Thursday, May 14, 2009

Happy Burfday To Me....heheh...

Every wish yang aku dapat akan aku simpan dan ingat sampai bebile...Terima kasih smua atas doa kalian pada diri ini....
Harapan dan impian itu sungguh bermakna...terima kasih...
Berderai airmata saat mendengar lafaz itu...mungkin kali ini itulah hadiah yang paling istimewa aku terima...dan aku tidak akan lupakan lafaz itu dan aku jua turut memohon agar harapan dan impian itu menjadi kenyataan dalam hidup ini...hidup aku...hidup dier...hidup kami....
Saat itu sebenarnya hatinya aku lukakan lagi dan tiada lagi ucapan maaf yang mampu aku ucapkan kerna kemaafan itu tiada nilai lagi dalam setiap kesalahan yang aku lakukan....Mana janji2 yang aku pernah ucapkan sebelum ini....Saat kemarahan menguasai diri aku gagal mengawal setiap rasa....Aku melukainya lagi....Arghhh....Ya~Allah, bantulah aku menguatkan diri menghadapi segala-galanya kerna aku, dier percaya terlalu jauh lagi perjalanan kami...banyak lagi rintangan yang bakal kami harungi dan dengan adanya kekuatan, kepercayaan, keyakinan ditambah dengan kasih dan sayang...aku mohon aku minta agar kami sentiasa satu, bersama dalam segala hal suka mahu pun duka....Amin~

Hanya pada-Mu....

Sebuah petikan yang sentiasa berlegar di fikiran aku....

" Apa yang dipinta tidak semestinya apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. Dari hari ini adalah baja untuk hari esok "

Sunday, April 26, 2009

Selamat Ulang Tahun....

Yang tulus ikhlas Ingin sekali sekala dirinya dibalas Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang Kini kau bersayap, pergilah terbang Rentaslah langit cita cita mu Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang Janganlah engkau tak terbang pulang Ku nanti penuh kerinduan Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia Kerana setia yang mencipta bahagia


Saat impian menjadi harapan
Saat harapan disulami doa
Ku calitkan lagi luka dihatinya
Parut menjadi kenangan dihari kelahirannya
Kekesalan yang mengundang tidak dapat dinafikan
Kemaafan telah terlalu banyak diberi
Masihkah ada kemaafan untuk salah laku ini
Saat impian masih kabur
Emosi menjadi kusut
Kata kata tidak dihirau lagi
Kerana kepuasan fikiran menghantui diri
Lantas dia menghulur kepercayaan lagi
Memberi keyakinan lagi
Menambah kasih menambah sayang menambah cinta
Senyumannya menghapuskan segala luka, setiap duka, semua sengsara
Dan sekali lagi hati berjanji
Dia tidak aku sakiti lagi
Wahai ayahanda, wahai bonda...
Doa restu kalian sentiasa ku damba...
Ya Tuhanku, petunjukMu aku panjatkan kesyukuran...

Yeahhh...Go Red Giant Go....








Petikan dari Berita Harian Online/Sukan;




Selangor muncul juara Piala FA menerusi penentuan penalti 4-1 SELANGOR menggunakan pengalaman beraksi di pentas saingan besar untuk menuai satu lagi hasil besar apabila menjulang Piala FA buat kali kelima selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Apapun, anak didik K Devan jelas tidak memenangi mudah ketika lawan bergelar The Red Warriors itu - yang membuat penampilan pertama di final sejak 1970 - memberi saingan sengit sehingga ke minit terakhir permainan masa tambahan sebelum Merah Kuning dapat mengesahkan pingat kejuaraan.


Wednesday, April 22, 2009

Cinta...

Tiba2 ada 1 msg masuk...sepotong kata2 yang dikirim buleh direnungkan...

" Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu-sedan. Tetapi cinta menghidupkan
pengharapan, menguatkan hati dlm perjuangan, menempuh onak duri
dalam penghidupan..."

