Thursday, June 28, 2012

Selamat harilahir Ayah

Assalamulaikum.

Arine 28hb Jun, harilahir Ayah. Syukur pada-Nya kerna sia maseh mempunyai arine & semoga keluarga sia diberi keberkatan dalam idop dan kesihatan yang baek, terutamanya Ayah & insan-insan yang sia sayangi.

Kepada Ayah, Uya sayang ayah sangat, sangat, sangattttttt.....semoga Ayah diberikan kesihatan, tubuh badan yang sihat, rezki yang murah, umor yang panjang dalam keberkatan-Nya. Amin~ Selamat harilahir Ayah~


Wednesday, June 20, 2012

Kawan-kawan


Sia ada kawan. Korang pung mesti ada kawan. Ade orang berpandangan ade kawan ne wajib. Bespren? Dulu aku truje bile ade bespren. Tapi tahla bila usia semakin berganjak ke depan dan ke depan ne, rase mual pula biler terjumpe & kenal seseorang yang bergelar kawan tp menjelekkan. Kite anggap dia kawan yang bebetul kawan tapi rupenye dia tu adeiii...nauzubillah~

Kalu sia senaraikan kategori yg sia tokleh masuk, mcmlah sia ne sorang jek yang bagus, tp terus terang ckp laaaa sia paling tak gemar kawan yang amek kesempatan ne! Sekali sia da terkene adei mcm selamenyer sia elak dari dia dan bule trus jadik benci la plak.

Tolong jangan amek kesempatan kat sia la kawan eiii, sia takmo tambah dosa dengan membenci kamoo. Huuu~ Nak kate sia xsuke berkawan, nnt mcm katak bawah tempurung puler. Tapi ati memang da tawar nak berkawan-kawan baek ne. Huuu~

Ade orang tanye " Ko x suke kawan yang amek kesempatan camner ne sampai ko jadik benci?"
Sia jawab " jangan sesekali gunekan sia...!"

Tuesday, June 19, 2012

Clarks Sale 70%!!!

Assalamualaikum.

Wahhhhhhhhhhhhhhhhh. Clarks wat sale la! tapi nape dorang wat time blum gaji. Bagi aku yang nga menghitung ari ne, mana la ade mood nak g. adeiii~

Sesape yang poket maseh tebal, sila-silalah pegi menjamu mata. Heee~




Anak lelaki vs Anak perempuan

Assalamualaikum.

Seperti bese ujung2 bulan, nga menghitung ari gaji mgu depan. Tapi selere tetap beso. Huuuu~ Korek la tabung brape yg ade. Alhamdulillah, masih ada rejeki. Heeee~

Bile aku mikir dan mikir. Anak lelaki atau anak perempuan. Betul ke anak lelaki selalu jek dilebey-lebeykan berbanding anak perempuan. Berapa rega anak perempuan? Berapa pula rega anak lelaki? Mcm kazen aku, tiga-tiga anak perempuan. Perlu ke dia jaga ala kadar jek sebab dia ada anak perempuan jek? Emmm...

Anak lelaki sebab dia bule jadi kuat ke? Pelindung kat adik-adik ke atau aper?

Tah, aku pung tatau sebab nyer aku sija nak melalut kat cni. Heee~

Tapi betul ke anak lelaki lebih berharga daripada anak perempuan? Huuu~

Wednesday, June 6, 2012

Ati x besh

Salam.

Tangan bz menaip. Tapi ati berdebar2. Fikiran putar2 tatau g mane.
Kenapa?

Istighfar~Istighfar~Istighfar~

Siyes, xsuker rase camne.
Kenapa?

Istighfar~Istighfar~Istighfar~

Sebab;

satu mungkin sebab xsehat ke? demam + batuk + seseme mengganggu ke? xpaham.

dua mungkinkah krn terpengaruh dengan tragedi kemalangan yasmin J tu ke? adeiii siyes mlm tadi tokleh tido. tah pesal. Al-Fatihah buat adik yasmin. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman & solehah. Amin~

Uwaaaaaa...xsuker perasaan camne.
Ya Allah~ ape pun yg akan terjadi, tolong lindungi dan pelihara seluruh keluarga ku. Pelihara kami dari sebarang perkara yang tidak diingini.
Jangan Kau jauhkan kami dari Mu Ya Allah~

"Laman Petua Nenek"

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ne, sia sgtla riso pasal kulit muke jadi kering. Adei, nak disalahkan "produk K******" tu emmm yea ke idak sebab tu? Tapi sebelum ne takde plak rase camne,mmg lepas gigih menggunakan produk tu. Huuuu~ xmau gune lagi tp sia memerlukan gantinya.

