Wednesday, January 21, 2009

Aku & Dier...

"He loves to flirt wif girls" and i REALLY hate that kind of guy!

Kenali dier bagai menyalakan api untuk membakar diri sendiri.
Merapati dier bagai memarakkan lagi api untuk memusnahkan diri.
Bukan sekadar terbakar malah hangus ditelan bahang api apabila diri tersedar sayang yg lahir bukan setakat sayang tapi diri telah terperangkap dalam perasaan ini. Ikatan sayang telah menjadi kasih yg dalam apabila ianya berpaut dalam hati dan jiwa menjadi SATU.

Untitled! umpama sayang yang tiada maknanya. Berbaloi ke? Manusia bodoh yang tak mempunyai perasaan je sanggup menyusahkan diri dalam hubungan jenis begini. Nak jadi manusia BODOH ke? Sampai bila?
Mungkin sudah sampai masanya menghapuskan rasa BODOH yg bersarang dalam diri selama ni.

KASIH? SAYANG? CINTA? RINDU?
Sebenarnya apa yang lahir dari semua itu adalah satu ANUGERAH yang tidak ternilai yg dikurniakan dari DIA.
Terkilan kan apabila wujud manusia yang tidak pernah cuba untuk menghargai anugerah yang lahir dalam hati mereka sendiri. Dengan mudah mereka memperlekehkan anugerah yang sedia terhidang depan mereka.Mereka seumpama tidak pernah puas dengan apa yang dikurniakan pada mereka. Akukah tergolong dalam "mereka" itu.

Aku tidak percaya. Aku tidak percaya aku tidak berjaya lakukan.

Ada teman berbisik;
"Lakukan andaikata ianya adalah yang terbaik tetapi jgn sesekali biarkan perasaan dendam menguasai diri"

DENDAM?
Untuk apa dendam pada dier? Bukankah aku juga yang bersalah dalam situasi begini?
Dier menyakiti hati aku...TIDAK, sepatutnya aku sedar itu bukan niatnya. Dier hanya berlaku jujur, adil.
Ingin aku tersenyum seketika. Sinis sekali senyuman aku tika ini. Kadang2 aku terfikir dengan pemikiran aku begini seolah2 aku menyalahkan takdir.

Teman berbicara lagi;
"Jangan sesekali menyalahkan takdir dan terlalu mempersoalkan apa yang kenapa dengan setiap apa yang berlaku terhadap diri kita, terimalah dengan hati terbuka dan redha kerana sesungguhnya ia pasti ada rahmat. Tunggu dengan penuh kesabaran"

So long, **** you did me so wrong I don't wanna go on Living in this world with you besides me, just go and dont turn around...
Sangat benci! Itu perasaan aku sekarang.

Teman memberi pesan lagi;
Jangan kita ikutkan sangat perasaan benci itu.. itu semua hasutan syaitan yang direjam! Ia hanya membuatkan diri kita tidak tenang.

Aku cuba dan terus mencuba untuk menjauhi dier walau deep inside my heart knew that its not work out.

Seketika aku terpana pada sebuah kata,
Ya~Allah andai dia sememangnya tercipta untukku, jadikanlah dia milikku dan aku miliknya...
Ya~Allah andainya memang kau takdirkan hati kami menjadi satu aku memohon agar ianya berkekalan...
Ya~Allah andainya kasih sayang kami telah ditetapkan Kau satukanlah kami berdua dalam satu ikatan...
Ya~Allah andainya rindu kami mendapat keberkatan dariMu, kau tenangkanlah hati kami menempuhinya....
Ya~Allah andainya hubungan kami hubungan yang diberkati jauhilah kami dari sebarang kesukaran...
Pimpinlah kami Ya~Allah ke arah jalan yang Kau redhai...
Ya~Allah Kau limpahkan ketabahan dan kesabaran dalam hati kami menjalani ujian-2 yang akan kami tempuhi.....

Walau aku sedaya upaya menolak dari terus mengakui aku menerima kebaikan dan keburukannya, aku percaya semua ini adalah ketentuan dariNya~IAllah semoga semuanya berakhir dengan kebaikan dan ketenangan. Andai ini adalah jalan menuju kebahagiaan berilah aku kesabaran yang tgi Ya~Allah!~

No comments:

Related Posts with Thumbnails