Friday, March 11, 2011

bengang x bengang, geram x geram. PELIK

Korang ada kawan x?
Mustahillah xde kan. MESTI ADE!
Heee~

Dulukan mase zaman2 skola, aku xingatlah puncanyer
pasal ape, tapi aku ade perasaan nk tarik diri.
Aku "ikot" cam gini....
Ati aku mudah tersentuh dengan percakapan korang,
aku yang bersalah sbb terlalu lemah,
jadinyer aku kene bawak diri aku sendiri.
Maksudnyer kan,bukanlah bermusuh atau ape tapi
tidak mau terlalu rapat kerna menyakitkan.

Nampak mcm menda remeh,tapi sangat menyentuh hati.
Menjatohkan semangat diri.
Dan aku xkan membiarkan sume ne terjadi lebih baek
aku mendiamkan diri, merenggangkan hubungan ini.
Bukan membenci tetapi menjauhi.

Mungkin ape yang aku ceritakan ini tidak seorang
pung yang memahami.

Nk tanyekan kalau kenelah kat diri korang sendiri
adakah korang akan rase gembira?suke?bangga?atau sebaliknyer.

1. Kau ni apsal x kawen2?
- wahai manusia, kite ke yang menentukannya? bukankah itu ketentuan yang
ditakdirkan oleh Yang Maha Esa kepada kite? keadaan yang begini
adakah dalam kawalan kite?
- cubelah kan,org yang mempersoalkan tu mengalami situasi begitu,
apakah org itu akan rasa?
-kalu aku ditempat orang itu,aku akan berkecil hati. kalu sekali dua
x ape, tapi mcmner kalu berkali2? emmmm dan kalu dikotkan
ati "setan" aku, aku berharap yang mana mungkin kakak org itu,
adik org itu, sedare mare org itu, ataupung anak2 org itu kelak
mengalami keadaan begini. Aku teringin benar mendengar
jawapan dari org itu apabila disoalkan sebegini? emmmm

2. Baju kau ni burok2 lah...
-kalu aku kene cam gini aku jwb; BAJU KAU CANTIK SGT KE?PADAHAL
AKU TGK SUME KALER ORG2 TUA. tapi aku bukan jenis yang suke
tegor fizikal or pape pasal seseorang tu. SEBAB AKU TAUW AKU X SEMPURNA!

3. Kau ni itamlah kan...ahahahhahaah
- xsedarkah kita yang siapa yang berikan sume tu kat kite.
Kau lawa sangat ke? Kulit kering kusam,tumit kaki menggelupas
mengalahkan nenek sedara aku! haktuiiii~
Jahanamkan kalau aku jawab balik mcmne!

4. Penah x ade kawan2 yang cakap cam gini "ouh aku xpkai barang2 murah,aku 
pakai yang mahal2 je". Penah x?
Aku ade kawan cam gini. Dalam ati aku jwb, ek elleh,aku tgk ko pakai brg mahal ke
branded ke tp kulit ko gelap jugak,kusam jugak,bertompok2 mcm panau jugak.
Haaaaa kang aku ckp balik, ape ko rase plakkkk?????! kelakauuu kan?

Sebenarnye byk lagik aku nk kasi contoh. Tapi takot berpanjangan lela plak entry ne.
Gagaggagag.
Jadinye disini SEBELUM KITE NAK KOMEN ORG,NK CERCA ORG,
KITE CERMIN DIRI KITE SENDIRI.ADAKAH DIRI KITE NI CUKUP
SEMPURNAAAAA? DAN SEANDAINYA KITA YANG MENGALAMI
SITUASI INI,BOLEH KE KITE MENERIMANYA DENGAN GEMBIRA
ATAU TERASA KAH HATI KITA?BAGAIMANA KALU KAWAN KITA TU
CAKAP CAMTU BALIK KAT KITE? whut do u feelll auuwww?!

