Thursday, August 26, 2010

Bersabar & Jgn Bersedih

Pagi ne mcm bese aku buke emel hasil.
Ade pape mslh x public ne...naseb x memeningkan pala otak aku nak reply...heee
Ada emel diterima & mengandungi petikan yang sangat berguna ne.
Mane tauw bule share ngan semua orang.

Dipetik daripada Buku La Tah Zan oleh Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.


Sabar Itu Indah…

• Ada manusia merasakan kegundahan dalam diri mereka seolah2 sedang berada dalam perang, padahal sedang baring di atas tilam yang empuk. Mereka marah hanya kerana naiknya harga barang, gusar kerana hujan tidak berhenti/turun segera, dan kelam kabut dengan segala kehidupan. Mereka selalu berada dalam kegelisahan dan kesedihan yang tidak berkesudahan.

• Menghiasi diri dengan sifat sabar itu merupakan akhlak orang-orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan.

• Apakah kita mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada bersabar? Dan apakah anda mengetahui adanya senjata lain selain daripada kesabaran dalam menghadapi persoalan hidup. Oleh itu Bersabarlah dan Janganlah Bersedih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails