Friday, August 17, 2012

Gambar tanpa kata
















Monday, July 30, 2012

Menu Ramadhan Ari-9

Yeayyy~Semalam walaupung Umi takde,belum bercuti tapi soami ada berbuke same.Belum lengkap 4 orang tapi xla sesunyi berbuke ngan Ayah berdua ajer. Lagipung kalau soami ada bule banyak menu sket. Heee~ Tapi da bese da berbuke berdua ngan Ayah...okie ajer. Bahgia ajer. :) Uya sayang Ayah~

Pikir punya pikir nak masak aper,tgk dalam esbok sume ikan ajer. Ayah xmau ikan. Jemu,katenyer. Coci-coci mata kat intenet, agak-agak mcm senang jek nak wat trus decide nak masak aper. Terus ajak soami g beli ape yang patot. Huuu tu yg besh xpayah drive sendiri. Heee~

Sebenarnya da lama nak makan Ayam rendang pucuk ubi. Cari punya carik pucuk ubi tak jumpa-jumpa.Mujur kat Pasar Mini kat Saujana Golf tu ada. Aish tapi lupa plak nama pasar mini tu, tauw pasar mini tu seblah kedai kek carrot Kak Ya jek. Xkesahlah yang penting pasar mini ne lengkap barangnya. Peramah plak tokeynya dan barang-barang pung bule tahan muroh jugerk.

Jadinyer,
menu 1 - Rendang Ayam Pucuk Ubi (resipi google sendiri la yea, sia tak ingat...huuu)
menu 2 -Terung ikan bilis masak sambal (sejak dihidangkan menu ne kat Swak,trus jd faberet)
menu 3 - Satar ikan (lambat sgt nak tgu bule balik Kemaman, terpaksa wat sendiri,nasib la jadik gak)

Tapi entah nape tokleh upload gambo, nntlaaa yea....to be continued.

#psssttt, xsabar tgu mgu akhir sambungan drama Dejavu di Kinabalu...Ammar atau Bazli???

Tuesday, July 24, 2012

Resipi pes ikan bakar

Assalamualaikum.

Asalnya ngadap dpn tv ptg pose pertama tu, ada siaran RESIPI BORNEO. Chef Hamdan ke namanya kalu xsilap dari Kuching,Sarawak. Mase tu dia nga wat pari ikan bakar. Nampak mcm senang ajerk. Ade pes cili pastu ikan tu terus masuk dlm kuali leper. Cili tu dia tempek je kat ats tu. Pastu terbalik-balikkan ikan tu...alahai senang plak. Tu yg rase nak try nanti tu. Heee~ Tapi tatau plak camner resipi pes cili tu.

Google punyer google jumpela kat cni My Kitchen Diary. Pinjam resipi yea...heee :)
*sharing is caring...ecewah~



Pes ikan bakar
Bhn2:
2sdt serbuk kunyit
Sedikit air
secubit garam
Daun pisang secukupnya - utk balut ikan
Kuali leper

Utk pes:
2-3 ulas bwg merah
3-5 ulas bwg putih
1-2cm halia
1 btg serai (hiris nipis2)
*tumbuk lumat bhn2 di atas
1-2 sdt cili kisar / serbuk cili
1/3 - 1/2 cwn santan
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bhn2 tumbuk.
2. Kacau2 dan tmbhkn cili kisar/serbuk cili. Kacau2 dan biar smpai naik myk baru le dimasukkan santan, garam & gula. Sentiasa kacau. Bila dh memekat bolehlah diangkat.
3. Sediakan kuali & panaskan atas api.
4. Campurkan serbuk kunyit, air & garam. Biar campuran ni cair sdkit. Ambil ikan yg dh dibersihkan dan lumurkan dgn air kunyit. Kemudian, ambil sesudu atau 2 sudu besar pes ikan bakar tadi dan lumurkan pada ikan. Bungkus ikan dalam daun pisang & bakar atas kuali panas td. Api jgn terlalu besar...sederhana aje.
5. Balik2kan ikan semasa membakar. Angkat bila dh masak.
6. Bila menghidang, tuangkan lg pes td pada ikan & sediakan air asam (tgk resipi kat bawah ne...)