Tutorial shawl

uiii kat blog miss neh, BECAUSE SHE IS NURULBADIAH ada tutorial cara pakai shawl la.
cung jek aku nenguk nyer..
heeee~ jum usha~

Thursday, March 10, 2011

edit pages

bagoss ajaran ini.
jom try wat.

Trima Kaseh Bro!

Yarobbi, sangat kerja kuat bermula saat neh. Dan seriusss SANGAT PENAT woooaaa.
Angkat beg plastik yang sarat isi kandungannya. Tapi apakan daya,selagi terdaya akan kuturutkan...
Tak payah ler nk nyusahkan org. Huuu~

Ya Allah. Allah tu kan maha besar...muncul sorang bro ne offer diri nak tolong aku angkat beg plastik tuh.
MALU plak tetibe SEBAB kan dia nampak aku seret jek beg plastik kat tengah2 shopping complex tuh.
Gagagaggagagaga. Sia malu laaa bang oiiii....tapi nak wat camner, fokus utama kat tempat parking kete jek.
Ggagagagagaggag.
Langsung x terdetik kat hati yang bro ne nak samun ke haper, trus SYUKUR dalam ati sebab bro
tuh sudi menghulurkan bantuan. "Perempuan ne kan insan yang lemah...." aicewah, ayat bro ne....huuuu~

Apepung kepada BRO tu....sia ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH!
Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Semoga segala urusan bro dipermudahkan oleh-Nya....

TERIMA KASIH!

Wednesday, March 9, 2011

Apa Itu CUKAI TANAH?

Bacer neh kalu rase kamoo RAKYAT yang bertanggungjawab!
Jangan bile da ade tunggakan dalam bil baru nak marah2,maki hamun,bagi mcm2 alasan.
KALAU DUK OBERSEA PUNG SEBELUM NEH,MST KENE TAUW
CUKAI TANAH DIWAJIBKAN BAYAR. BUKAN KE ADA SEDARA MARE
KAT MESIA NE LAGI JADI MINX TLG DORANG BAYARKAN.
MUSTAHIL LAH SEMUA SEDARE MARE PUNG PINDAH DUK OBERSEA.

Kalau DATIN ke, DATO` ke, TAN SRI ke, DATO` SRI ke sume diWAJIBkan
MEMBAYAR CUKAI TANAH yea!!!

Apa itu Cukai Tanah? 

Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai;

a. apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewa 
b. apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan 
c. apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah? 


Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.
"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."
Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah? 

Sekali Setahun
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun 
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah? 

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah. 

Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah? 

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS 


Peringatan
1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.
2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

***Bule rujuk SINI

Tuesday, March 8, 2011

Ouh New York KUNUN!

Haish. Sebuk sgt nak wat makeover kan...hambekk ko~!gagagag
Aku suker la mekap smokey2 neh tapi sbb kene ikot contest neh "natural make-up",
jadinyer ikotkan ajer la..

Dulu xsuker la mekap2 neh, nyusahkan jerk.
Aku ne maleh nak g cuci2, pastu baru bule tido kan...xkoser lgsg.
Cuci ngan air beser sudey...heee~ PEMALAS!

Tapi skrg ne...amboiii suker plak test mekap neh,test mekap tuh.
Nak plak tgk muker kalu mekap camner.
Ramai mber2 kolej dulu ckp, "jgn mekap, aku lebih suker tgk muka ko beser"...hahahah
Mase tu xphm la kenape dorang kasi komen camtu...
Tapi bile aku tgk balik pung, aku lebey suker muke aku tanpa mekap. Lexxx lexx jek...
Heee~
Ape pung muke aku da kuar da kat cni. gagagaga.

Ape punye slogan ler aku letak neh...gagagaga. PrettyPowerful is colouring my confident.
Hugahugahuga~
Jadi kawan2 yg nak tlg aku dapat g New York, tlglah UNDI eh...aggagaaga.

Thursday, March 3, 2011

Peringatan Untuk Diri Sendiri !!!

INGAT !!!

