampu Denyar /.
Ini antara nama yang selalu kita dengar dikalangan jurugambar.
Tapi apa fungsi dia ?
Adakah sebagai aksessori tambahan sekadar penghias kamera ?
atau mempunyai peranan besar dalam meningkatkan kualiti gambar
yang dihasilkan ?

Flash ini berfungsi sebagai sumber cahaya tambahan apabila sumber
cahaya tidak mencukupi dan ianya turut berguna untuk mengurangkan
bayang-bayang yang tidak diingini yang terhasil daripada sumber cahaya
yang lain iaitu matahari mahupun lampu rumah/spotlight dan sebagainya…

Kebanyakan kamera DSLR mempunyai flash yang terbina dalam kamera
sendiri. Ada juga yang tidak mempunyai flash terbina dlm tetapi ianya
kebiasaannya ialah model2 profesional seperti Canon 1 series dan Nikon
profesional series.

Selain daripada itu, terdapat juga flash luaran (external flash) yang mempunyai
kuasa yang lebih kuat dan lebih flexible berbanding flash terbina dalam. Flash ini
juga boleh di kawal arah cahaya yang dihasilkan dan membenarkan jurugambar
 menjadi lebih kreatif didalam bermain dengan pengcahayaan.

Entry ini tidak akan menceritakan bagaimana flash berfungsi atau mode apa
 yang patut korang pakai kerana ianya agak rumit untuk diceritakan.
Walaubagaimanapun, korang boleh lah google sendiri berkenaan TTL untuk
 mengetahui dengan lebih detail. Secara asasnya TTL merupakan bagaimana
kamera korang mengambil bacaan exposure melalui lens korang supaya flash
tersebut tahu berapa kuat ia patut menyalakan sesuatu scene itu.
Disebabkan ianya melalui lens korang maka nama nya ialah TTL . TTL bermaksud
  Through The Lens. Dikalangan pembuat kamera, mereka menamakan sistem ini
dengan pelbagai nama. Seperti ETTL, A-TTL, i-TTL dan lain-lain. Mode TTL ini
merupakan mode full automatik sepenuhnya untuk flash, korang hanya pasangkan
dan ianya akan menyala setiap kali shutter kamera ditekan.

Flash turut mempunyai mode manual dimana kekuatan flash tersebut dikawal oleh
pengguna sendiri. Apa yang penting pada saya untuk pengguna flash yang baru ialah,
bagaimana korang menggunakan flash korang supaya ianya tidak terlalu terang dan
menghasilkan bayang pada subjek korang dan antara teknik2 dan tips berguna
didalam flash photography.

1) Bounce Flash – Korang tahu kah semakin besar permukaan sumber cahaya
 korang semakin lembut cahaya yang dihasilkan ? Disinilan konsep bounce flash
 ini diguna pakai. Apabila korang menghalakan flash korang ke siling dan
 membiarkan ianya di pantulkan ke subjek korang, cahaya tersebut akan menjadi lebih
lembut dan lebih natural berbanding korang menghalakan flash terus ke subjek korang.
Apabila flash dihalakan terus kepada subjek korang, maka akan terhasilah bayang-bayang
yang tak hensem di belakang subjek korang. Dan ini, antara perkara yang tidak di ingini
di dalam flash photography. Tak percaya ? cubalah … :) Tapi biarlah rasional…
kalau tiada siling macam mana hendak dipantulkan pula ya ? :P

2) Bounce Kad – Apabila tiada siling atau siling terlalu tinggi untuk menggunakan
teknik bounce, photographer biasa akan menggunakan alatan seperti bounce card untuk menggantikan siling dan menghasilkan efek yang lebih kurang sama dengan bounce flash.
 Beginilah lebih kurang rupa dia…


DIY Bounce Card-


3) Diffuser – Selalu dikaitkan dengan alat yang disangkut di tutup pada depan flash
dimana ianya akan melembutkan atau meng-diffuse cahaya flash korang supaya
ianya tidak terlalu kasar atau harsh. Diffuser terdapat dalam pelbagai jenis dan
menghasilkan output yang berbeza-beza. Antaranya ialah seperti gambar dibawah.


Jadi ayuh kiter bergambar esok ari untuk mempraktikkan ape yang sudey dipelajari.
Chaiyooorrrkkk sia! Huuuu~

No comments:

Related Posts with Thumbnails