Air asam
Bhn:
Bhn A (tumbuk):
belacan
separuh buah tomato
sedikit kerisik
cili merah (ikot suker la nk pedas tahap mana yea)
garam & gula

Bhn B:
separuh buah tomato dipotong dadu
sebiji bwg besar dipotong dadu
cili api dihiris2
Air asam jawa secukupnya
sedikit perahan air limau nipis

Cara:

Letak bhn2 B dlm satu bekas dan kacau2.
Setelah bhn2 A ditumbuk, campurkan ke dalam bekas bhn2 B tadi. Gaul rata. Siap.


Kawan-kawan sekalian, selamat mencobe...~

Monday, July 23, 2012

Masih belum terlambat utk ucap Salam Ramadhan kan?

Assalamualaikum.

Nak update entri ne pung bule wat termenung 2-3minit. Tataula kenapa. Kalau dulu bila catat diari kemain banyak bende nak story. Tapi kat sini walaupung sia anggap mcm diari sia tp tetap umum. Jadi sia kena catatkan sesuatu yang kalu bule tidak akan menyinggung perasaan sesape. Heee~

Ramadhan suda menjejak hari ketiga. Dan sia maseh "bersenang-lenang", tidak ke dapor lagi krn syukur sia masih mempunyai Umi yang bersusah payah menyediakan juadah berbuke pose biarpung mengejar waktu untuk bekerja. Sia cuma menyediakan air, memasak nasi dan menyiapkan meja makan. Terima kasih tak terhingga Umi.

Tapi bukan untuk sebulan la yea, sbb mgu depan Umi akan bertugas waktu pagi. Jadinyer Umi tidak akan sempat berbuke pose bersama kami lagi, hanya berkesempatan bersahur bersama.

Suda 3hari berpose dan sia,ayah & suami masih berbuke & bersahur dengan makanan yg simple2, yang penting tidak membazir. Alhamdulillah~

Syukur sangat sbb kesihatan Ayah agak baek, berselera makan walau tidak banyak seperti dulu. Tapi sia tetap lega hati mengenang tahun lepas bila kami sekeluarga diberi ujian bila Ayah jatuh sakit, berbanding dengan kesihatan Ayah tahun ini yang lebih sihat. Terima kasih Ya Allah. Semoga Ayah diberi kesihatan & tubuh badan yg sehat, itu doa sia hari-hari. InsyaAllah~

Tahun ini buat pertama kalinya Ramadhan disambut sebagai seorang isteri. Alhamdulillah~hubungan yang sah,halal & direstui keluarga. Semoga perkahwinan kami diberkati DIA. Amin~ Tiada apa yang berubah, cuma status & jika dulu waktu Umi bekerja hanya sia & Ayah di meja makan tapi kini ada suami sia yang memeriahkan suasana (yeake? heeeee~)

Tetapi tetap sia rase bersalah pada keluarga mertua kerna masih belum berkesempatan berbuke pose & bersahur bersama-sama. Sia dalam dilema. Kerana itulah sia tidak pernah sekalipung menghalang suami untuk menjalankan tanggungjawab pada keluarganya. ***Pulanglah suami,maaf sekiranya sia tidak dpt ikot bersama tp bukan sengaja tp bersebab. Tidak perlu sia hebahkan sebabnya, cukup suami memahami situasi sia. Bukan sombong, bukan berkire, cume sebagai anak tunggal, Ayah memerlukan sia. Sia cuma menunggu waktu Umi coti untuk mencari peluang pulang ke rumah mertua untuk berbuke pose & bersahur bersama. Mungkin sia bersalah...maaf. ***Sampai bila asek orang nak faham kite? Bile kite nak faham org pulak? Minta maaf...mcmmana kalian kalu di situasi sia?


Ini bukan kali pertama sia dalam dilema. Semenjak arwah mama pergi, sia tetap menemani Ayah terutama dalam bulan Ramadhan. Tanyelah pada mereka yang mengenali sia...pakcik,makcik,kazen-kazen, kawan-kawan...puas mereka mengajak sia berbuke bersama namun sia tetap takkan tinggalkan Ayah krn sia tahu sia hanya mempunyai Ayah. Cukuplah sia meninggalkan Ayah satu waktu dulu krn mengikut kata hati remaja yang tgi emosinya....sungguh sia tidak akan mengulanginya lagi.

