Wednesday, December 7, 2011

Bentuk perkahwinan kejam!

Pertama;
Perkahwinan spt yg berlaku pd zaman iaitu seorang lelaki meminang seorang anak perempuan orang laen yang halal dinikahinya atau seorang perempuan yg dibawah jagaan orang laen menjadi walinya. Jika pihak yang dipinang itu menerima pinangan, maka berlangsunglah perkahwinan

Kedua;
Bhw suami berkata kpd isterinya setelah dia suci daripada haid. "Pergilah engkau meniduri si polan bin si polan itu dan ambillah benih keturunannya". Suami tersebut tidak akan menyetubuhi isterinya. Ini berlangsung sehinggalah didapati isteri sudah mengandung hasil daripada perhubungan intim dengan lelaki yang disuruh ambil keturunannya. Setelah nyata isterinya telah benar2 mengandung, barulah suami tersebut menyetubuhinya jika dia mahu. Dia menyuruh isterinya berbuat demikian krn mahukan seorang anak yg pintar. Perkahwinan jenis ini dinamakan kahwin mencari anak pintar.

Ketiga;
Sekumpulan lelaki yg tdak sampai sepuluh orang berpakat untuk menyetubuhi perempuan tertentu. Semua mereka akan melakukan persetubuhan itu(mengikut giliran masing-masing). Jika perempuan tersebut mengandung dan melahirkan anak, maka dia akan menjemput setiap orang yang terlibat dalam pakatan menyetubuhinya. Dalam hal ini, tiada seorang pung yang dapat mengelak dan melepaskan diri.
Setelah ahli-ahli pakatan itu berkumpol, maka perempuan itupun berkata; "Wahai lelaki sekalian, kamu semua tentunya telah maklum tentang apa yang kalian lakukan. Nah! Ini dia. Aku telah melahirkan anak kalian. Ini anakmu wahai si polan.... beri namalah anakmu ini sesuka hatimu". Lalu diserahkannya anak itu kepada lelaki yang dipilihnya.

Keempat;
Orang ramai berkumpol untuk menyetubuhi seorang perempuan secara bergilir2(tanpa apa-apa pakatan). Perempuan itu tidak mempunyai hak utk menolak sesiapa sahaja yang ingin menyetubuhinya. Perempuan itu akan meletakkan secebis kain sebagai tanda di muka pintu rumah jika ada seseorang yg sedang menyetubuhinya(siapa sahaja boleh menyetubuhinya). Jika perempuan lacur itu mengandung dan melahirkan anak, kumpulan lelaki tadi akan berkumpul dan membuat pakatan serta persetujuan sesama mereka tentang siapakah yang patot menjadi bapa kepada anak itu. Lelaki yang dipilih tidak boleh menolak keputusan ramai dan mesti sanggup menerima tanggungjawab sbg ayah kepada anak tersebut~Hadis sahih riwayat al-Bukhari, Bab Nikah



*** Terukkan bentuk perkahwinan zaman jahiliah dalam msykt Arab? Teruk!
Tapi cube renungkan, walaupun teruk, keji..tp masih terdapat unsur kemasyarakatan, kerjasama dan tanggungjawab, berbanding kehancuran serta kerosakan pada zaman ini. Gejala seks berlaku dengan bebas sekali. Gadis2 yang menjadi mangsa dibiarkan tersisih...Nauzubillahminzalik~

Tuesday, December 6, 2011

Erti "Jatuh Cinta pada seseorang"

Bercinta?
Mcm manis di pendengaran,indah di pandangan.
Tapi benarkah?

Aku bukan pakar dalam soal cinta.
Tapi aku hanya manusia biasa yang pernah jatuh cinta.
Punya rasa mencintai & ingin dicintai.

Tetapi cinta bukan sekadar cinta.
Cinta ada isinya, ada pemahamannya.

Kamoo sudah bersedia mengenali cinta?
Kamoo sudah mampu mengendali cinta?
Kamoo buleh bertahan dengan ujian, dugaan cinta?