Allah SWT tidak pernah menimpakan suatu ujian,dugaan mahupun cabaran diluar batas kemampuan hamba ciptaanNYA.Allah menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari Allah dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNya. amin

Monday, February 21, 2011

Sayer Sukerrr Semua TIPS ini!!!

Tips SATU

BUAH TOMATO BERFUNGSI MEMBERSIHKAN KULIT.

Ambil sebiji tomato masak & kisar halus.
Lumurkan pada muka kira-kira 20minit.
Bersihkan muka dengan air suam.
Amalkan selalu.

Tips DUA

Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air & tepung ubi,
Kacau sehingga sebati.
Pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
Pupurkan pada muka & biar 15minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Tips TIGA

Untuk menegangkan kulit muka,
Ambil sedikit tepung ubi kayu & timun ttp sebelum itu timun hendaklah
dihancur lumat.
Campurkan kedua-dua bahan dengan sedikit air.
Jangan terlalu cair.
Sapukan ke muka & biar ia kering.
Basuh dengan air bersih.

Tips EMPAT

MENGHILANGKAN JERAWAT.

Campor sedikit asam jawa dengan bedak sejuk.
Atau tumbok sedikit kulit kayu manis & campur bersama bedak sejuk.
Lumurkan pada muka.

Tips LIMA

ELAKKAN KEDOT.

Sebatang lobak merah & kemudian parutkan lobak.
Campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung & sebiji kuning telor.
Kacau sehingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

Tips ENAM

MELICINKAN KULIT.

Parut tomato & epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada
wajah & leher.
Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parot.
Biar selama 20minit & cuci dengan air suam.

Tips TUJUH

UNTUK MENDAPATKAN KULIT MUKA GEBU & LICIN.

Ambil segelas susu segar, sapu pada muka & gosok hingga rata, melekit & kering.
Cuci dengan air suam & lakukan 2 kali seminggu.

(Artikel dari suratkhabar)

Friday, February 18, 2011

Saya X Suker Awak Marah!

Aku tatau la si Dilla dapat mane ayat neh.
Kununnyer tahun 82 bace. agagagga.
Ape kaitannyer? Haaaa....."sepa makan cili dia la terasa pedasnyer"....hugahuga~
Ayat aper tuh?

|
|
|
|
|

" Saya tau saya ter`over`.
Saya tau saya yang salah.
Tapi saya terlampau EGO untuk meminta maaf.
Mungkin kerana AWAK yang terlebih memanjakan saya.
Atau mungkin kerana situasi yang mencengkam.
Saya kesian dengan awak.
Saya sedih dengan apa yang saya buat.
Saya x faham kenapa saya mesti terlebih garang dengan AWAK.
Saya tau, AWAK tahu yang saya SAYANG AWAK.
Saya bukan sengaja nak layan AWAK macam ni.
Saya bukan nak kurang ajar, tapi saya tak boleh nak kawal diri saya.
Ada masa saya ok, ada masa saya over.

Saya suka AWAK yang memanjakan saya.
Saya suka AWAK yang melayan saya.
Saya suka AWAK yang mengikut kemahuan saya.
Tapi AWAK bukan bodoh nak mengikut jer.
AWAK pun ade gak bende yang AWAK xsuker.

Tapi saya tak suka AWAK marah!
Sebab saya akan lebih memberontak dan AWAK yang akan tanggung akibatnyer.
Saya benci diri saya sebab layan AWAK macam ni.
Saya benci keadaan yang buat KITA macam ni!
Sebab saya nak kita selalu BAHAGIA..."


