" Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa : 
“Nabi saw  pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana  bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa  tanpa mengqadhanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang  mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa  mereka. Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat  menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh. Kalau lewat  bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan,  maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan  atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia  mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh. Makruh juga  orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang  terhalang ketika ia berhadas besar."
sumber dari ustaz nor amin 
 
 
No comments:
Post a Comment