Yang aku tauw, mohon agar selalu dekat dengan Allah SWT,
janganlah kita dijauhkan dari-NYA.
InsyaAllah kita akan menemui CINTA dariNYA.
Percayalah wahai saudaraku, kawan2ku, adik2ku, anak-anak buahku...

Aku bukan alim ulama,
Jauh sekali untuk bersikap "poyo" dalam menasihati...
Tapi percayalah...
Hampirkan diri denganNya, kamoo akan lebih mengenali CINTA.
Mungkin cinta yang hakiki...siapa tahu?

Dan disini, aku ingin kongsikan bersama petikan yang aku baca...

*****************************************************

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan
perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan krn Allah telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian.
Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah sebaliknya.

Maka, tarikan ini adalah fitrah di mana Allah telah menyediakan
jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara
sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara
lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah "Ketetapan Allah dengan
hikmahNya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari
yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya.
Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya."

Inilah ketetapan Allah kepada semua makhlukNya.

Allah berfirman;
DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu & daripadanya.
DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya...
-surah al-A`raf:189

"petikan daripada Ustaz Emran Ahmad"

Recycle ajerk

Bila pegi kedai yg jual barang2 perkahwinan, haish...geram kan.
Rase sume kite nk beli, adeiii sume menarik.
Rambang mata uhhh!

Bajet kiter camner?
Kalau mmg terlebey2 bule la borong sakan beli perkakas2 tu.
Kalu x camner?
Heeee~ Sia gune barang2 yg bule digunepakai smula.

Contoh mcm kotak kasut, pastu balot aaa gune kaen satin.
Alaaa da cantek da...yang penting luaran da nampak besh.
Kan?
Tapi bile pihak seblah sana bukak, tu jek laa kantoi...aggagaga
Tapi ade sia kesah? Heeee~

Contoh 1: Nampak tak bulat tu yg disaluti kaen pink tu? Sebenarnya tu raga yang sia dapat gift kueh raya. Elok & cantek lagik tp nak ikot tema pink tu yg sia balotkan raga tu. Heeeee~ Jimat....



Contoh 2:  Kotak bawah tu sebenarnya kotak bekas A4. Nak bagi nampak penoh dlm kotak A4 tu sia lipat2kan tuala mandi yg mmg ade dlm senarai barang hantaran. Heeee~



Contoh 3: Heee...kotak yang ada riben2 tu mmg kotak handphone. Waranty card pung elok jek dalam tu, cume sia balotkan dengan kaen silver...Heeee~


Sia cume beli skit2 jek bunga/daun/riben dll...banyak yg sia gunepakai ajerk. Jimat, xpyh penin pala kuar duet. heeee~

Friday, December 2, 2011

Hantaran buatan sendiri?

"Hantaran buat sendiri?"
"Pandai ke ko buat sendiri?"
"Nampak elok ke nanti?"

Sume tu antara soalan-soalan yang sia ditanyekan bila
sia bgtauw nak wat hantaran sume sendiri...
Kat sini yang sia rasekan...MASA memaenkan peranan
yang sangat penting!

Bagi pengalaman sia masa wat hantaran ne,
sekali da wat, da sentuh, usik, tetibe ide datang menderu2.
Biarlah ape orang kate...xcantekla, nampak murah la, terlalu
serabotla...bagi sia, kepuasan! kepuasan siapkan sendiri.
Sia yang nak bertunang, majlis sia, kalu bule biarlah sia
cuba siapkan dengan ide sia sendiri, hasil sentuhan sia sendiri.
Cantek ke burok ke...iya! itulah hasil sia! Heee~
Penat tp puas! Cubelah kalu xpercaya...

