Tertanya dia apa erti kebahagiaan dalam sesuatu hubungan itu, apa pula maknanya kegembiraan dengan saling sayang menyayangi itu..seakan tidak bermakna pada sudut pandangan dia. Terlalu kosong, samar. Sedih kalau berada di tempat dia. Dia tak tahu menuju arah mana untuk keluar dari perangkap hati ini. Hati sudah terlalu dalam untuk meleraikan kesedihan ini.
Setiap detik yang terpancar kebahagiaan ia bagaikan diragut dengan tiba-tiba. Padahal ianya akan tetap berlaku juga. Ada teman berpesan ;
" jangan kerana seseorang hidup yang kita lalui sekarang menjadi rumit dan suram, banyak lagi perkara lain yang patut kita utamakan yang lebih bermakna dalam hidup kita "
Ya benar, tetapi proses melepaskan teramat sukar. Kuat, sabar & tabah. Lawanlah sebab melalui usaha dan tekad pasti kita akan beroleh hasilnya. Allah SWT tidak melayan hamba-Nya dengan kejam. Dia perlu pergi, pergi dari semua ini untuk menikmati hidupnya sendiri...
Thursday, December 18, 2008
~SEVEN!!~tag?(asim)
7 fakta tentang aku..
1- Aku pempuan la
2- 26 thn...grrrr
3- Masih solo..cecece
4- Suke laut (keluasan laut tu penuh dengan rahsia tau)
5- Skrang bile tido tokleh kena sejuk,idung sumbat (resdung ke?)
6- Minat dlm bidang seni tapi tatau mcmne nak kuarkan...agaga
7- Suka menulis tp tak suke membaca...heh~
7 perkara menakutkan aku di dunia
1-Mati sbb diri belum cukup lagi
2-Kehilangan org2 yang tersayang
3-kesedihan
4-tersayang org yang salah
5-terjumpa org yang berniat memainkan perasaan smpi tokleh lupa
6-terkenal "playboy"...agagaga...nauzubillah~
7-Suasana dlm hutan
7 Lagu buat masa sekarang
1-Tercipta Untukku-Ungu
2-Sempurna-Andra
3-11 Januari-Gigi
4-Crush-David Archuleta
5-Warkah-Bau
6-Cinta ini membunuhku-D`Massive
7-Matahari-Agnes Monica
7 Perkara Selalu Disebut
1-Bismillah
2-Rindu+Sayang..(eeeee~)
3-Kusut..(eeeee gRRrrrr)
4-Menda....(cam bengang la kan)
5-Hello...
6-Sabarlah wahai kau hatiku...(agaga)
7-nama dieR~errRrKkk~
7Perkara yang amat bernilai
1-Famili esp. ayah,mama
2-Aku la (wlu kdg2 ada org wat cam sampah...gRrrr~)
3-Kawan2
4-dieR (erm~mcm tokleh hilang da) + sume brg yg aku minta kat dieR
5-Hati aku
6-Karya2 aku
7-kete ku...
7 Pertama kali dalam hidup saya
1-ada terketar2(agagaga)
2-"jumpa" alam lain
3-ada "rasa" camne kat org yg tak sepatutnya kot...
4-mengizinkan sst yg tak betul
5-wujud rasa SABAR
6-tdo tp kat tinger ada tipon...agagaga(ngada2 je ne)
7-Fly sensorang...agaga
7 Orang bertuah sambung tag ne...
1-Arish Ardia
2-Gembalamimpi
3-Weed
4-Nelly
5-Danjoe
6-Andy
7-Shimsod

Wednesday, December 17, 2008
Terlalu ingin pergi...
Kasih ini sungguh derita
Kasih ini dilalui tanpa sayang yg dirasai
Kadang-kadang tertanya aku untuk apa kisah ini dijalin bersama kasih yang tidak berbaloi
Dia membuang aku secara jujur
Aku menerimanya dengan ikhlas
Tetapi tidak pula aku memaksanya
Kerana aku sedar semua ini terjadi bukan paksaan
Ia hadir dalam jiwa yang tulus
Aku terlalu ingin pergi
Pergi jauh dengan membuang rasa rindu ini
Rasa yang hanya memusnahkan hati sendiri
Aku terlalu ingin pergi
Berhenti dari terus menyayangi dan disayangi dengan palsu
Palsukah sayangnya terhadap aku?
Aku tidak layak untuk menilai dirinya
Tetapi aku ada hak ke atas perasaan aku sendiri
Aku terlalu ingin pergi
Pergi jauh dan tidak kembali lagi dalam perasaan ini
Perasaan yang terkurung hanya untuk dia
Aku terlalu ingin pergi
Membuang seluruh namanya dirinya ingatannya dalam diri ini tanpa sebarang kesakitan
Tanpa ada kesan luka
Tanpa ada parut yang tertinggal
Aku ingin pergi dengan rasa tenang
Aku terlalu ingin pergi...

