Nak dijadikan cite, ari Jumaat aritu da siap sebenarnye amek & edit gambo pasport kat opis
Tetapi....
Bile print x menjadi...ade aku cite sket kat entri semalam.
Jadi aku test print kat ruma, aik...OKIE je...
Maknenye mmg problemo laaa printer kat opis tu..ink nye mau abes mungkin uhhh~
gambo kiri belum edit , gambo kanan pas edit...heeee
Lagi 5min "loceng" punch card nk bunyik.
Jadi kene taip cecepat. heee...
Arine kene balik awal sbb xsaba tgu dieR balik. heeee~ yeeeyaaaahhh~
Otak aku jammed plak tetibe tadik.
Pn Hana & Abang Saidi mnx tolong watkan gamba paspot dorang.
Tengah2 aku edit ape yg patot...sume da setel.
Meluru la masuk bilik big buss pinjam printer.
TETAPI.......
gambar nye jadik blur & gelap~!!! masya Allah~
T.E.N.S.I.O.N okieee!!!
So malam ne kene setelkan jugerk sbb da janji ngan Pn Hana.
Abang Saidi pung tentu nga menunggu.
Heee....i`ll try my besh uhhh~
Alamak...lagu Maaf-Radja da bunyik lorh....
Heee....
Adios Amigosss~
- bagi menghilangkan selulit, campurkan 2 cawan kopi, setengah cawan gula atau garam laut & 2-3 sudu minyak urut.
- sapukan di bahagian tubuh yang mempunyai selulit lalu urut selama 3 minit
- lakukan 3 kali seminggu & lihat hasilnya
2. Bunga melur atasi jerawat
- bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, tumbuk lumat daun bunga melur lalu sapukan pada muka yang berjerawat.
- amalkan 3 kali seminggu
3. Payudara lebih pejal
- ambil 2 sudu madu, sebiji telur ayam diambil kuningnya & 2 sudu susu tepung.
- gaul sehingga sebati
- masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit
- sapukan di bahagian payudara selama 1 jam & bersihkan nya dengan air suam
Aku tgu stok available inner neck dari ika Radiusite neh.
Adeiii...cepat sungguh la stok nye sold out. Heeeee~
Penat la arine ne citcotcet....
Penin memikirkan masalah geran orang neh...uhhhh~!
Kunyah gak la cakoiii ne....heeee
Sebenarnye xde dalam perancangan pung nak ke sini.
Baru arine berkesempatan wat entri pasal Bukit Fraser.
Ade orang kate tempat ne besh.
Kunun banyak rumah2 ala-ala Inggeris. TAPI....
Heee bagi aku ler kan...emmm idak ler menarik mane.
Sebab nyer aku tgk tempat utama yg dorang shoot gambo kat Jam besar Bukit Fraser tu je.
Yang laen mungkin aku xsempat nak jejak memandangkan mase suntok.
Tapi aku xkan lupa kan kot sepanjang tempoh perjalanan ne.
Aku ne mmg trauma sket ngan jalan2 yg berliku2.
Mula lah kapla pung pusing2...huuuu entah nape.
Masih TRAUMA ngan jalan "bukit putus" tu kot. Huuuuu~
Ape pung aku idak ler melepaskan peluang untuk klikklik2 tempat2 yg aku rase besh,siok.
Adei...pk nk balik kene ikot jalan yg sama...adeiii~
TERPAKSA laaaaa!!!
Dalam ati cepatlah sampai ke jalan besar.
Udah idak larat lagik mau pusing2.
Uhhhh~
Xnk lagik kot datang sini...heeeee~
Akasia: Chinta, mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, 28 episod
Pelakon: Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz
Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.
Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.
Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang bodyguard kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta. Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain. Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka.
Setahun Chinta mengurungkan dirinya kerana belum bersedia untuk menghadapi dunia yang telah merampas cinta miliknya. Chinta kembali menjadi Puteri dari Kayangan yang menghiasi mimpi indah para jutawan tetapi dia bersumpah untuk tidak lagi membiarkan dirinya mengharungi kesakitan yang diharungi setelah kehilangan Amar.
Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat. Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar.
Cuma bezanya Rasul Iman bersongkok dan lebih kepada keagamaan. Chinta nekad, dia harus memiliki Rasul Iman yang dianggapnya sebagai peluang kedua untuk dirinya mengecapi kebahagiaan sebagai seorang isteri yang halal. Tapi bagaimana? Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?