Bagi yg banyak komplem, kalu komen membaguskan lagi
xper, ini alahaiiii ketara sangat "banyak ckp" jek lebey...
1 Soalan jek sia nak bg....ko bagus sangat ke?
Soalan seterusnya banyak jugak. Antaranya....
Heeee... masa ko kawen ko wat sendiri ke? heeee~
Maaf atas keterlanjuran kata-kata....huuuuu~

Berbalik pada kisah hantaran tadi....
Pasal kos? sia rase ikot citarasa masing-2.
Kalu nak simple, simple la kosnyer...
Kalu nak mahal, mahalla kosnyer...Heeeee~

Hasil sia xla secantek & sebagus mana pung tp
cukupla sekadar "sia buat hantaran sia sendiri...sia usahekan sendiri"...
Heeee~






Thursday, December 1, 2011

Ujian tika bergelar tunangan

Disingkat citer, lagik sebulan Majlis Pertunangan...aduiii banyaknye ujian,
dugaan. Dulu, sia hanya dengar citer2 ataupung pengalaman dari kawan2,
saudara mara yang telahpung mengalami.

Bila sia berada di situasi ini, dalam ati berkata..."Ouh inilah yang dikatakan
ujian bertunang. Kalaulah terus kawen kan senang..." Heeee~
Tapi sia akui, nak elak mcmmana pung inikan ujian...mana bule lari atau
elak memana...yea x? Heee~

Apapung terima kaseh pada soami yang saat itu sangat sabar atinyer...heee~
Syukur Majlis Pertunangan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.





Cume saat itu sia sangat2 risaukan kesihatan Ayah yang tidak berapa baek.
Hanya doa yang tidak putus2 agar Ayah diberi kesihatan yang baek.
Alhamdulillah, Ayah beransur pulih dari kecederaan di kakinya malah
Ayah bertungkus lumus menyiapkan mini pelamin...
TERIMA KASEH Ayah!


Terima Kaseh Ayah atas pelamin ini...heeee~

Friday, November 25, 2011

Pintaku padaMu Ya Allah~

" Ya Allah...seandainya telah KAU catatkan dia menjadi milikku,
tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkan kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi.
Ya Allah yang maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari
kehidupan yang sejahtera, sebagaimana yang KAU kehendaki..

Ya Allah...KAU kurniakanlah kesihatan yang baek kpd ibu bapaku,suamiku,
dan keluargaku. Aku meminta padaMU Ya Allah, KAU hindarilah kami
dari penyakit yang merbahaya & perkara-perkara yang tidak diingini...
Amin Yarobbal Alamin~

Thursday, November 24, 2011

Hantaran bertunang

Sebenarnya kami (bakal tunang-mase tu la kan & ayah,umi) nak skip la
majlis pertunangan ne. Xmau wat. Bukan sebab takot dengan dugaan & ujian
mase bertunang tapi faktor utamanya nak jimat belanja. Heeeee~
Tapi keluarga seblah lelaki minx majlis pertunangan diadakan. Makcik2
sia apatah lagi suker la, sbb dorang mmg nak sia & bakal soami bertunang duluan.

Jadinyer tarikh 14hb Mei 2011 dipilih. Wow~ teruja x? sbb harinya jatuh kebetulan
sama dengan tarikh harilahir sia. Bukan dalam perancangan pung nk wat tarikh
yang sama tapi memang kebetulan. Sia xkesa pung...ikotla kan...

Sia ingat lagik, sebulan sebelum majlis, sia da siapkan hantaran.
Perjanjian hantaran ialah 5 dulang berbalas 7 dulang.
Macam banyak tapi bila da ada barang2 nyer mcm sket plak hantarannyer.

Hantaran bule jadi masalah ke x?
Jawapan sia dalam majlis sia ne...em ADA! sket la...
Isunyer isu sensitif sesama manusia. Yeake? atau budaya msykt melayu?
Xpaham...
Yg sia tauw, xpasal2 sia dan bakal soami berbalah skit pasal hal ne,
padahalnyer bukan masalah kami pung...emmmmm...

