Wednesday, August 24, 2011

Kisah Perjalanan Roh

Perjalanan roh tatkala hambaNya yang meninggal
dunia itu dalam husnul khatimah.

Apabila orang mukmin itu meninggal, turun
malaikat dari langir dengan wajah yang bercahaya
seperti matahari membawa kain kafan dari syurga
serta kelengkapan-kelengkapan mayat.
Kemudian turunlah Malaikat Maut duduk dihujung
kepala hamba Allah itu dan berkata:

"Wahai jiwa yang tenang dan baik, keluarlah kamu
untuk mendapat keampunan Allah dan sesungguhnya
Allah redha padamu."

Maka roh itu keluar seperti air yang menitis dengan
perlahan-lahan dan lembut. Seluruh anggota badan
saling mengucapkan selamat tinggal.Tatkala roh
itu keluar, harum semerbak baunya. Lalu dikafankan
oleh malaikat-malaikat dan mengiringi roh itu naik
ke langit.

"Siapakah roh yang baik ini?"

Ini roh si polan bin si polan dan namanya itu disebut-sebut
sampai ke langit yang ketujuh hinggalah ke hadrat Allah
S.W.T. Kemudian Allah berfirman,

"Maka tuliskanlah
kitabnya dalam syurga. Catatkan namanya antara
orang-orang penghuni syurga."

Selepas itu diturunkan semula dan dikembalikan roh
itu ke dalam tubuhnya, iaitu  dalam jasad yang berada
di kubur. Tidak lama kemudian, datanglah munkar &
nakir. Mereka akan meminta si mati menulis semua
kebajikannya. Jika si mati itu jahat, maka disuruh menulis
semua kejahatannya. Si mati menulis dengan dakwat air
liur di atas kain kafan. Semua amal itu kemudian
digantung dilehernya hingga dibuka pada hari kiamat.

Selepas itu, Munkar dan Nakir mula menyoal mayat
di dalam kubur. Tentang siapa Tuhannya, apa agamanya,
siapa utusannya, apa yang dibawa oleh Rasullullah SAW,
apa kitab yang dibaca. Andai kesemua soalan dijawab
dengan betul, maka si mati dihamparkan dengan pakaian
dari syurga dan dibukalah pintunya ke syurga. Kuburnya
menjadi salah satu dari taman-taman syurga.

Thursday, August 18, 2011

Sia nak berbuke pose ngan Susu Dutch Lady limited edition uiiii!

Puas ingat nak beli aper kat GIANT.
Rupernyer susu dutch lady perasa jagung...
Itupung sebab Cik Hanis Zalikha yg gtauw
kewujudan susu neh...huuuu~

TERUJA okie....
Jadinyer teringin nak rase...
Nak jugak arineh!!!

"Hilal, xkire camner, tolong carikkan jugak!!!"

Macamner contoh nyer?

Camne!!!!

Utk para2 suami/bakal suami

.....Bimbinglah Dengan Bijaksana.....
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.”(Muslim)

Monday, August 15, 2011

Petua...ade rajin mau buat ka?

Pernah x korang ade masalah gigi?

- gigi senget2...huuu xteratur...
- gigi kekuningan? emm

Huuuu~
Kalu ade duet senang, g kinik trus ckp nak repair pe.

Kalu xde duet camner? Heee
Ouhhhh cube amalkan petua-petua yang ade dlm magazine
ke, atau cube tanye nenek2, atok2 korang kan...
Sebabnyer orang2 lame ne banyak petua nye...

Mcm contoh;

Opah aku penah bg petua nak cantikkan/kilatkan kuku...
Macamner tau...Opah suh sapu dengan bawang putih...
Aku penah cube tp xla rajin sangat...MENJADI jugak wooo...
Berkilat ajerk~!heeee...suke suke

Pastu pasal gigi ne plak, aku terbace dari blog bardboo,

  1. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang.                                  Kemudian gosokkan pada gigi.
  2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga                                    menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika.           Kemudian cuci dengan air.
  3. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian                               tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi.             Amalkan selalu.
  4. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi.             Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
  5. Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk                   menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit               manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan                     ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih                   berseri tanpa banyak belanja.
  6. Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang,                     lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang               telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan                atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan                dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.
  7. Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi.
  8. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi.         Gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau                     lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.           Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan      petua ini seminggu dua ke tiga kali. Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan PLAK                  yang amat memalukan dan berbau busuk.
Auwww...byk rupe nye cara2/petua memutihkan
gigi ne kan...nak cube???

Dipersilakan...heeee

Friday, August 12, 2011

Menjejaki hari merdeka

Punyer la aku tetibe semangat semalam dgr
radio (frekuensi 95.3 fm) suh letak bendera malaysia
kat blog/twitter/facebook...

Dan entah kenape julung2 kali nyer tahun ne
aku amek "port"...heeee
Jadinye terus google bendera malaysia n
edit sesikit nak jadikan header kat blog...

