Pagi ne as usual, tugas pertama cek emel hasilhlangat (https://mail.selangor.gov.my/owa/).
Takla byk sgt terima masalah or aduan pagi ne cuma ada 2 perkara yg buleh dijadikan renungan skejap pada petikan buku Al-Tahzan/Jangan Bersedih(yg mn aku belum sempat menamatkan pembacaannya.hehe)yg dikirimkan oleh seseorang yang berbunyi;
1.Berharaplah Akan Redha Tuhan Semata
Tuhan menciptakan para hambaNya agar selalu mengingatinya, dan Dia menganugerahkan rezeki kepada setiap manusia. Namun ramai juga yg mengingkari nikmat tersebut.
Tabiat mengingkari, membangkang, dan meremehkan sesuatu adalah satu penyakit jiwa Manusia. Kerana itu, anda tidak perlu hairan dan resah bila mendapati mereka (teman sekeliling) mengingkari nikmat yang pernah anda berikan kepada mereka, mencampakkan budi yang telah anda tunjukkan serta melupakan bakti yang telah anda persembahkan. Bahkan anda tidak perlu resah bila mereka memusuhi anda dengan sangat keji.
Anda juga tidak tidak perlu terkejut apabila menghadiahkan sebatang pen kepada orang bebal, lalu ia menggunakan pen itu untuk menulis cemuhan kepada anda. Dan anda tidak harus terkejut bila orang yang anda berikan tongkat justeru memukul tongkat itu ke kepala anda. Itu adalah watak Manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur.
Perlu diketahui bahawa, sedangkan Tuhan sekalipun mereka ingkari inikan pula Manusia. Oleh sebab itu, Janganlah Bersedih. Berharaplah Hanya Kepada Redha Tuhan.
***Semuga menjadi peringatan kepada diri aku sendiri.
BERSYUKUR & REDHA dengan kurniaan-Nya. :)
2. Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian…
Di Perancis, pernah dipenjarakan dua orang sarterawan terkenal. Oleh kerana dipenjara, seorang daripadanya mengambil pelajaran dan hikmah daripada apa yang terjadi. Sedangkan seorang lagi sebaliknya. Setiap hari, kedua-dua sasterawan tersebut hanya mampu melihat dan menjengukkan kepala melalui jeriji penjara. Walau bagaimanapun seorang sasterawan yang optimis tadi selalu melihat ke atas dan melihat bintang-bintang yang gemerlapan di langit. Dan kerana itu, ia selalu tersenyum cerah. Adapun sasterawan yang lagi seorang selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara. Dan kemudian menangis dengan sedihnya.
Begitulah seharusnya:
· Ketika kita ditimpa musibah, maka harus melihat dari sudut yang paling terang darinya.
· Ketika seseorang memberikan anda segelas air limau yg tersangat masam, maka perlu terima hanya saja kita perlu tambah sesendok gula ke dalamnya.
· Ketika anda menerima hadiah seekor ular daripada seseorang, maka terimalah, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan tubuhnya yang lain.
Oleh itu Janganlah Bersedih, sebaiknya kita selalu melihat kesedihan itu dari sudut lain kerana belum tentu keseluruhannya menyedihkan. Pasti ada kebaikan, jalan harapan dan pahala yang besar.
***Tapi kadang2 bila emosi menguasai,kita terlupa jap...emm lupe hal-hal mcmne kan? Kite kene pandai mengemudi perasaan kite kan...
No comments:
Post a Comment