Sementara nunggu mase utk cari gantinyer, sia mau meneutralkan kulit muke yang kering ne menjadi normal mcm beser. Google punyer google sia terjumpe artikel petua-petua kat "Laman Petua Nenek".
Mohon share yea...heee~

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.



Alang-alang terjumpe banyak petua, heee salin ajer la...mohon share yea...:)

Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.

Melicinkan Kulit Muka
  1. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  2. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Kulit Muka Lembut dan Cerah

Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.

Menghilangkan Bintik Hitam
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Minta2 rajinler sia ne nak mengamalkannya...

Friday, June 1, 2012

Awak nak jadi RAJA x?

Salam Jumaat~

Suker nak share pasal artikel yg bertajok "Jadilah Seorang Raja!".
Menarik.

"Berapa lama awak dalam bidang ini?" Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang. Kemudian yang bertanya akan membandingkan pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini. Silap-silap anda akan terasa kerdil bila si penanya akan meletakkan "orang besar" dalam bidang tersebut sebagai penanda aras kecapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat. Anda kalah, kalau jika sebaik sahaja perbualan itu tamat, anda mula merasakan oh, malangnya nasib ku!

Memang aku tak nafikan, kebanyakannya mmg camtu mungkin termasuk aku juga kadangkalanya. Tapi aku tetap bangga jadi diri aku sendiri. Kalau nak buat perbandingan apa yang kita sendiri da capai dengan pencapaian orang laen yang mungkin jauhhhhhhh lebey tinggi buat penin kapla jek. Biarlah...itu rezki mereka, rezki kite apa yang kita perolehi skrg. Ahhh lebey mudah begini dari begitu. Bukan ke?

"Berapa ramai anak di universiti?" Sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, "dalam bidang apa? Doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?" Jika anak anda berada di bidang-bidang lain, yang tidak dianggap "prestij", si penanya akan menerangkan betapa rendahnya nilai profesion anak anda itu jika bidang pengajiannya biasa-biasa sahaja. Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku...

Bagi pengalaman aku kan, emmm rasanya da mmg penah aku lalui. Lelebey lagi mase aku pilih kos dalam bidang seni. Seni Halus uiiii...haluuuuussss mulus gitu. Agagaggaga. Mase tu ramai yang pandang rendah kat bidang yg aku pilih ne. Mase tu masing2 bangga bile anak, saudara mara ke memilih bidang doktor ke, lawyer ke, atau pung apa2 yg nampak atasan la kan...tp aku bersyukur sbb Ayah, Nde, kebanyakannya femeli aku mmg support bidang yg aku amek ne. Malah teruje lagi bile aku dapat jual artwork aku beribu-ribu. Masyuuukkkk...kalu komited la...huuu~

Tapi makin aku meningkat dewasa ne, ecewah...lagi banyak yg aku dapat lihat dalam kelompok2 manusia yang merasa terlalu gah dengan jawatan, pangkat, duet, harta dan pelbagai lagi yang keduniaan ne. Tapi yg besh tu, diri sendiri mengaku alim, warak, dan tak mementingkan apa2 yang berkaitan duet, pangkat, harta sume tu tp sedarkah? agaggagagaga~ manusia tetap manusia....
Antara dialog2 yang biasa kite bule dengar kan....

" Penat2 je aku antar anak aku blaja tinggi jadi laywer takkan aku nak suh dia kije bese2 jek...padahal dia sedar ke kije susa dapat skrg? bile g intebiu bukan sijil2 tinggi yang dorang pandang sangat tapi PENGALAMAN kije yang kite ade. Bukan ke? Bukan...Bukan tak bagus belaja tinggi2 cume sikap mendabik dada sangat dengan duniawi ne yang wat aku berpikir...itukah yang selayaknya dipanggil orang alim ulama? Memang betul, kalau kite betul & doa bebanyak minta kat DIA, insyaAllah akan ditunaikan tapi adekah hadis mengatakan kite perlu terlalu mementingkan sesuatu yang belum tentu kite dapat? AigoOoOoOoo pelik. "