Saudaraku berbisik,

"Cinta itu hadir apabila wujud perasaan untuk memiliki antara satu sama lain.."

Sahabat Kerana Allah

Petikan dari koleksi seorang teman;

Apabila kau ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau mungkin akan menjauhinya
Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kau akan membencinya
Andai kau inginkan sahabat yang satu
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kau mungkin akan memfitnahnya
Andai kau inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya
Andai kau ingin bersahabat
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna
Tiada siapa yang sempurna
Tapi bersahabatlah kerana Allah

Tuesday, April 7, 2009

Wanna build a new life wif u...

Apakah kesakitan ini akan terus menemani
Bagi menikmati keindahan hari mendatang?

Sakit teramat sakit
Perlukah menahan sakit atau terus melalikan kesakitan ini?


I know I just need one more chance,To prove my love to you.And if you come back to me,I'll guarantee,That I'll never let you go

Can we go back to the daysOur love was strong.Can you tell me howA perfect love goes wrong.Can somebody tell me How to get things back,The way they used to be.Oh God, give me the reason,I'm down on bended knee

So many nights I dream of you.Holding my pillow tight I know,That I don't need to be alone.When I open up my eyes,To face reality,Every moment without you,It seems like eternity.I'm begging you, begging you come back to me

I'm sorry,Please forgive me for all the wrong I've done.Please come back home girl.I know you put all your trust in me,I'm sorry I let you down.Please forgive me

I'm gonna swallow my pride,Say I'm sorry,Stop pointing fingers, The blame is on me.I want a new life,And I want it with you.If you feel the same

Don't ever let it go.You gotta believe in the spirit of love,It will heal all things,Won't hurt any more.No I don't believe our love's terminal.I'm down on my knees,Begging you please,Come home

Wanna build a new life,Just you and me

Saturday, February 21, 2009

~Tonite~


Something special happenz tonite....


Syukur Alhamdulillah...

Sekian lama aku mencari "rasa" tu, akhirnya tanpa diduga ia menyerap ke dalam diri,jiwa aku malam ne...Aku bersalah pada dieR.

Aku ingin memulakan semua yang baru kerna "rasa" ini aku yang terlewat untuk menemuinya...mungkin aku pernah merasainya namun bila rasa itu dikhianati dieR sendiri teramat payah untuk aku ketemu semula....

Sebenarnya "rasa" ini aku taknak kongsi dengan sesiapa pun, cukuplah antara kami saja yang berpeluang menemui rasa ini tetapi perasaan teruja yang hadir melancarkan penulisan ini....

Tolonglah~ there`s something between us ~ Aku mohon biarlah berkekalan...iAllah~

Ya~Allah, terima kasih kerana tidak pernah menyisihkan aku dariMu biarpun diriku sebegini...terima kasih menemukan "rasa" yang telah lama aku cari itu....

Ingin aku hentikan jam dari terus berputar kerna bimbang hati ini akan berbelah bahagi semula...Tolonglah hati, berilah peluang kpd diri sdiri dan dieR...kita sama-sama punya kisah lampau yang mungkin boleh diterima dan sukar difahami tetapi demi membina sebuah kepercayaan dan keyakinan tolonglah kau tetap wahai hati....kerna saat ini aku sedar aku,dieR...kami perlu menerima dan terus menerima takdir ini dengan redha dan tenang hati...

Janji aku malam ne, andai dieR boleh melakukannya demi aku, tak salah andai aku juga mencuba untuk melakukannya demi dieR dan sebuah kebahagiaan yang ada di hadapan sana...izinkan kami melangkah bersama....

Malam ini malam yang cukup bermakna..inilah lagi petunjuk yang ingin Dia beri untuk aku sedar dan fahami kewujudan perjalanan hubungan ini....Terima kasih....


