Tuesday, July 24, 2012

Resipi pes ikan bakar

Assalamualaikum.

Asalnya ngadap dpn tv ptg pose pertama tu, ada siaran RESIPI BORNEO. Chef Hamdan ke namanya kalu xsilap dari Kuching,Sarawak. Mase tu dia nga wat pari ikan bakar. Nampak mcm senang ajerk. Ade pes cili pastu ikan tu terus masuk dlm kuali leper. Cili tu dia tempek je kat ats tu. Pastu terbalik-balikkan ikan tu...alahai senang plak. Tu yg rase nak try nanti tu. Heee~ Tapi tatau plak camner resipi pes cili tu.

Google punyer google jumpela kat cni My Kitchen Diary. Pinjam resipi yea...heee :)
*sharing is caring...ecewah~



Pes ikan bakar
Bhn2:
2sdt serbuk kunyit
Sedikit air
secubit garam
Daun pisang secukupnya - utk balut ikan
Kuali leper

Utk pes:
2-3 ulas bwg merah
3-5 ulas bwg putih
1-2cm halia
1 btg serai (hiris nipis2)
*tumbuk lumat bhn2 di atas
1-2 sdt cili kisar / serbuk cili
1/3 - 1/2 cwn santan
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bhn2 tumbuk.
2. Kacau2 dan tmbhkn cili kisar/serbuk cili. Kacau2 dan biar smpai naik myk baru le dimasukkan santan, garam & gula. Sentiasa kacau. Bila dh memekat bolehlah diangkat.
3. Sediakan kuali & panaskan atas api.
4. Campurkan serbuk kunyit, air & garam. Biar campuran ni cair sdkit. Ambil ikan yg dh dibersihkan dan lumurkan dgn air kunyit. Kemudian, ambil sesudu atau 2 sudu besar pes ikan bakar tadi dan lumurkan pada ikan. Bungkus ikan dalam daun pisang & bakar atas kuali panas td. Api jgn terlalu besar...sederhana aje.
5. Balik2kan ikan semasa membakar. Angkat bila dh masak.
6. Bila menghidang, tuangkan lg pes td pada ikan & sediakan air asam (tgk resipi kat bawah ne...)


Air asam
Bhn:
Bhn A (tumbuk):
belacan
separuh buah tomato
sedikit kerisik
cili merah (ikot suker la nk pedas tahap mana yea)
garam & gula

Bhn B:
separuh buah tomato dipotong dadu
sebiji bwg besar dipotong dadu
cili api dihiris2
Air asam jawa secukupnya
sedikit perahan air limau nipis

Cara:

Letak bhn2 B dlm satu bekas dan kacau2.
Setelah bhn2 A ditumbuk, campurkan ke dalam bekas bhn2 B tadi. Gaul rata. Siap.


Kawan-kawan sekalian, selamat mencobe...~

No comments:

Related Posts with Thumbnails