Adakah kite bule tau ape yang jadik kat kite pada masa depan?
Betulkah kite dapat pastikan yang seseorang yang mengambil bidang doktor mmg bule jadi doktor terhebat? Dapatkah kite pastikan seseorang yang tak belaja tinggi tak bule jadi seseorang yang berjaya sekiranya dia seorang yang rajin berusaha, tak kenal erti putus asa dan dia mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Tidak!
Sume tu bukan kite yang tentukan, sume dari DIA....
Macammane kalau anak kite yang amik bidang doktor tapi akhirnya nanti dia cume basuh pinggan di dapor? Menganggur tak tentu arah tujuan...
Tapi anak orang yang kite singgung perasaannya dengan memandang serong sbb dia tidak belaja tinggi dan nampak gaya nya tidak berjaya tetapi berjaya dengan cemerlang dalam idopnya...aper cete?
Jangan sesekali memandang rendah pada orang yea.....Nauzubillah~

Sambung lagi dari artikel;

Itu belum lagi anda bertemu dengan pak lawak yang merasa besar hanya kerana punya kenalan di kalangan orang2 besar. Anda spt hendak ketawa bila dia bercerita tentang Tan Sri tu, Dato` Sri tu, yang kununnya sangat akrab dengannya. Padahal dia hakikatnya hanya pecacai sahaja kpd org besar yang diuarkan-uarkan itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia kecil bila hilang harga diri dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan orang besarnya. Angguk2, tunduk2...

Banyak sangat sia jumpe orang2 mcm ne...tp tak la bermaksud yang sia ne bagus sangat utk menilai orang laen. agaggagaga...sia ckp melalui apa yg sia lalui dan alami selama sia di dunia ne. huuu~

Perbualan penulis dengan Mat....

"Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?"tanya Mat. Nadanya sedih.

"Mengapa?" tanya simpati.

"Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama."

"Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu."

"Kalau kita dihargai kerana pangkat, harta dan nama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tetapi untuk pangkat, harta dan nama."

"Tetapi aku sedih...Setelah sekian banyak yang aku lakukan."

"Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia." kata saya seakan memujuk.

"Aku sedih..itu sahaja."

"Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga."

Matt mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.

"Apa maksud kau?"

Pertama...

Cerita tentang Nasiruddin seorang sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.

"Selamat datang ulama, selamat datang orang alim...Ajarkan kami, ajarkan kami"

"Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?"

"Kerana serban besar yang tuan pakai."

Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

"Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!"

Nampak x dari cerite tu?

Diri kite tetap diri kite bukan kene nilai dari pakaian, gelaran dan harta. Tapi yang paling besh mesti ingat ialah sebenarnya kite tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kite sendiri.

Sampaikan pakar psikologi pung cakap penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang laen terhadap kite. Tidak perlu penilaian orang laen tu mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri. Tetapi kalu sesuatu teguran membina, nak betulkan apa yang kita salah cube la terime...yea x? huuuu tak sume yang kita lakukan betul, kitekan manusia, tiada yang sempurna...

Cerite kedua  pula,

Seorang bijak pandai dijemput ke majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setiba di majlis itu dia tidak dijemput langsung utk makan. Tuan rumah mengutamakan orang2 kenamaan yang laen. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian yang mahal dan gemerlapan dan pergi semual ke majlis tersebut.

Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya. "Mengapa" tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, "tuan rumah hendak menjamu pakaian ku bukan diriku!"

Orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to complete not to compete ( hidup bukan satu perbandingan tetapi satu perkongsian...) Tinggalkan mrk yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama.

Kita ni bukan orang yang terbaek, tp kita mesti mhargai kelebihan atau kebaikan kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu.

Tak pyh bertanding dengan orang laen, kita bertanding dengan diri sendiri tetapi berkongsi dengan orang laen.

Ouh tenangnya diri jika berpegang kpd prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia...hanya utk mencari nama, harta dan jawatan.

Ada seorang Raja bertanya kpd petani miskin.
"Siapa kamu?"

"Saya Raja," jawab petani.

"Raja?"

"Ya, raja pada diri saya sendiri!"

p/s : sharing is caring....heee peace yo~

Thursday, May 31, 2012

Akhir Mei 2012

Assalamualaikum.

31 Mei 2012. Ari yg suspens. Mujur tidak begitu mengerikan.
Kenapa?
Sebab ari terakhir utk byrn hasil cukai tanah.
Tapi otak tetap jammed, penat, kebuntuan melanda.
Tangan, jari jemari mule menggigil.
Perasaan debar2 mula kuat.
Aduhai....semoga diberi kesihatan yang baek utk hari2 yang mendatang.