Oh TuhanTolonglah dirikuAku sungguh menginginkan diaTuk mencintaikuDan mendampingikuDi dalam hidupku ini
*Oh TuhanBukalah hatinyaUntuk melupakan kesalahankuYang tlah menjadi duriDi dalam hatinyaDan melukai hatinya
TolonglahDekap akuYang melukaimuAku inginEngkau tahuAku slalu cinta padamu
Aku tlah menyesalinyaSemua


Monday, February 16, 2009

~Aku & Sang Pencinta~

Duhai Sang Pencinta
Andai lahirnya engkau utk memiliki apa yang engkau cintai
Bertuahlah dirimu
Namun, sedarlah engkau
Dunia ini penuh berduri
Duhai Sang Pencinta
Pejamkan mata
Renung seketika
Ada rasa yang lebih berharga dari cintanya
Hargailah ia
Kerna itu lebih bermakna
Duhai Sang Pencita
Bukan memiliki tapi mencintai
Jauh di lubuk hati
Akan engkau rasai
Cinta di hati
Hanya hati mengerti..

(petikan dari http://arishardia.blogspot.com/)

Lama aku ingin mengerti isi tulisan ini. Aku rasa ini bukanlah kali pertama aku cuba untuk memahami kata-kata begini bagi menguatkan diri aku. Tenang, aku ingin merasai ketenangan dalam "rasa" ini...Ya, aku perlu sedar dan terus sedar. Jika ramai berpandangan aku hidup dalam dunia khayalan, biarlah kerana aku tahu apa realitinya kehidupan yang aku lalui sehingga kini....

Wednesday, January 21, 2009

Seri Satu Sama...aggagaga

Aha..ha.Inginku mulakan hujah
Berkenaan sebuah kisah
Keadilan dalam bercinta
Haruslah ada hak yang saksama
Tak perlulah kau buat tak tahu
Semuanya sudah dapat dihidu
Perlakuanmu dibelakang diriku
Engkau punya bekalan simpanan kekasih ketika berjauhan
Tercabar setiaku mula rasa tertekan
Kusangka ku satu-satunya
Sebaliknya ku diperdua
Sememangnyaku tak gemar main kayu tiga
Tetapi terbalas dendam ku
Kerana kau juga perlu tahu
Kupunya teman rahsia
Seri satu sama
Monogami adil andai berdua hala
Tetapi jangan ingatkan kau boleh berahsia
Denganku kau lafazkan janji setia
Dengannya kau akukan masih belum berpunya
Pernah tak kau dengarkan hukum karma
Semua geraklaku bisa ada balasannya
Jadi jangan salahkanku jika tersinggung
Bak kata orang Sendiri buat,sendiri tanggung
Dia dah lama menghampiriku
Cuma iman yang utuh dan kukuh
Tetapi bukannya semua orang begitu
Tarikannya bukan kerana cinta
Lebih kepada membuat kau terasa
Sekurang-kurangnya puas hatiku hahahaha…..
Kusangka ku satu-satunya
Sebaliknyaku diperdua
Sememangnya ku tak gemar main kayu tiga
Tetapi terbalas dendamku
Kerana kau juga perlu tahu
Kupunya teman rahsia
Seri satu sama
Bukannya aku tak cinta
Kurasa kau turut sama
Cuma mahu yang berbeza
Tempias sama di rasa
Jangan fikirkanku tak berperasaan
Berdesing telinga mendengar tertawa rakan
Mereka bilangku dah diperbodohkan cinta
Tapi dahku rancangkan setiap agenda
Apa kata kita selesaikan perselisihan ini
Sama ada kau mahu terus atau bersendiri
Jika kau tuduhku curang dan mahu berpisah
Kesal takkan menggangguku kerana dia menunggu

Bahagiakah ini?

Adikku, petikanmu bermain2 di fikiran ku...(arishardia.blogspot.com)

Biarlah kini aku sendiri. Merasa cinta dalam jiwa.. Sendiri.. Namun, diri tak pernah lali.. Kerna engkau adalah isi hidup ini. Biarpun di akhir aku akan sendiri. Memujuk sekeping hati. Merawat luka sendiri. Aku pasrah. Kerna aku bahagia menyintaimu.. Bukan hanya semalam dan hari ini.. Tapi selamanya.. Selamanya engkau di sini.. Di hati ini..