Tetapi tidakla pula sia mengeluh dengan status seorang isteri yang menambahkan komitmen & tanggungjawab sia, pertanyaan seperti menyesal ker berkahwin? Jawapannya bukankah perkahwinan merupakan tuntutan dalam islam? ***tepuk dada bisiklah pada diri sendiri...huuu~

Amboi sia beremosi kah ini? Tidak, sekadar luahan bulan Ramadhan kali ini yg menyedarkan sia. Sia juga punya tanggungjawab & komitmen yang bertambah. Jadi mohon diizinkan DIA supaya sia bule membahagi masa dengan betul. Sia cuma manusia biasa.

Pernah sia rapat dengan kawan-kawan dari Sabah...Nelly,Jacque,Nancy,Joe,Andy. Sia tidak dapat menghadiri jemputan mrk utk berbuke pose same tp mereka mmg paham situasi sia, mrk pula yg datang ke ruma untuk berbuke pose sesama sia & Ayah. Huhuhuh rindu pula pada mrk. Bukan lupakan kawan tp situasi & masa yang tidak mengizinkan. Ini contohnyer laaa biar sepa pung yg mengajak dengan bek sia menolak. Entah mcm mana perlu sia ceritakan, tp cobe kalian bayangkan di tempat sia.

Ayah tidak sekali membebankan sia. Ayah tidak pernah larang sekalipung kalu sia ingin bersama kazen,kawan-kawan sekali sekala utk berbuka pose bersama cuma sia tidak mahu. Kalau korang ditempat sia? Tidak, Ayah bukan beban sia. Ayah satu-satunya harta sia yg ada. Terima kasih pada yg memahami keadaan & situasi sia. Mohon maaf pada kalian yang tersinggung pada sia. Sia terima sume nyer...heee~

Masa memang berlalu pantas, rasenyer sume tidak sempat dibuat. Aduhai~ gambar majlis perkahwinan sia juga maseh terbengkalai. Pada keluarga, kawan-2 yang nak tgk...sabar ya....otw! insyaAllah~

Sia harap Ramadhan tahun ini sia tidak sesiakan begitu ajer, harap sangat bule buat sesuatu yang bermakna, yg menambah pahala bukan menambah dosa,insyaAllah~ Menanti kehadiran Syawal, semoga sia dapat menggembirakan sumer yg disamping sia. insyaAllah~

Sia ketemu ayat ini dalam Quran & sungguh ianya adalah jawapan pd persoalan yg bermain di minda sia selama ini.



"Ya Allah~ sesungguhnya aku berlindung denganMU daripada kebimbangan & kesedihan"

"Dan janganlah kamu makan/mengambil harta(orang-orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu (rasuah) kepada hakim-hakim krn hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya." -surah Al-Baqarah.

".....kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh."-surah Al-Baqarah.

Sia bukanlah alim ulama, sia bukanlah dari skola agama, sia cuma pelajar biasa tapi ibubapa sia tetap mendidik sia sebagai orang islam supaya melakukan segala suruhanNya & meninggalkan segala laranganNya. Sia tidak pandai, sia sangat daif tentang agama. Sia serba tidak tahu tapi insyaAllah sia tidak lupa dari mana sia datang & kepada siapa sia akan kembali. Bila sia tidak pandai, tolong jangan memperlihatkan sia pada perangai atau situasi yang bertentangan dengan apa yg ada dalam Al-Quran kerana sekurang-kurangnya ilmu & pendidikan yang ibubapa sia berikan dari kecil membuatkan sia tahu membaca (insyaAllah) & boleh mengaji walau tidak mahir tapi sia juga boleh faham makna ayat-ayat yg ada dalam Al-Quran. Jangan rumitkan ISLAM dengan undang-undang yg manusia cipta sendiri. Itu satu kekejaman. Nauzubillahminzalik...~

Sempena bulan mulia ini....Ramadhan ini, entahkan yg terakhir untuk sia. Sia ucapkan salam ramadhan, semoga kita diberkati untuk semua yang kita lakukan setiap saat. Jika sia bersalah, sia mohon diberi bimbingan & pertunjuk & seandainya benar, moga Allah SWT menunjukkan kebenaran.