Banyak ari tak dpt luangkan ms utk menulis.
Banyak hal yang jadik.
Entahla...masa begitu pantas bergerak. Sangat cepat.
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat.....
Aduhai cepatla masa bercuti.
Sungguh merindui masa2 utk keluarga di ruma.

Jemputan kenduri kawen tdak henti2.
Rezki dari Allah, syukur padaNya.

Soalan "bila nk ada orang baru"? juga maseh berterusan.
Jawapannyer, berserah padaNya, insyaAllah ada rezki nnt.

Kehidupan seperti biasa diteruskan.

InsyaAllah...

Monday, April 23, 2012

Doa untuk baby dalam kandungan

Assalamualaikum.
Bismillahhirohmanirrohhim~

Sharing is caring...(maceh primadona kitty)

1) Bismillahhir rahmaanir rahiim
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
In the name of Allah the Most Gracious, Most Merciful

2) Alhamdu lillahi rabbil’aalamiin
Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam
Praise be to Allah Lord of the universe


3) Allahumma shalli alaa sayyidinaa Muhammad
Ya Allah tambahkanlah kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW
Oh God add to the welfare of our preacher Prophet Muhammad

4) Thibbil quluubi wadawaaihaa
Sebagai pengobat dan penawar hatiku
As a healer and my heart bidders

5) Wa’aafiyatil abdaani wa syifaa ihaa
Penyehat dan penyegar badanku
Healthing and refreshing my body

6) Wanuuril abshaari wa dhiyaa ihaa
Sebagai sinar dan cahaya pendangan mata
As light and light see eyes

7) Waquutil arwaahi waqidza ihaa
Sebagai penguat dan santapan rohani
As the amplifier and spiritual nourishment


8 ) Wa’alaa aalihi washahbihi wabarik wa sallim
Dan kepada keluarganya dan para sahbatnya berikanlah keberkahan dan keselamatan
And to his family and give his blessing sahbatnya and safety

9) Allahummahfazh waladaha maa daama fii bathnihaa
Ya Allah semoga Engkau lindungi bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya
O Allah may protect you as long as there is a baby in his mother's womb

10) Washafihii ma’a ummihi antsysyaafii laa syifaa illaa syifaa uka syifaa an laa yuqoodiru saqoman
Dan semoga Engkau memberikan kepada bayi dan ibunya Allah yang memberi kesehatan. Tidak ada kesehatan selain kesehatan Allah, kesehatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain
And may You give to the baby and the mother of God that gives health. No health but the health of God, health does not end with other diseases

11) Allahumma shawwirhu fii bathnihaa shuurotanhasanatan
Ya Allah semoga Engkau ciptakan bayi ini dalam kandungan ibunya dengan rupa yang bagus
Oh God I hope you created this baby in the womb of his mother with a good way


12) Watsabbit qolbahu iimaanan bika wabiraa suulika
Dan semoga Engkau tanamkan hatinya bayi ini iman kepadaMu ya Allah dan kepada Rasul Mu
And hopefully you embed this baby her faith in You, O God and the Prophet

13) Allahumma akhrijhu min bathni ummihi waqta walaada tihaa sahlan wasaliman
Ya Allah semoga Engkau mengeluarkan bayi ini dari dalam kandungan ibunya pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan yang sehat dan selamat
Oh God I hope you took this baby in the womb of his mother at a predetermined time in a state of healthy and safe

14) Allahummaj’alhu shahiihan kaamilan wa’aaqilan haa dziqaan wa’aaliman aamilan
Ya Allah semoga Engkau jadikan bayi ini sehat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama
O Allah, I hope you make this baby healthy, perfect, intelligent and rational understanding in matters of religion

15) Allahumma’alhu thawwil umrahu washahhih jasadahu wahassin khuluqohu wafashshih lisaanaahu
Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sehat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya
Oh God I hope you give this baby a long life, physical and spiritual health, good temper of mind, fluent oral

16) Wa ahsin shautahu li qiira atil hadiitsi wal qur’aan
Serta bagus suaranya untuk membaca hadis dan Al Quran
Good and his voice to read the hadith and the Qur'an