Dalam hubungan ini sukar aku bezakan antara cinta kasih dan sayang. Aku hanya boleh luahkan apa yang aku rasakan melalui hati dan apabila kata hati bersuara...Ya, benar aku menyayanginya, sentiasa merinduinya tetapi adakah ini cinta? Itu aku tidak dapat luahkan dengan jelas. Aku sendiri tidak pasti. Bukan, Bukan untuk menolak kata hati atau menafikan kebenaran cuma aku memang tidak jelas. Kesian kan?

Aku terus terang tidak menerimanya, kecacatan kebenaran yang jelas terhurai aku terang2 tidak dapat terima dan aku lebih keliru apabila aku tidak dapat pergi, aku tidak dapat lepaskan diri dari jerat yang mungkin aku cipta sendiri. Akhirnya aku menemui jalan buntu, kusut untuk mencari jalan keluar. Aku teringin pergi, permulaan memang susah untuk memulakannya cuma aku perlukan kekuatan, kekuatan untuk keluar dari kekusutan ini yang telah memakan diri.

Biarlah, Biarlah hati ini menanggung segalanya. Aku tidak ingin meneruskan lagi. Benar kata orang, andai dia milikku pasti dia akan kembali jua padaku namun aku tidak mahu menaruh apa2 harapan kerana aku tidak tahu apa sudah kisah ini. Aku terlalu terlalu dan terlalu menyayanginya. Tanpanya seakan kisah hidup aku tidak lengkap lagi. Ini bukan sekadar kata tetapi hati yang mencurahkan segalanya. Seperti petikan adikku,

" Biarlah kini aku sendiri. Merasa cinta dalam jiwa.. SENDIRI.. Namun, diri tak pernah lali.. Kerna engkau adalah isi hidup ini. Biarpun di akhir aku akan sendiri. Memujuk sekeping hati. Merawat luka sendiri. Aku pasrah. (disini jujurnya aku tidak pernah rasakan kebahagiaan itu sepanjang bersamanya namun keselesaan dan perasaan selamat sepanjang bersamanya membuatkan rasa sayang itu semakin dalam).. Bukan hanya semalam dan hari ini.. Tapi selamanya.. Selamanya engkau di sini.. Di hati ini..

Oleh kerana itu aku sendiri tidak dapat mencari jawapan atas persoalan ini...Maaf kerana dalam kekeliruan ini aku tidak dapat mengawalnya sendiri lantas menyukarkan lagi situasi semua yang berada disekeliling aku...terutamanya dier...Maaf!~

Aku & Dier...

"He loves to flirt wif girls" and i REALLY hate that kind of guy!

Kenali dier bagai menyalakan api untuk membakar diri sendiri.
Merapati dier bagai memarakkan lagi api untuk memusnahkan diri.
Bukan sekadar terbakar malah hangus ditelan bahang api apabila diri tersedar sayang yg lahir bukan setakat sayang tapi diri telah terperangkap dalam perasaan ini. Ikatan sayang telah menjadi kasih yg dalam apabila ianya berpaut dalam hati dan jiwa menjadi SATU.

Untitled! umpama sayang yang tiada maknanya. Berbaloi ke? Manusia bodoh yang tak mempunyai perasaan je sanggup menyusahkan diri dalam hubungan jenis begini. Nak jadi manusia BODOH ke? Sampai bila?
Mungkin sudah sampai masanya menghapuskan rasa BODOH yg bersarang dalam diri selama ni.

KASIH? SAYANG? CINTA? RINDU?
Sebenarnya apa yang lahir dari semua itu adalah satu ANUGERAH yang tidak ternilai yg dikurniakan dari DIA.
Terkilan kan apabila wujud manusia yang tidak pernah cuba untuk menghargai anugerah yang lahir dalam hati mereka sendiri. Dengan mudah mereka memperlekehkan anugerah yang sedia terhidang depan mereka.Mereka seumpama tidak pernah puas dengan apa yang dikurniakan pada mereka. Akukah tergolong dalam "mereka" itu.