Labels:
Penulisan
Tuesday, December 9, 2008
Aku tak perlu dia...
aku rasa dia patut aku lepaskan
dia patut pergi dari hidup aku
aku rasa tak berbaloi untuk aku teruskan "perjuangan" ini
Ya, ini dugaan aku
Ya, ini ujian hidup aku
Aku terima dengan redha
Tetapi aku tidak patut terkurung dengan kehadiran dia
Biarlah dia pergi
Aku nak singkirkan dia
Aku nak buang segalanya tentang dia
Aku nak buang semua sisa mengenai dia
Perasaan benci aku semakin tinggi
Ya, aku jijik pada kehadiran dia
Aku benci untuk mengingati dia
Ya!Allah izinkan aku menolak kasih ini
Ya! Allah izinkan aku berlalu pergi....

Tuesday, December 2, 2008
Kehilangan?
Satu persatu kenangan lalu bertandang di ruang mata
Terlalu indah, terlalu manis hanya layak untuk diabadikan
Kehadiran ia mengubah segalanya
Sekelip mata ia mula mengganggu kebahagiaan
Tetapi siapalah kami untuk menidakkan
Semuanya akan kembali cuma tidak diketahui
Dia,
Aku sayang dia
Aku perlukan dia
Semenjak aku kehilangan dambakan kasih seorang mama
Dia hadir mengalir dalam darah ini
Tetapi kasih sayang dia telah lama aku rasakan
Mungkin semenjak aku menjejaki dunia ini
Tetapi kini kehilangan kasih dia semakin aku rasai
Mampukah aku menghalang dari dia terus pergi
Siapalah aku?
Ini semua takdir
Ini suratan hidup untuk dia
Aku disini hanya menadah tangan berdoa agar dia dapat menikmati hidup dia dengan penuh kesabaran
Ya!Allah~Aku mohon pada-Mu agar Kau memberikan kekuatan kepada dia
Ya!Allah~Aku tidak mampu untuk menangisi pada sebuah kehilangan lagi
Kerana kekuatan, ketabahan, semangat yang ada dalam diri ini lahir dari mereka
Tetapi mereka telah tiada
Mereka pergi untuk selamanya
Bertemu Pencipta yang maha esa...

Friday, November 28, 2008
Petikan teman 1
Petikan dari seorang teman.....
" u know why god created the gap between fingers?..so that someday the 1,who made for u, will comes and fill those gaps by holdings your hand 4 eva..but WHO?..only god know about it..just wait & see "