17) Warfa ‘darojatuhu
Dan tinggikanlah derajatnya

18) Wawasi’rizqahu
Dan luaskan rizkinya

19) Wajalhu insaanan kaamilan saaliman fiddunya wal aakhirah
Dan jadikanlah bagi manusia yang sempurna selamat di dunia dan akhirat
And make for the perfect human being survive in the world and the hereafter


20) Bibirakati sayyidina Muhammaddin shallallaahu’alaihi wassallam wal hamdu lillahi rabiil’aalamiina
Dengan berkahnya Nabi besar Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam
With the blessing of the Prophet Muhammad SAW and all praise be to Allah Lord of the universe

Aaamin, aamin aamin yaa robbal aalamin..................
Kabulkanlah doa kami, kabulkanlah doa kami, kabulkanlah doa kami ya Allah seru sekalian alam



Wednesday, April 18, 2012

Ahli terakhir G-4 yang kawen!

Bismillahhirohmanirrohhim
Assalamualaikum

Hehehe...sija jek wat tajuk kat atas tu. Gelaran istimewa kot utk kami berempat. Huuuuu~
Jadinyer gambo2 kawen yg sia tengah ngedit2 skrang tu adelah moment2 utk kami berempat.
Macam rindu plak kat moment2 tuh woaaa...

Rasenye dari zaman2 bujang tu ngan dorang la bergelak ketawa, berhugahuga kat opis. Tempat kedua lepas rumah. Walaupung tak rase gumbire di opis ne tp kenelah carik gumbirenye sendiri. Adenyer kawan2 yg siok, yg sekapla terhasillah perasaan gumbire.

Rase sedey, susah tp bila berhuga-huga terobatla jugak...
Pengalaman pahit manes dorang mase kawen, mase beranak bulela dijadikan iktibar...huuu

Jadinyer ne utk tatapan korang, cume terkilan...mase ari yg bersejarah ne la xsempat nak bergambar kenangan dengan dorang. Aduhai,sangat sangat sangat terkilan tau! Bukan bule diulang semula ari bersejarah tu. Aduhai~



tataula menda yg si ilal tu muncungkan...tu yg belakang tu intai per tu? huuuuu

nampak tu? ne la yg selalu orang kate mase ne jek kite bule jadi "permaisuri"...macehlaaaaa yea~







Tuesday, April 17, 2012

Kosong!!!

Lirik Lagu Kosong -Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong


Friday, April 13, 2012

Ouh Chicken Muffins

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat.
(selalunye sia trus jek terjah kan, tp mulai saat ni sia mulakan dgn salam, huuu...ade yg komen plak tak sopan. huuu mcm2 yea padahal blog ne sia punye. sukati sia tp yeala kan mana yg baek tu kite ikotla, yg buruk tu jadikan teladan...heeee~)

Alhamdulillah. Sia kenyang arine. Heee cewah cewah, nk bangga ler tu bekpes chicken muffins yg sedap kat mcdonald tu. Heee siyes laaa, cubela wahai kawan2 sumer, mmg tak keciwa la. Heee rega pung murah tp sampai 22hb April jek. Sekarang RM2.50! Cepat sementara maseh muroh ne. Heeee nnt RM4.00+++ kot.

Amboi promosi bagus jek kan. Tak tp percaya la...sangat besh. Gagagaggagaga.


Haaa tengok2...menarik x? heee yg penting sedap berbanding ngn nasi lemak seringgit sia makan semalam. heeee~

Dan yg penting harga ala carte nye cobe tinguk...RM2.50!!! agagaggagaga tp ingat tau sampai 22hb April jek.
Jadik cobelah, jangan xcobe~

Thursday, April 5, 2012

Lagu Bawaku Pergi kene gam?

Aku suke gak dgr melodi lagu ne. Lelebey lagik bila Zizan bawak part rap lagu ne. huuuu tapi xpenah plak aku teliti sesungguh lirik lagu ne. Emmm tp bila soami pung kater lirik lagunyer tu kene dengar betui2, mcm xsesuai katernyer...aku terpikir gak, ape ada dalam lirik lagu ne? Pelik laaa....