Ah lupakan cite xbesh...
Sia kongsikan sket barang2 hantaran masa majlis.
Taraaaaaa~

Tema pihak perempuan : Warna pink terang
Tema pihak lelaki : Biru lembot















Wednesday, November 23, 2011

Debaran Pertunangan

Memang 1 tempoh yang agak lama utk bercerite mengenai
Majlis Pertunangan sia pada 14hb Mei 2011.
Bukan xmau berkongsi cume risau...takot dihebah2 tp tempoh
pertunangan walau dalam masa 7bulan jadi yang tidak diingini.
Jadi perlu diam & wat bese.
Maaf kpd yang menganggap sia ingin merahsiakan ataupung
menyorokkan perkhabaran yang bagus ini.
Bukan niat dihati...

Oleh krn waktu itu otak yang terlalu penat utk memikirkan banyak
urusan, tiada cerite Majlis Pertunangan di blog.
Sia mengambil keputusan utk berkongsi bersama sekitar persediaan
majlis saat sume urusan sudah selesai & lebey bagus lagi jika
sudah rasmi bergelar SOAMI & ISTERI. heeeee~

Sebenarnya sebelum ini pernah sia create 1 blog iaitu
DUAHATIKANBERSATUMELANGKAHJADISATU!
Tetapi hanya utk sementara waktu cuma, segalanya akan
sia kongsikan disini untuk tatapan saudara-mara, kawan-kawan,
dan kenalan yang laen yang tidak dapat turut serta menghadiri
hari-hari penting bagi sia & soami serta keluarga kami...

Aicewah...mungkin ade yang ketawa & berkata...
"ade yang berminat nak bace kisah sia ne ke?"
Jawapan sia...bukan! bukan ingin menunjuk2 atau menghebah2kan
cerite kami tapi sekadar utk coretan/catatan hati sia sija. Mungkin juga
untuk kenangan sia di suatu hari nanti jua...kan?
Jadi kepada sesiapa yang langsung tidak berminat untuk membace
kisah-kisah ini sia tidak memaksa utk stay lama di blog sia ini yea...
Huuu~ Hadir tidak diundang, Pergi tidak dipaksa....heeee

Okie...segalanya bermula dengan....

SANGAT PENAT okie!


tgk kawan2 laen bercerita mengenai bigday dorang,
rase mcm suke plak nk share setiap details ape yg berlaku.
DARI A to Z kan.
ne pengalaman paling nebes pernah di lalui kot...yeake?
em tah. heeee~

bersambung....

Wednesday, November 16, 2011

Ahhh aku mual dengan siapa dia sebenarnya!

Tak sengaja ternampak apa yg ada kat wall dia.
Aku mual dengan setiap patah baris tulisannya.
HIPOKRIT.

Aku siapa untuk menjatuhkan hukum pada dia.
Aku tidak layak.
Aku tidak berkuasa.
Aku juga manusia kerdil dalam bumi Allah SWT ini.

Tapi aku saket mengenangkan segalanya.
Biarlah saket ini kuluahkan dengan bicara hati.
Biarlah aku sija yang menyimpannya.

Ampunkan aku Ya Allah~

Bila kau berbicara tentang sang penciptamu...
Bicaralah yang benar!
Bila kau mengingati Allah SWT yang maha ESA...
Biarlah dengan penuh kusyuk..
Bila kau benar-benar takot akan azab & seksaan Allah SWT,
Berbuat & tunjuklah dengan lakumu, tingkahmu...
Bilamana lidahmu mengorak ayat meminta-minta dariNYA
untuk memelihara dirimu, kamulah yang terlebih dahulu
perlu memelihara segala kebaikan & menghindari kemungkaran.

Usahlah kamu sekadar berbicara tentang kebaikan,
Usahlah kamu sewenang-wenangnya meminta-minta dariNYA
padahal kamu sendiri yang mendekati kemungkaran & menjauhkan
diri dariNYA....

Tuesday, November 15, 2011

10 Peringatan Bumi

10 PERINGATAN BUMI

Berkata Anas Bin Malik r.a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku

Monday, November 14, 2011

Temanku,Rasfan Abu Kassim dalam kenangan

Entah kenape bagaikan ade sija tidak kena bila aku ingin
mencoret kata menjejaki detik2 sepanjang persahabatan
dengan Rasfan Abu Kassim di FB, lantas disini sija aku
cube mengungkap semula tiap detik yang terlintas dipikiran
aku tentang dia.