Aku tidak percaya. Aku tidak percaya aku tidak berjaya lakukan.

Ada teman berbisik;
"Lakukan andaikata ianya adalah yang terbaik tetapi jgn sesekali biarkan perasaan dendam menguasai diri"

DENDAM?
Untuk apa dendam pada dier? Bukankah aku juga yang bersalah dalam situasi begini?
Dier menyakiti hati aku...TIDAK, sepatutnya aku sedar itu bukan niatnya. Dier hanya berlaku jujur, adil.
Ingin aku tersenyum seketika. Sinis sekali senyuman aku tika ini. Kadang2 aku terfikir dengan pemikiran aku begini seolah2 aku menyalahkan takdir.

Teman berbicara lagi;
"Jangan sesekali menyalahkan takdir dan terlalu mempersoalkan apa yang kenapa dengan setiap apa yang berlaku terhadap diri kita, terimalah dengan hati terbuka dan redha kerana sesungguhnya ia pasti ada rahmat. Tunggu dengan penuh kesabaran"

So long, **** you did me so wrong I don't wanna go on Living in this world with you besides me, just go and dont turn around...
Sangat benci! Itu perasaan aku sekarang.

Teman memberi pesan lagi;
Jangan kita ikutkan sangat perasaan benci itu.. itu semua hasutan syaitan yang direjam! Ia hanya membuatkan diri kita tidak tenang.

Aku cuba dan terus mencuba untuk menjauhi dier walau deep inside my heart knew that its not work out.

Seketika aku terpana pada sebuah kata,
Ya~Allah andai dia sememangnya tercipta untukku, jadikanlah dia milikku dan aku miliknya...
Ya~Allah andainya memang kau takdirkan hati kami menjadi satu aku memohon agar ianya berkekalan...
Ya~Allah andainya kasih sayang kami telah ditetapkan Kau satukanlah kami berdua dalam satu ikatan...
Ya~Allah andainya rindu kami mendapat keberkatan dariMu, kau tenangkanlah hati kami menempuhinya....
Ya~Allah andainya hubungan kami hubungan yang diberkati jauhilah kami dari sebarang kesukaran...
Pimpinlah kami Ya~Allah ke arah jalan yang Kau redhai...
Ya~Allah Kau limpahkan ketabahan dan kesabaran dalam hati kami menjalani ujian-2 yang akan kami tempuhi.....

Walau aku sedaya upaya menolak dari terus mengakui aku menerima kebaikan dan keburukannya, aku percaya semua ini adalah ketentuan dariNya~IAllah semoga semuanya berakhir dengan kebaikan dan ketenangan. Andai ini adalah jalan menuju kebahagiaan berilah aku kesabaran yang tgi Ya~Allah!~

Thursday, January 15, 2009

Rindu...

Rindu itu adalah Anugerah dari Aallah Insan yang berhati nurani Punyai rasa rindu Rindu pada kedamaian Rindu pada ketenangan Rindukan kesejahteraan Dan juga kebahagiaan Orang-orang yang bertaqwa Rindu akan kebenaran Kejujuran dan keikhlasan Keredhaan Tuhannya Orang mukmin merindukan Anak-anak yang soleh Isteri-isteri solehah Keluarga bahagia Para pencinta kebenaran Rindukan suasana Masyarakat yang terjalin Aman dan sejahtera Merindukan tertegaknya Kalimah Allah di muka bumi Dan dalam merindukannya Keampunan Tuhannya Dan seluruh umat itu Merindukan cahaya Yang menyinari kehidupan Rindu pada Tuhan

Aku dalam Kekusutan~

Sedang aku meredahi kekusutan yang sejak semalam tak reda2, ada seorang teman melambaikan kata;

"x bermaksud apa2,saje nak suh dgr lagu Kisah ttg aku kau dan dia (Kangen Band) :)"