Bila aku try google lirik lagu ne...aku sendiri xphm jadi aku tak nampak lagik naper lagu ne kene gam, jadik kontroversi la plak. Jadinyer no komen ler. huuuuu~


Lirik Lagu Bawaku Pergi – Zizan feat. Kaka

[Kaka]
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi

Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali


[Zizan]
Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

[Kaka]
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apa kan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu

Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Friday, March 30, 2012

Book Review

Ya Allah nebes bukan men lagik bila nama kene pilih ngan big buss suh bagi book review. Mase kawen pung rasenyer tak senebes mcm ne tau. Gagaggagag. Tapi mase big buss tanyer minx persetujuan tu, was-was jugak tp bile terpikir Yes, ne lah ms utk aku bercakap, sampaikan sst utk semua yg begitu "prihatin" kat aku slame ne. Heee~ Niat bukan men xbgs. huuuuu~

Jadinyer balik jek petang tu trus buat satu karangan pendek. Aicewah, tp bila kene komen2 kate terlalu formal, tukar balik sampai jadik cam bese tp bile sampai masenye, agagaggaagga tetap spt membace. Huuu...Nak tauw camner aku bace? Haaaaa gini....

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,


Tajuk book review sy ialah BILA ALLAH MENDUGA KITA. Buku ini ditulis oleh Syed Alwi Alatas & diterbitkan pada tahun 2010. Buku ni mempunyai 189 m/s.

Buku ini sebenarnya mengenai aspek2 kehidupan manusia seharian. Ianya berkisah tentang permasalahan & persoalan hidup yg sentiasa kita semua alami setiap ari. Penulis mengatakan setiap masalah yg timbul ada kebaikan & keburukan, terpulanglah pada individu tersebut mencari jalan penyelesaian.

Penulis juga menekankan yang semua manusia tidak pernah sempurna, pasti pernah melakukan kesilapan antara kita sedar atau tidak.

Penulis juga menyedarkan bhw bukan masa kita rase susah, atau bila kita rasa lemah je itu ujian tetapi masa kita rasa senang, kita dihujani kemewahan, sebenarnya itu juga adalah ujian.

Bila bace buku ni kita dapat lihat keadaan seseorang yg menghadapi ujian & bagaimana cara untuk mengendalikannya.

Dalam buku ni ada kisah benar & tauladan yang bule dijadikan iktibar. Secara xlangsung, bila kita bace buku ni, kita dapat jadikan buku ni sebagai rujukan & panduan bila kita rase lemah & memerlukan kekuatan utk meneruskan hidup.



Akhir sekali, sy nak share 1 petikan yg sy rase sangat menarik;

"Gunakanlah kuasa, wang & pangkat kamu seboleh-bolehnya,
Rasailah tingginya darjat kamu setinggi-tingginya,
Bila seseorang disisi kamu ditimpa ujian,
Ketawalah kamu sepuas-puasnya,
Tepuklah tangan sekuat-kuatnya,
Kamu adili lah & hakimi lah sewenang-wenangnya, tetapi ingatlah...
Selagi kamu diciptakan sbg manusia, kamu tidak akan pernah terlepas dari hukum karma,
hukum sesama manusia. Setiap kebenaran pasti akan diketahui.
Setiap yang bergelar manusia akan dibalas setimpal dengan perbuatannya."


Sekian, terima kasih.




Giler aaa, gegel sesangat. Pastu trus xpandang ape da, tauw nak sampai kat tempat duduk jek. Huuu malu la sesangat tetibe. Padahalnyer xde pape pung. huuuu~
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, syukur Ya Allah~
Ya Allah, dpt kumpol lagik 1 pengalaman hidup...huuuu~




Bukan senang nk dapat peluang camne kan? Walaupung book review aku idaklah sebagus mane sekurang-kurangnya aku rase bangga dgn diri sendiri sbb brani cube. Huuu~ Biarlah orang komen isinya tidak bagus, tidak lengkap tapi sekurang-kurangnya aku wat sendiri, aku bacekan sendiri text yg aku wat sendiri. Huuu~ Yg penting aku dapat peluang kutip 1 pengalaman berharga dalam hidup aku. Huuuuu~

Thursday, March 29, 2012

Cekodok Udang

Bila perot da lapa, tp ati nk diet kununnyer. Mulalah pikir punye pikir nk masak menu aper yg paling ringan, mudah & cepat. Maka termasaklah...CEKODOK UDANG cicah sambal pedas. Heeee....

Bahannyer;

Tepung gandum (sukat ikut suker...huuuu)
Bawang merah + bwg besar dicincang2
Cili api dihiris2
Udang beberapa ekor ( lagi banyak lagik sedap wooooo...)
Daun sup/daun sup/taugeh
Air panas skit ( baru cekodok tu lembut sket....)

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......



Related Posts with Thumbnails