Wednesday, September 29, 2010

qiamullail

Kebelakangan ne aku ade "masalah"...emmm
Tempat aku luahkan selalunya dengan dier la kan...jadinye pas dier dengar "masalah" aku tuh trus dier ckp qiamullail lah malam hari. emmm...
Tiba2 bile aku singgah kat provillager emmm kebetulan bersesuaian dengan keadaan aku sekarang. Minx izin share yea. heeee....

Aku xnk masalah ne terjadi lagi dan lagi...aku nak kuat..nk "lawan" sgt2...
Aku mesti kuat.

Aku renungkan dan renungkan.....

Seorang pemuda terbangun dari tidurnya kerana terdengar bacaan surah Al Muzzammil yang mendayu-dayu dari alarm handsetnya. Satu surah yang cukup mendalam intipatinya bagi orang yang menjaga ibadah malam. Jam baru pukul 4.30pagi. Pemuda ini pemuda soleh. Ibadahnya senantiasa dijaga baik sunat mahupun yang wajib. Setiap malam dia tidak terlepas untuk bersolat tahajjud walau pun sekadar 2 rakaat. Kerana itu lah makanan ruhiyahnya yang sungguh lazat.

Kerana itu adalah haknya. Dia tidak mahu haknya untuk beribadah malam dirampas oleh nafsu mengantuk. Sepertimana dia ada hak untuk beribadah waktu siang, maka begitulah juga dia ada hak untuk beribadah waktu malam. Tidak patut ada unsur bias. Memenuhi nafsu mengantuk itu tidak cukup untuk membayar kenikmatan bersujud kepada Allah di saat bani insan lain sedang nyenyak tidur.

Baginya, ibadah malam sangat eksklusif, hanya orang tertentu sahaja yang boleh istiqamah. Dan dia ingin menjadi orang itu. Kerana dia faham benar, syurga Allah itu tidak mudah. Sedikit sahaja yang akan dimasukkan ke dalamnya. Segala-galanya memerlukan Mardhatillah. Pada fikirannya, redha makhluk tidak mungkin mengatasi redha Khaliq. Ibadah malam tidak mungkin dibuat untuk mencari redha manusia, kerana waktu itu manusia hanyut dibuai mimpi. Hanyut bagaikan kayu dibawa arus air terjun, menunggu saat jatuh nun di gaung sana. Kalau ada orang kejut Subuh alhamdulillah, kayu itu selamat. Tapi kalau tidak sedar maka jatuhlah ia ke atas batu di dalam air, menunggu saat hancur berkecai.

Perlahan-lahan dia menggagahkan diri untuk bangun menuju ke bilik air meninggalkan perabot yang bernama sang katil. Suatu perabot yang mengikat jasad manusia dengan selimut dan melapik dengan tilam empuk supaya mereka tidak bangun malam. Itu memang fungsi sang katil, tilam dan selimut, apa boleh buat. Tetapi yang malangnya, manusia telah menukar fungsi ini menjadi perangkap. Perangkap yang terus menjeratnya supaya tidak bangun.

Pemuda tadi berjalan menuju ke bilik air. Dia masih lagi mengantuk bukan kepalang. Mengantuk itu bagaikan suatu bebanan jisim yang bergantung dan bergayut-gayut di anggota badannya dan menyihirnya supaya berasa malas. Membuatkan dia berasa berat, namun tetap dilawannya jua, demi Mardhotillah tadi.

Sampai di bilik air, dia membersihkan diri dan berwudhuk. Saat air kolah yang dingin mencecah mukanya, perasaan mengantuknya lari lintang pukang. Dia berjaya menyergah mengantuknya supaya tidak mengganggunya lagi. Jisim tadi tiba-tiba ghaib. Benarlah. Mengantuk dan malas itu adalah dua punca manusia tidak bangun malam dan tidak bangun subuh. Dia kini segar bugar, seperti dedaun hijau disimbah air perigi. Menitis-nitis air dingin itu sepertimana bergugurannya dosa-dosa kecil. Ini lah di antara fadhilat berwudhu.

Dia bersiap-siap memakai baju seselesa yang mungkin. Minyak wangi tanpa alkohol disapu-sapu ke pergelangan tangan, kemudian digesel-geselkan ke pangkal tengkuknya. Itu semua untuk mengumpan khusyuk. Mengantuk yang hilang tadi perlu diganti dengan khusyuk. Rugi benar kalau solat malam tanpa pertautan antara hati dan dengan ibadah yang dikerjakan itu.

Nah, sekarang dia sudah bersedia untuk menghadap Allah. Fizikalnya dan spiritualnya sudah bersedia. Tikar sejadah dihampar ke arah kiblat.

Solat tahajjud, solat taubat, dan solat hajat. Tiga jenis solat ini yang menjadi rutinnya untuk dikerjakan. Ibarat tiga jenis lauk-pauk untuk makanan tarbiah ruhiah yang sedapnya tidak terhingga. Saaat selepas solat taubat, dia merintih dan mendambakan keampunan Allah. Didendangkan lagu-lagu taubat dan zikir-zikir munajat, kerana semua itu berkesan untuk menarik rasa menyesal. Dirasakan betapa kerdilnya dirinya. Kekesalannya tidak dapat ditahan lagi. Dia meluahkan kemuncak kekesalannya dan sedih mengenangkan dosa-dosanya. Lantas airmatanya bercucuran membasahi pipi dan mengalir laju. Teresak-esak suaranya menangis. Lalu dipohon keampunan dengan bersungguh-sungguh. Tidak ada benda yang diharapkan selain keampunan Allah. Setelah itu, baru lah hatinya kembali tenang dan bersedia untuk bersolat hajat pula. Setiap kali dahinya mencecah sejadah, itulah saat kenikmatan dan pengabdiannya kepada Allah secara total, mendalamnya terasa hingga ke pangkal lubuk hati.

Kadang-kadang ada juga dijamunya lauk istimewa iaitu solat sunat tasbih. Walaupun panjang dan lama, itu tidak menjadi masalah kerana nikmatnya tidak terkata. Dia juga tidak pernah tertinggal untuk membaca Al Quran secara tartil, kerana itu yang disuruh Allah dalam surah Al Muzzammil. Hidangan ini diakhiri dengan pencuci mulut yakni solat witir. Itulah penamat kepada ibadah malamnya, sebelum dia berangkat ke masjid untuk solat subuh berjemaah.

Pagi itu, setelah selesai zikir Al Mathurat, hatinya berasa tenang setenang-tenangnya. Wajahnya berseri-seri dan bersinar dengan cahaya keimanan. Sekarang dia perlu bekerja dan membuat ibadah siang pula. Siangnya adalah perjuangan murni sunnah Rasulullah SAW. Dialah mata rantai perjuangan Rasulullah SAW. Tugasnya ialah menegakkan Islam di muka bumi. Iqamatuddin Wa Siasatuddunya Bih (mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya yakni Islam).

Itu lah seorang pemuda yang malamnya bagaikan rahib merintih sayu dan siangnya bagaikan singa di rimba.

Di manakah pemuda seperti ini?

"Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'" - Al Muzzammil: 6

Menarik minat aku untuk mendengar lagu-lagu yang dicadangkan beliau seperti "I'tirof" oleh kumpulan Hadad Alwi dan Sulis, ataupun lagu "One Man Dream" oleh Yanni, ataupun lagu "Taubat" oleh Opick, ataupun lagu "Nur di hati" oleh Saff One. Insyallah~

No comments:

Related Posts with Thumbnails