Rase mcm nak makan trus...mcm sodap ajerk eh....
Pastuh sia xler minat pasal bakeri2 ne, tp sia berminat copy resipi ne, manatauw kakak tercenta
JunzAzman & kazen Nicky rajin mau mentry nyer & menjamu sia makan...aggagagagaaga
CHERRY BERRY STREUSEL SQUARES
Bahan:-
- 300 gm buah ceri segar - keluarkan bijinya, belah dua
- 300 gm buah strawberi segar - belah empat
- 2 sudu besar jus dari buah lemon
- 150 gm Golden Caster sugar (akak letak 130 gm brown sugar)
- 350 gm tepung serbaguna
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh baking powder
- 200 gm mentega sejuk (akak guna SCS)
- 1 biji telor - dipukul sedikit
- 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
- Alas loyang bersaiz 30cm x 25cm dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 190 C.
2.Campurkan buah ceri, strawberi, jus lemon, sebahagian gula perang dan 2 sudu besar tepung ke dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan.
3. Dalam mangkuk berasingan, campurkan sebahagian lagi gula perang, tepung, garam, serbuk kayu manis dan baking powder. (kalau rajin, ayakkan tepung, serbuk kayu manis dan baking powder, biar rata).
4. Potong mentega sejuk (keluarkan dari peti sebaik sahaja ingin diguna) dan potong kepada kiub kecil dan gaul-gaulkan ke dalam tepung tadi dengan hujung jari (jgn menguli) hingga adunan tepung menjadi seperti serbuk (crumbs)
5. Masukkan telor dan esen vanila, gaul rata sikit sahaja.
6. Masukkan sebahagian adunan crumb ke dalam loyang dan taburkan buah-buah tadi biar rata dan tutupkan dengan sebahagian lagi adunan crumb tadi.
7. Bakar selama 40 - 45 minit hingga permukaan crumb nampak keperangan dan rangup.
|
No comments:
Post a Comment