Lantas hati aku terdetik untuk memahami lirik lagu tersebut, netau bule menenangkan sedikit kekusutan yang bersarang di fikiran....

selayaknya engkau tahu betapa ku mencintaimu kau tenangkanku dari mimpi burukku
selayaknya kau mengerti betapa engkau ku kagumi kau telah tinggal di dalam palung hati
betapa hancur hatiku melihat engkau bersamanya namun ku mencoba tuk tegar menghadapinya
jangan kau menangis lagi tak sanggup aku melihatnya sekarang kau pilih diriku atau dirinya
kau tuliskan cerita tentang engkau dan dia yg membuat hatiku semakin terluka sudah usai sudah cerita engkau dan aku ku anggap sebagai bingkisan kalbu
ku tulis cerita tentang aku dan dia sehingga membuatmu terluka sudah usai sudah, jangan menangis lagiku rasa sampailah di sini...


aku takda nak kumen pape pasal lirik ne, memang agak terkena dengan kehidupan yang PERNAH aku lalui, mungkin dah berlalu atau mungkin akan terjadi lagi untuk kali yang keberapa, aku sendiri tidak pasti sampai bila...

Syukur aku dikurniakan seorang teman yang sentiasa memberi pesan mengingatkan;

"Tuhankan ada, biarlah dia dengan urusan dia, kita dengan urusan kita...kalau kita layan sangat kita penat. Sampai bile kita nak penat? Jadi kita kena selalu ingat Tuhan ada. DIA yang menentukan segalanya"

Sebenarnya kejujuran dia terhadap perkara ini aku berterima kasih. Sekurang-kurangnya aku kenal siapa dia. Bila keputusan ada ditangan aku, aku sendiri yang tidak dapat memutuskannya. Bukan sekadar tidak pasti terhadap keadaan tetapi kekusutan aku lebih dari itu apabila aku memikirkan apa yang sudah di akuinya pada aku. Entah bagaimana harus aku membuat keputusan yang tepat. Aku sangat bermohon agar aku diberi petunjuk lagi untuk menyedarkan aku siapa aku, siapa dia, siapa kami dan apa sebenarnya yang perlu aku, dia, kami lakukan untuk keluar dari kekusutan ini.

Kata teman lagi;

Kalau betul kasih sayang sudah bertakhta di hati, kepercayaan sangat penting untuk diberikan sepenuhnya namun aku tidak dapat memberikan kepercayaan itu sepenuhnya. Tembok hati aku sangat utuh untuk melenturkan agar kepercayaan pada setiap katanya, dirinya. Aku yang bersalah kata teman itu.

Kata teman lagi;

Andai kepercayaan langsung tidak ada bagaimana harus hubungan itu diteruskan lagi walau hubungan itu tidak ada nama...Aku perlu melepaskannya....

Aku? Untuk melepaskannya aku terasa perit, sakit...sukar untuk melakukannya. Untuk melafazkannya sudah cukup menghiris perasaan aku sehingga tidak ada ubat lukanya apatah lagi untuk menyempurnakannya...
Adakah aku kena belajar menerima dia? segala kebaikan dan "kelemahan" dia? Apa yang aku sendiri sedar, aku belum mampu....aku belum mampu...aku tidak cukup kuat menerima "kelemahan" dia...

"Kelemahan" yang dia akui sangat meluluhkan jiwa aku...diri aku sangat terluka. Itu bukan yang aku impikan. BUKAN! Sakitnya hati untuk menerima kenyataan ini yea...Bertuah sungguh yang pertama "menerimanya".
Ya!Allah bantulah aku menjalani ujianMu ini...semoga aku mendapat ketenangan untuk menerima ujianMu ini.

Wednesday, January 14, 2009

Aku dan Sabar~

Sabar ; aku perlu sabar, aku perlu terus bersabar menghadapi ujian ini. ada sebabnya aku perlu menjalani ujian ini. sebelum ini aku berjaya melakukannya kenapa tidak sekarang?
Related Posts with Thumbnails