Umakaiiii punyer thrill nak upload header tu.
Line prob ke atau pc aku yang teramat lembab.
Xkesah la...yang penting sudey tersergam indah di
atas nun sana. huuuuuu~

Jeng~ Jeng~ Jeng~.................................








D.U.R.A & Fashion Forest!!!

Weiiiittt aku takajut weiiiitt~ Heeee~
Memangla nama sama xmenjadi bende pelik TAPI...

MINAT YANG SAMA...hooooreiiiiii~
"segalanya adalah seni. hidup tanpa seni pasti membosankan"

NAMUN,

Aku belumlah sampei ke tahap artwork D.U.R.A neh.
Tapi aku sangat teruje!
Heeee~
Aku suker!!!
Jom g terjah D.U.R.A & Fashion Forest

Kalu aku setakat ade ne je ------> BILA LENSAKU BERGERAK
Heee~ xpe usaha lagik kan!
ChaiyoRkkkkkkk fDuramazlan!!!

Wednesday, August 10, 2011

Artikel mengenai mandi wajib

" Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :
“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka. Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh. Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh. Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar."


sumber dari ustaz nor amin

Tips yang menarik utk bakal pengantin

Toksah story banyak la kan...heee...tgk image tu udah la.



Tips ne aku amek dari nurmimy.blogspot. 
(minx share yeyhhh) maceh~

Ne plak akak Mimi tuh gtauw tips setelkan
borang nikah...

PEREMPUAN

1-Borang kebenaran kahwin jawi
2-Borang siap sign dari Pendaftar Perkahwinan Masjid Qariah
   & JAWI gak
3-Borang pengesahan tandatangan wali
4-Sijil nikah mama & ayah (sangat penting uiii)
5-Sijil kursus kahwin
6-Borang ujian saringan H.I.V
7-JAWI minx Surat Akuan Bujang

LELAKI 

1-Borang kebenaran berkahwin dari JAIS
2-Di kepilkan bersama sijil kursus kahwin,
   borang ujian saringan HIV & perakuan bujang majikan.

PROSES-PROSES nyer...

1-Setelah semua borang lengkap, kepilkan borang
    bakal pengantin lelaki & perempuan utk dihantar
    ke JAWI bagi mendapatkan Borang Perakuan Nikah.

2-Sebelum hantar borang semak dulu apa yg patot
   seperti syarat yang tertera di borang "checklist"
   sekurang-kurangnya 7hari sebelum.

3-Panduan-panduan utk submit borang, sediakan RM25.

4-Sesudah borang perakuan nikah diterima & diisi,
    serahkan kpd Tok Kadi / Imam masjid kariah





 

Tuesday, August 9, 2011

Aku mahu keluar...JAUH dari cni...dgn SEGERA!

Ayat da siap ngarang.
Surat da siap taip.
Dengan semangat yg "jitu"..huuuu nk peg
dapatkan tandatangan big buss.

uwaaaaRgHhHhhhh~
HAMPA laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa atiku.
PUNAH laaaaaaaaaaaaaaaaa hrpnku.
kacau...kacau...kacau....

"Tuan, sia minx ditukarkan!Tolong...sia merayu...."

I need a doctor...doctor...doctor....lalalalalalala
(mcmne la aku nyanyi2 kalu maseh stay kat cni...uwaRGhhHh)

"Tapi puan sia da kol cc Azhar. Sia cuma nak antar surat ne
utk jadi waiting list...."

GAGAL lagiii.....
GAGAL xbermakna GAGAL utk selamenyer!
Kan? Kan?

Aku cube lagik...mesti cube...
Aku mahu KELUAR dari perangkap jerat kat cni.
Aku xmahu lagi disini.
HAMBAR!

Ya Tuhan ku....
Tolong permudahkan & berkati segala urusanku....

Thursday, August 4, 2011

Resipi hari 4 Ramadhan

Dulu arwah mama suke wat bubur som-som.
Aku suke wooo...lelebey lg da disejukkan.
Wow...mabeles.
Arine rajin x rasenye aku nk wat...heeeee~

Aku da usha resipi da...tinggal lagik nak wat je.

Resepi Bubur Som-som ( sumber:  POTRET KASIH)

Bahan bahan nya:-

1 cawan tepong beras
4 cawan santan pekat
2 helai daun pandan yang disimpul
sedikit garam

Cara penyediaanya.

1. Kacau sebati semua bahan bahan ini didalam periuk yang bersesuaian,diatas api yang perlahan sehingga pekat.

2. Apabila nampak berkilat, angkat dan masuk kan dalam acuan atau pun loyang.

3. Kemudian dikukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan sejukkan.
(katanyer...xkukus pung xpe. lepas masak & kacau atas api sampai pekat
pastu trus letak dlm cawan kecil2,sejukkan dan bule trus hidang ngn
air gula melaka)

4. Masa makan nya curahkan pula air gula yang telah dimasak bersama sama dengan daun pandan juga sedikit gula pasir untuk tambah manis.

