Adikku, petikanmu bermain2 di fikiran ku...(arishardia.blogspot.com)
Biarlah kini aku sendiri. Merasa cinta dalam jiwa.. Sendiri.. Namun, diri tak pernah lali.. Kerna engkau adalah isi hidup ini. Biarpun di akhir aku akan sendiri. Memujuk sekeping hati. Merawat luka sendiri. Aku pasrah. Kerna aku bahagia menyintaimu.. Bukan hanya semalam dan hari ini.. Tapi selamanya.. Selamanya engkau di sini.. Di hati ini..
Dalam hubungan ini sukar aku bezakan antara cinta kasih dan sayang. Aku hanya boleh luahkan apa yang aku rasakan melalui hati dan apabila kata hati bersuara...Ya, benar aku menyayanginya, sentiasa merinduinya tetapi adakah ini cinta? Itu aku tidak dapat luahkan dengan jelas. Aku sendiri tidak pasti. Bukan, Bukan untuk menolak kata hati atau menafikan kebenaran cuma aku memang tidak jelas. Kesian kan?
Aku terus terang tidak menerimanya, kecacatan kebenaran yang jelas terhurai aku terang2 tidak dapat terima dan aku lebih keliru apabila aku tidak dapat pergi, aku tidak dapat lepaskan diri dari jerat yang mungkin aku cipta sendiri. Akhirnya aku menemui jalan buntu, kusut untuk mencari jalan keluar. Aku teringin pergi, permulaan memang susah untuk memulakannya cuma aku perlukan kekuatan, kekuatan untuk keluar dari kekusutan ini yang telah memakan diri.
Biarlah, Biarlah hati ini menanggung segalanya. Aku tidak ingin meneruskan lagi. Benar kata orang, andai dia milikku pasti dia akan kembali jua padaku namun aku tidak mahu menaruh apa2 harapan kerana aku tidak tahu apa sudah kisah ini. Aku terlalu terlalu dan terlalu menyayanginya. Tanpanya seakan kisah hidup aku tidak lengkap lagi. Ini bukan sekadar kata tetapi hati yang mencurahkan segalanya. Seperti petikan adikku,
" Biarlah kini aku sendiri. Merasa cinta dalam jiwa.. SENDIRI.. Namun, diri tak pernah lali.. Kerna engkau adalah isi hidup ini. Biarpun di akhir aku akan sendiri. Memujuk sekeping hati. Merawat luka sendiri. Aku pasrah. (disini jujurnya aku tidak pernah rasakan kebahagiaan itu sepanjang bersamanya namun keselesaan dan perasaan selamat sepanjang bersamanya membuatkan rasa sayang itu semakin dalam).. Bukan hanya semalam dan hari ini.. Tapi selamanya.. Selamanya engkau di sini.. Di hati ini..
Oleh kerana itu aku sendiri tidak dapat mencari jawapan atas persoalan ini...Maaf kerana dalam kekeliruan ini aku tidak dapat mengawalnya sendiri lantas menyukarkan lagi situasi semua yang berada disekeliling aku...terutamanya dier...Maaf!~
No comments:
Post a Comment