Bercerita Tentang Jodoh

Sangat touching bile bace artikel neh...
Jom share utk renungan bersama.
Jodoh seperti rezeki, ia telah  ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.  Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki  yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak  rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik  kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah  pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak  kewajiban untuk mentadbir.
"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya?  Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada  ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya  saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan  kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam  seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama  sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
"Habis mengapa putus?"
"Kami putus kerana dia ada jalan  tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia  selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10  tahun bercinta."
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik!  Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu  iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Isteri Amanah
"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana  dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih  kepada maksud asal pertanyaan.
"Setelah putus, abang terus pinta guru  agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa  diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan  asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut  perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal  isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa  melihat wajahnya."
Saya terkesima sebentar dan dengan  pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat  perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat  wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang  juga."
Sekali lagi dia senyum. Matanya  bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia  memang bercakap dari hatinya.
"Amat jauh bezanya antara membandingkan  wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang  telah kita nikahi..."
Pendek dia menjawabnya, namun terus  menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang  wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh  Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan  akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang  ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada  kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya,  siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."
Cantik Itu Relatif dan Subjektif
"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba  wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya,  er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita  bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman  kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya,  kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya,  akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
"Semua yang datang daripada Allah ada  kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita  berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan  khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak  mendapat yang baik, bukan begitu?"
"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder,  bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah  ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik  itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.
"Maksud abang?"
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
"Kecantikan seorang wanita tidak sama  tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi  dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada  kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."
Ketika saya ingin menyampuk, dia  menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan  sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah  dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan  nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami  hati suami."
"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat  betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya,  "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."
Wasilah Memilih Jodoh
"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan  berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar  biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah  pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah.  Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan  sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak  akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin  akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah,  orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang  fatamorgana!"
'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara.  Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh  yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan  memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."
Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah  kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh  sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun  mereka orang yang baik-baik."
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak  menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar  menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan  serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik,  insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan  orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari  orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh  orang yang baik!"
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap  menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang  wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang  dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
"Kita boleh melihat persoalan ini dari  dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak  pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang  yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah  berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah  sebaliknya?"
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
Jodoh Urusan Allah
"Dan mungkin juga anak itu orang baik  tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik  sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak  menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan  orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan  ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi  urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan  penjelasan muktamad.
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan  'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang  dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah  yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh  ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan  Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang  yang baik!
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat  sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang  wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma  sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan  hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah  yang bersuamikan Firaun laknatullah."
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi  mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke  tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
"Jika takdirnya pahit untuk kita,  terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang  baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi  jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri  bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat  syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi  Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik  tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba.  Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di  sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah  aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan  makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan  siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah  denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang  baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya,  penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

Wednesday, February 2, 2011

Bengkel Penulisan Novel (grup buku KARANGKRAF)

TARIKH : 19hb FEBRUARI 2011
HARI : Sabtu
LOKASI : Bilik Akademi Karangkraf
                 Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
                 Off Persiaran Selangor,
                 40200 Shah Alam,
                 Selangor Darul Ehsan

BAYARAN : RM 100 seorang
- termasuk Sijil Penyertaan & Cenderahati
- Minum pagi, tengah hari, petang disediakan
- Terhad kepada 25 penyertaan terawal
- Bukti pembayaran sila fax ke 03 - 5510 6637
Melalui MO/CEK/PO kepada;
GRUP BUKU KARANGKRAF SDN BHD
Tarikh tutup : 7hb Februari 2011

* Bengkel ini hanya utk PENULIS-PENULIS BARU sahaja *
Hubungi : FARAH (farahani@bukuprima.com.my)             
               ANIS ( norhawanis@karangkraf.com.my)
              
               SURAYA (norsuraya@bukuprima.com.my)

PENCERAMAH : Encik Mohd Ali Bin Mohd Noor

Editor novel-novel meletup di pasaran;
Ombak Rindu - Fauziah Ashari
Bicara Hati - Damya Hanna
Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur DhuhaPuan Sri Diah

(Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf)
Penulis Novel;Suite 1908, KL Di mana Suamiku, Dendam Masrini, Mahligai Cinta & banyak lagi.