5. Nak lagi sedap simpan atau sejukkan nya didalam peti ais terlebih dahulu

Adei...putus tunang?

M/surat berita depan "Khairul Fahmi & Elia putus tunang".
Adeii.....
Dorang kan baru bertunang 17hb Mei aritu.
Brape bulan jek da putus.
Em dorang xnk pk bebaek ke?
Masing2 muda belia lagik kan...
Aku pung xbrani komen pape...

Bila isu ne timbol...aku pung melayan "kisah itu".
Emmm susa nak ckp pasal hal camne.
Hanya 2 orang tu je yang tauw pe masalah mrk.

Tapi aku diberitahu,

"banyak pendapat ulama dalam soal ne. kesimpulannya
ISLAM xmelarang untuk putus tunang tapi kite xbule
senang2 putuskan...sebabnya mudarat putus tunang
lagi banyak sebab bule menimbulkan pergadohan &
permusuhan sesama keluarga kedua-dua belah pihak.
melainkan putus tunang itu ade sebab2 yang sangat
kukuh. ISLAM menganggap ikatan pertunangan ini
adalah permulaan pada akad nikah......"

***terima kasih pada yang mengingatkan~

Kesabaran sangat penting dalam satu perhubungan.

Dulu, aku selalu sangat dengar & aku selalu dinasihatkan
dengan ayat ne. Aku dengar jek tp melakukannya? Sangatlah
jarang2 sekali. Heeee~


Bila aku berada pada situasi...emm mcm sekarang aku
sedar & sangat2 sedar KESABARAN sangat penting
dalam perhubungan.


Semoga hubungan kita diberkati & dilindungi oleh-NYA
~AMIN~

Wednesday, August 3, 2011

Resipi 03 Ramadhan

Ade org tu suke mkn pizza.
Tapi aigOooOoo...bajet lari la...huuu
Tapi jejalan kat budu & belacan yeyyyy dapat 1 resipi baru.
Yang penting mcm jimat sket jek. heee cumel2...
Ne kalu org tu makan...emmm agak2 brape eh? heee~

Jom salin resipi.

Pizza Bruschetta

Bahan-bahan;

Red/Yellow/Green Bell Peppers, cheese (mozzarella, cheddar, etc..), bawang besar, tomato, garlic butter, pepper/herbs/spices, prego traditional sauce and of course french loaf.

Cara-cara;

1- Bahan2 sume2 tu dipotong dadu.
2- Pastu sapu roti yg dipotong lonjong tu dgn garlic butter.
3- Sapu sos prego kat atas roti, letak sume bahan yang
    dah dipotong dadu tadi.
4- Pastu letak pepper/herb/spices ikut suke.
5- Tambah sos prego lagik, pastu letak cheese (mozarella/cheddar dll)
6- Masuk dalam oven. Temperature pon pakai je yang panas sekali kalau nak 
    cepat, tapi kena tengoklah,  bila nampak cheese tu cair, keluarkan. 
    Dah boleh makan. Mudah dan sedap.

- Pastu lagik tgk kat info resipi be bule tetukar letak ayam ke, daging ke,
  atau pape yang kite suke...menarik la.

- Nanti da siap/da try wat resipi ne...sia update letak gambo. huuuu~

Friday, July 29, 2011

Mama...Mama dah takde

Tak pernah berpikir mama akan pergi
Dan xsekali pun terlintas mama tinggalkan aku sendiri
Rupanya sempat sampai disini
Mana kan buleh aku cuba lari dari kenyataan ini
Tapi aku sungguh tidak terdaya jauh dari mama
Sampai bila mampu aku bertahan
Emosi yang bercampur baur
Tapi sungguh aku lemah tanpa mama di sini
Sabar, aku mesti bersabar
Sedar, seharusnya aku kena sedarIni lumrah hidup ini
Sesungguhnya dari Dia kita datang & dari Dia juga kita pasti kembali
Dan aku redha atas pemergian mama
Mama, aku merindui mu...

29hb Julai 2011
Genap 14tahun mama pergi meninggalkan aku,ayah sendiri
~Al Fatihah~

Wednesday, July 27, 2011

Quote besh~

" Maybe GOD wants us to meet a few wrong people
before meeting the right one, so that when we finally
meet the person, we will know how to be grateful "

" Make yourself a better person and know who you
are before you try and know someone else and expect
them to know you "

" I love you not because who you are, but because
of who i am when i am with you "


" The worst way to miss someone is to be sitting
right beside them knowing you can`t have them "

" Just because someone doesn`t love you the way
you want them to, doesn`t mean they don`t love
you with all they have "

Tuesday, July 26, 2011

Kami berlindung pada DIA

" Kalau kami tidak baek, kami berdoa pada DIA
supaya kami menjadi baek. Kalau kami sememangnya
sudah baek, kami berdoa agar kami menjadi lebih baek "

InsyaAllah~
Related Posts with Thumbnails