SALAM RAMADHAN~

Wednesday, July 18, 2012

Satar Terengganu

Sumber dari Kompilasi Resipi (maceh yea...)

Bahan-bahan;

1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]-tak pasti la bule gune ikan len ke x, tp sia try wat okie jek..heee~
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
(sia tamboh cili api lagik mabeles)
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
(mcm xletak lagi besh...kalu letak kacu jek...)
sedikit asam jawa
daun pisang secukupnya



Cara-cara;

1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dikisar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun dan masukkan adunan ikan .

6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.


Gambo nnt sia upload yea....heee~

Friday, July 13, 2012

Kuah durian

Assalamualaikum.

Ne citer lame ne, bulan lepas kot. Ingat lg mase tu saket mata, dapat mc 2 hari. Heee~ Ayah bwk balik banyak pulak durian. Naek pitam nak ngabehnyer. Makan seulas dua da ckup da, dier pung xlarat nak ngabeh kan. Dier gtauw "kalu wat kuah durian sedap gak ne....". Ouh nak kuah durian rupenyer. Tapi idak ler sia pandei nak membuatnyer. Heee tp mmg ingatla mase kenduri kawen aritu kuah durian Acik Ani mmg mabeles uiii...tp sayang skalik xdpt nak feel sbb bz la sangat mase tu...al-maklum kan, mase tu jadik pengantin xbrape lalu nak makan. Heee~

Balik jek dari kinik tu, terus msg si Ilal suh google kan resipi. Malas la nak balik pastu nak kuar plak balik beli barang-barang. Dapat jek resipi terus g Giant cari barang-barang, balik ruma terus buat. Bismillah bebanyak...Haish nebesss uiii~


mesti ada durian tau, banyak gak dapatnyer, xsilap 3 biji kot...



masak santan letak daun pandan...wangiii woaaaa, kene rajin kaco2 dalam periuk tu



da nak siap da, sia buh sagu...sbb sia suker sagu...heeee :)



Makan plak ngan roti ke roti jala ke sedap...heee tp sbnrnyer sia tak minat sangat tp ade mood nak mencube, heee~

SELESAI~

Friday, July 6, 2012

Lagu selingan Majlis Perkahwinan Irma Hasmie

Sherina – Jalan Cinta Ost. Ayat-ayat Cinta

Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
Butir air mata di setiap sujudmu seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu….oo… Cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampun yang engkau pinta dalam semua keraguan yg tlah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
Pada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu…oo… Cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita…

Aku akan menyayangimu

Lirik Lagu Penghujung Cintaku – Pasha

Berakhir sudah
Pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki
Tiba diriku
Di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu

Tiba diriku
Di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu (kepadamu)
Ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
oh aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu

Nananana nananana
Nananana nananana
Ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu, Seumur hidupmu
Seumur hidupmu, Seumur hidupmu

Friday, June 29, 2012

Somebody that i used to know

Somebody That I Used To Know - Gotye feat. Kimbra
Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end
Always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your effects
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
And I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know...

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your effects
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

I used to know
That I used to know

Somebody...

Thursday, June 28, 2012

Selamat harilahir Ayah

Assalamulaikum.

Arine 28hb Jun, harilahir Ayah. Syukur pada-Nya kerna sia maseh mempunyai arine & semoga keluarga sia diberi keberkatan dalam idop dan kesihatan yang baek, terutamanya Ayah & insan-insan yang sia sayangi.

Kepada Ayah, Uya sayang ayah sangat, sangat, sangattttttt.....semoga Ayah diberikan kesihatan, tubuh badan yang sihat, rezki yang murah, umor yang panjang dalam keberkatan-Nya. Amin~ Selamat harilahir Ayah~


Wednesday, June 20, 2012

Kawan-kawan


Sia ada kawan. Korang pung mesti ada kawan. Ade orang berpandangan ade kawan ne wajib. Bespren? Dulu aku truje bile ade bespren. Tapi tahla bila usia semakin berganjak ke depan dan ke depan ne, rase mual pula biler terjumpe & kenal seseorang yang bergelar kawan tp menjelekkan. Kite anggap dia kawan yang bebetul kawan tapi rupenye dia tu adeiii...nauzubillah~

Kalu sia senaraikan kategori yg sia tokleh masuk, mcmlah sia ne sorang jek yang bagus, tp terus terang ckp laaaa sia paling tak gemar kawan yang amek kesempatan ne! Sekali sia da terkene adei mcm selamenyer sia elak dari dia dan bule trus jadik benci la plak.