Thursday, December 23, 2010

yg engkau cintai

" wanita, jgn dambakan dirimu pada dia yg engkau cintai,
sebaliknya berilah ruang pada dia yang menyintai " ~Aseng Zahrin

Tuesday, December 21, 2010

photoshoot : Secret Of Beauty


Tinggal 1 sesi photoshoot lg dengan Ikah.
Dan aku tersanggatttttlah penat otakku wat mase ne utk siapkan.
Lepas siap sesi ne, ade len yg banyak menanti. Heee~
Tapi kalu da MINAT, aku tetap usahakan. Huuu~
Dan untuk "Secret Of Beauty"...nantikan updates seterusnya di BILA LENSA KU BERGERAK

kite sayang awak, awak sayang kite ke?

Persoalan nyer :

bukankah setiap pasangan sentiasa ade ketika saat susa ataupung senang.tetapi mmg lazimnyer ke ade seblah pihak yg akan memendam sehingga timbul rase benci & dendam? itukah erti sebenar ungkapan "sayang" ataupung itulah yg dinamakan sebuah pengorbanan dlm kasih sayang? 

  

Huraian nyer oleh Aseng Zahrin


Andai bhagia mencintainya adalh airmata,biarkn dihiris hatimu sampai luka..andai sakit mencintainya bagai luka disimbah cuka dan engkau tak rela,berlalulah..kerna itu adalah pengorbanan..dan sayang bukanlah jaminan sebuah kebahagi...aan..~

Monday, December 20, 2010

AIR MIZAM

Aku dpt emel "Manfaat dari Air Zam-Zam, Penawar Kencing Manis".
Tertarik plak aku. Bagi sesiapa yg berminat bule KLIK KAT SINI


 Apa kisah nye? Jom bace...

Air Zam Zam mengandungi 92 'NATURAL' Elemen Mineral dan
terlebih ketahui umum akan khasiatnya.Kemahsyuran Mukjizat
Air Zam Zam ini telah tersebar kesuluruh dunia, bahkan negara
barat pun telah melakukan ujian makmal dan menemukan kekayaan
zat zat yang memang diperlukan bagi tubuh manusia.

Subhanallah, hasil ujian makmal menunjukkan bahawa kadar
magnesium dan kalsium air zam zam sangat besar.

Mizam World Resources sebuah syarikat yang ditubuhkan pada
Mei 2010 beroperasi di Marang, Terengganu telah mengeluarkan
satu produk yang diberi nama Mizam. Satu produk yang unik yang
mana hasil sumbernya merupakan Kombinasi Khazanah Alam Ciptaan
Ilahi yang telah wujud beribu tahun dahulu untuk manfaat
kita bersama.
Air Mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral
Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat
diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Selain dari kencing manis, Air Mizam juga digunakan untuk
pengidap penyakit darah tinggi, sakit buah pinggang, barah,
tiroid, kanser payudara, buasir, gastrik, senggugut,
sakit jantung, paru-paru, hepatitis B, kelamin lemah,
keputihan, sembelit, ulser, gout, katarak mata, sakit kulit
(psoriasis), kulit sensitif, migrain, strok, kebas anggota,
sawan, asma, sakit otot, jerawat, gangguan makhluk halus
dan pelbagai lagi.

Jika anda atau ibu dan bapa anda mengalami penyakit kencing
manis atau mana-mana penyakit diatas, jangan biarkan ia
berlarutan. Sila dapatkan produk Air Mizam ini dengan
segera di http://www.mizam.my

Dengan mengamalkan Air Mizam dengan penuh istiqomahdan
disertakan dengan beberapa amalan dan petua dari ayat-ayat
Al-Quran, insyaallah mudah-mudahan Allah mempercepatkan
penyembuhan penyakit yang dihidapi kerana sesungguhnya Allah
jualah yang maha penyembuh dan meyembuhkan segala penyakit.

Dapatkan MIZAM secara online di:
http://www.mizam.my

 
Related Posts with Thumbnails