Dia yang aku kenali di Uitm dalam bidang yang sama iaitu Seni Halus.
Dia senior setahun dari aku. Dalam ramai2 senior dalam kelasnyer,
aku paling baek dengan dia.

Untuk pertama kali melihatnya mengheret sija beg sandangnya terus
atiku berkata..."Alahai baekknye dak ne...rajin..."
Aku sangkakan orangnya pemalu, pendiam tapi TIDAK!

Rasfan atau aku lebeh senang memanggilnya Apan sebenarnya
pelawak, kelakar, suka nyakat dan tersangattttt baek!
Apa yang menjadi bahan utamanya iaitu faktor ketinggian antara
aku dan dia. Membongkokkan dirinya bila berdiri diseblah aku
kunun utk dapatkan level yg sama....arghhh kenangan, seakan baru
semalam semua ini.

Dengan wajahnya mimik muka nya pelbagai...berkerut2 seakan2 memikir
apatah lagi bila melihat artwork aku, lantas komen sentiasa diberi.
Aku sukar utk memahami, dia tidak putus asa utk memahamkan aku.
Tidak pernah dia merungut seandainya aku meminta pandangan dalam
menyiapkan artwork. Dia serius, sangat serius dalam menghasilkan karya.
Sentuhannya menjadi. Bukan kosong. Berus2 lukisan ditangannya dihayun2kan
dan hasilnya aku terpegun.

Mudah menjadi Rasfan bagi pandangan aku ketika itu.
Kusyuk dalam kerjanya, fokus pada setiap kata2 lecturer...senang berkawan dgn
semua orang, peramah teramat.

Rasfan! Dia terlalu baek...sangat sangat baek.

Lokasi ruma kami tidaklah begitu jauh, selalu juga aku menumpangkan dia
balik ke ruma. Tidak abesh2 ucapan " Terima kaseh Uya! Terima kaseh Uya!"...
Tangannya melambai tapi maseh menyandang dan memikul kanvas lukisannya...

Rasfan...Rasfan...

Kluar dari Uitm aku lost contact ngan dia...
Dari FB aku ketemu dia lagi...Wah, dia bertambah maju dengan artworknya,
dengan fotografinya....Syabas Rasfan!
Usaha gigihmu selama ini berhasil.

Dan begitu sija...aku bangga punya teman seperti Rasfan.

2 minggu lalu aku mengundangnya hadir ke Majlis Perkahwinan aku,
beriyer2 dia mahu aku menghantar kad jemputan & mahu aku bertemu baby nya.
Beriyer benar dia ingin datang membawa baby nya bersama....Iya, tidak aku
sangkakan sama sekali itu yang terakhir.

Kuasa Allah SWT itu maha besar, DIA yang maha mengetahui.
Aku bersyukur dapat peluang chatting terakhir dengan dia.
Sungguh aku bersyukur....kerna bagi aku, Rasfan merupakan sahabat,teman,
kawan, kenalan yang aku tidak akan lupakan biarpun tempoh persahabatan
kami tidaklah selama & seakrab mana.

Rasfan pergi dijempot Ilahi, meninggalkan isteri & anaknya yang baru
berusia 2 bulan yang maseh tidak mengerti apa2. Ini takdirNya...

Aku sedey, aku sangat terkesan dengan berita pemergian Rasfan.
Sungguh, tiap masa aku sayu mengenangkan segalanya.
Tapi berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Redha dengan ketentuan-Nya...

Untuk isteri Allahyarham Rasfan, Nur Nadia...semoga kamoo tabah menghadapi
ujian dari Allah SWT ini. Kekuatan kamoo pasti ada pada anakmu, Insyirah.
Seisi keluarga Allahyarham Rasfan, takziah~

Dan Al Fatihah buat temanku Rasfan & ayahandanya....semoga roh kalian dicucuri rahmat.
~Amin~

"Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja, bila tiba detik, kembali kita kepadaNya..."