Tolong jangan amek kesempatan kat sia la kawan eiii, sia takmo tambah dosa dengan membenci kamoo. Huuu~ Nak kate sia xsuke berkawan, nnt mcm katak bawah tempurung puler. Tapi ati memang da tawar nak berkawan-kawan baek ne. Huuu~

Ade orang tanye " Ko x suke kawan yang amek kesempatan camner ne sampai ko jadik benci?"
Sia jawab " jangan sesekali gunekan sia...!"

Tuesday, June 19, 2012

Clarks Sale 70%!!!

Assalamualaikum.

Wahhhhhhhhhhhhhhhhh. Clarks wat sale la! tapi nape dorang wat time blum gaji. Bagi aku yang nga menghitung ari ne, mana la ade mood nak g. adeiii~

Sesape yang poket maseh tebal, sila-silalah pegi menjamu mata. Heee~




Anak lelaki vs Anak perempuan

Assalamualaikum.

Seperti bese ujung2 bulan, nga menghitung ari gaji mgu depan. Tapi selere tetap beso. Huuuu~ Korek la tabung brape yg ade. Alhamdulillah, masih ada rejeki. Heeee~

Bile aku mikir dan mikir. Anak lelaki atau anak perempuan. Betul ke anak lelaki selalu jek dilebey-lebeykan berbanding anak perempuan. Berapa rega anak perempuan? Berapa pula rega anak lelaki? Mcm kazen aku, tiga-tiga anak perempuan. Perlu ke dia jaga ala kadar jek sebab dia ada anak perempuan jek? Emmm...

Anak lelaki sebab dia bule jadi kuat ke? Pelindung kat adik-adik ke atau aper?

Tah, aku pung tatau sebab nyer aku sija nak melalut kat cni. Heee~

Tapi betul ke anak lelaki lebih berharga daripada anak perempuan? Huuu~

Wednesday, June 6, 2012

Ati x besh

Salam.

Tangan bz menaip. Tapi ati berdebar2. Fikiran putar2 tatau g mane.
Kenapa?

Istighfar~Istighfar~Istighfar~

Siyes, xsuker rase camne.
Kenapa?

Istighfar~Istighfar~Istighfar~

Sebab;

satu mungkin sebab xsehat ke? demam + batuk + seseme mengganggu ke? xpaham.

dua mungkinkah krn terpengaruh dengan tragedi kemalangan yasmin J tu ke? adeiii siyes mlm tadi tokleh tido. tah pesal. Al-Fatihah buat adik yasmin. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman & solehah. Amin~

Uwaaaaaa...xsuker perasaan camne.
Ya Allah~ ape pun yg akan terjadi, tolong lindungi dan pelihara seluruh keluarga ku. Pelihara kami dari sebarang perkara yang tidak diingini.
Jangan Kau jauhkan kami dari Mu Ya Allah~

"Laman Petua Nenek"

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ne, sia sgtla riso pasal kulit muke jadi kering. Adei, nak disalahkan "produk K******" tu emmm yea ke idak sebab tu? Tapi sebelum ne takde plak rase camne,mmg lepas gigih menggunakan produk tu. Huuuu~ xmau gune lagi tp sia memerlukan gantinya.

Sementara nunggu mase utk cari gantinyer, sia mau meneutralkan kulit muke yang kering ne menjadi normal mcm beser. Google punyer google sia terjumpe artikel petua-petua kat "Laman Petua Nenek".
Mohon share yea...heee~

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.



Alang-alang terjumpe banyak petua, heee salin ajer la...mohon share yea...:)

Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.

Melicinkan Kulit Muka
  1. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  2. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Kulit Muka Lembut dan Cerah

Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.

Menghilangkan Bintik Hitam
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Minta2 rajinler sia ne nak mengamalkannya...
Related Posts with Thumbnails