Wednesday, March 9, 2011

Apa Itu CUKAI TANAH?

Bacer neh kalu rase kamoo RAKYAT yang bertanggungjawab!
Jangan bile da ade tunggakan dalam bil baru nak marah2,maki hamun,bagi mcm2 alasan.
KALAU DUK OBERSEA PUNG SEBELUM NEH,MST KENE TAUW
CUKAI TANAH DIWAJIBKAN BAYAR. BUKAN KE ADA SEDARA MARE
KAT MESIA NE LAGI JADI MINX TLG DORANG BAYARKAN.
MUSTAHIL LAH SEMUA SEDARE MARE PUNG PINDAH DUK OBERSEA.

Kalau DATIN ke, DATO` ke, TAN SRI ke, DATO` SRI ke sume diWAJIBkan
MEMBAYAR CUKAI TANAH yea!!!

Apa itu Cukai Tanah? 

Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai;

a. apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewa 
b. apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan 
c. apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah? 


Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.
"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."
Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah? 

Sekali Setahun
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun 
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah? 

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah. 

Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah? 

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS 


Peringatan
1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.
2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

***Bule rujuk SINI

No comments:

Related Posts with Thumbnails