Wednesday, October 5, 2011

Sesuatu yang tidak dijangka

Kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya.

Ya, memang BENAR.
Kita rancang begitu, begini...tetapi sebenarnya Dia telah menetapkan segalanya.
Kita terimalah ketentuan yang ditetapkan Nya dengan redha.

Sesuatu mungkin tidak disangka bakal terjadi.
Sesuatu yang tidak pernah kita rancang bakal kita tempuhi.
Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran perlu kite lalui.

Sabar & tabah....itu memang perlu.

Sesuatu itu pasti jadi perkara yang mengejutkan...
Mengujakan mungkin atau sebaliknyer...
Aku tidak pasti, tetapi serahkan kepada-Nya.

Dan aku mohon maaf terlebih dahulu seandainya ade yang mengejutkan.
Segalanya berlaku ada sebab nyer, mungkin ade hikmahnyer.
Semoga semua dapat menerima dengan fikiran terbuka.

Ini bukan menyorok. Ini bukan rahsia.
Ini terjadi begitu saja.

Tidak bagus berprasangka.
Setiap perkara mesti bersebab, dan sebab itu biarlah ia tersimpan begitu sahaja.
Yang pasti bukan atas sebab keburukan.
Tetapi itulah takdir.

Semuga semuanya berjalan dengan lancar.

Ya Allah~ kurniakan kami kesihatan yang baek.
InsyaAllah...

Maaf semua!
Yang pasti kamoo semua pasti tidak di lupakan...
Cume belum masa nyer lagi untuk menghebahkan.
Dan pastinya ia bersebab....

Maaf sekali lagi...!

Sunday, September 25, 2011

Baby Nisa

Yarobbiii...dekat seminggu jugek sia menunggu name dak kecik neh. At last!!!
Incik bapanya sangatlaaaaaaaa penin memilih nama anaknyer. Aiyoooorkk~!
Punye nak cari starting dari Farr..Far..huuuu Farhana sudey, Farisya sudey...
Ketiga ne Far aper? Huuuuu surpriseee....

Asek2 incik bapanya sms...
"Eh Ya, ko ade nama besh2 x?"
Sia plak aper lagik...sesi ngorek2 nama yang bermule dari Far...Far..Far...
Macam2 kluar, nk carik makna yg besh lagik...Aiyooorrrkkk~!
Fardisha,Farshana,Farzana,etc.....haaaa tgu punye tgu incik bapanyerr memilih...
Dan akhirnyee.............................! jeng jeng jeng....



RAJA NUR ALYA FARANISA binti RAJA MOHD FAUZY

Thursday, September 15, 2011

Sabar itu indah

Marah itu mudah, sabar itu indah.

Sabar itu ganjarannya, SYURGA!
Dengan keyakinan itu, penderitaan yang
sedikit dan sementara di dunia mampu
dihadapi krn mengharapkan kenikmatan
yang lebih baik dan berkekalan di syurga.
Sesungguhnya...

Sabar itu indah!

Wednesday, September 14, 2011

Open Office Raya 2011

Ujan lebat...
Jamuan sok mule kol 2ptg ke atas...
Hiasan ngn deco2 hasil camner nak wat.

Tema?
Kamponggg (kunun nk duk bersila atas tikar mengkuang)
Mcm xjadik je...huuu banjir nnt.
Baju raye pung da plan pkai tracksuit & t-shirt jek..adei
xglamerrr langsong ko....aggagagaag~

Tugas aku (Bila Lensaku Bergerak);
1- Banner kat khemah
2- Menu

Huuuu ide, ide....last min nye kije ne mmg habit aku tp
part ide ne aku xgemar nk rushing2...sabo jek laaa eh.
Ade bayaran ke free ajek neee??? huuuuuuuu


Related Posts with Thumbnails