Frens,
Quote Besh
Wednesday, November 26, 2008
Teman, biarkanlah...
Sedetik waktu ada seorang teman yang sentiasa meragui mengenai dirinya dalam perhubungan. Tiga jiwa bersama tetapi tidak mungkin untuk bersama. Memang ada takdir yang pernah menemukan ramai jiwa menjadi satu. Kadangkala terfikir mengapa harus tiga jiwa menjadi resah? Antara teman dan kekasih, mengapa mereka tidak boleh bersatu kekal dalam sebuah perhubungan teman walaupun ada diantaranya sudah terisi kasih kekasih dalam diri.
Kekasih, mengapa tidak membenarkan perhubungan teman terus berlanjutan dan biarkan ianya kekal sampai ke akhirnya. Bukankah sebuah perjanjian dalam sebuah hubungan perkahwinan ianya sebenarnya adalah sebuah keyakinan dan kepercayaan? Bukankah ianya merupakan sebuah ikatan yang kukuh yang perlu ditempuhi dengan sabar dan tabah? Lagipun bukankah kita ini semua milik Allah? Janganlah kita bersikap tamak dalam menyayangi seseorang kerana dia bukan milik abadi. Andaikata sayang kita pada seseorang itu sangat tinggi, ingatlah seandainya Allah itu tidak memberi izin kita tidak akan memiliki kasih dan sayang seseorang itu.
Cemburu itu perlu tetapi biarlah ianya berpada. Simpati pada perhubungan teman sehingga terpaksa memutuskannya disebabkan cemburu. Berbaloikah ia?
Teman, kau perlu sabar dan tabah kerana jika itu yang dia mahukan terpaksalah kau merelakan hati untuk terus pergi dari dirinya dan mendoakan kebahagian dia. Andaikata kekasihnya bahagia jika tiada teman di hati dia kerana bimbang akan kasih beralih arah, pergilah kau teman. Kerana ada lagi teman yang mungkin mengisi ruang yang ditinggalkan biarpun yang hadir itu tidak akan pernah sama. Biarpun ruang itu tidak terganti, terimalah seadanya. Bersyukur dengan apa yang ada disisi dan disekeliling kita perlu kerana bila kita berhadapan dengan kehilangan semuanya pasti sudah terlewat untuk kita tangisi kerana ianya telah berlalu pergi tanpa berpaling dan menoleh lagi...Menghargai sesuatu yang kita perolehi itu perlu untuk melengkapkan nilai perhubungan sesama kita...
Teman, tanpa dia aku yakin kau boleh menempuhi hidup ini.
Teman, aku tahu dia ada dalam dirimu namun terpaksa kau terima dia sekadar teman persinggahan.
Teman, percayalah ini adalah kebaikan dan ada hikmahnya.
Teman, teruslah kau bersabar kerana Tuhan itu sentiasa ada memakbul permintaan hambaNya setiap masa.
Teman, pengalaman ini sebagai satu lagi langkah menuju kematangan.
Teman, kau masih ada aku disini...

Dalam kesamaran
Kisah ini sebuah perjalanan
Masih perlu didaki
Jauh sungguh terlalu jauh untuk tiba
Dalam kepastian yang masih samar
Antara dua hati yang mempunyai satu rasa
Tetapi tidak pernah sanggup untuk menerima kenyataan
Rasa yang dalam tetapi ingin menyingkir jauh
Dalam perjalanan ingin maju ke hadapan
Tiba-tiba mengundur ke belakang
Masih berada di pertengahan simpang jalan
Tidak kelihatan jalan keluar
Apa maknanya?

Monday, November 24, 2008
"Kehilangan"
Khabar itu menggembirakan, menceriakan...
Namun jauh disudut hati
Pasti diri bersua "kehilangan" lagi
Bukan "kehilangan" yang abadi tetapi mendaki setapak lagi dalam kehidupan
Dia dan dia bersatu hati
Merangka sebuah perjalanan yang masih jauh
Hanya doa kebahagiaan mengiringi mereka
Semoga kekal sehingga ke akhirnya....

Friday, November 21, 2008
`coz u dont love me so'....
Haruskah-Adam
Di kala dikau mencari cinta aku memberi… tapi tak pernah ku rasakan
Di kala aku dilamun cinta dengan dirimu mengapa kau jauh dariku
Tiada cinta di dalam dirimu biarpun kau kata Baby I Love You
Tidak kau rasa getaran ini tiada cinta lain sehebat cintaku
Haruskah aku menanti cinta ini?
Kerna kau masih tak mengerti hatiku (aku juga tak mengerti hatimu)
Tak perlu kau ucap ‘Baby I love you so’
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku
Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa yang diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua
Setelah semuanya berlalu…. hatiku sepi tapi ku harus hadapi
Hidup tanpa curahan cintamu aku gembira...Kan kusimpan cinta ini
Tiada cinta di dalam dirimu Biarpun kau kata ‘Baby I love you’
Tiada kau rasa getaran ini tiada cinta lain sehebat cintaku
Haruskah aku menanti cinta ini?
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kau ucap ‘Baby I love you so’
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku
Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua
Haruskah aku menanti?
Haruskah aku cintakanmu
Kerna ku tahu coz Baby You dont love me so...

My Lyrics
Thursday, November 20, 2008
CINTA & SAYANG
Dalam sibuk aku mencari erti sesuatu dalam HUBUNGAN ada soalan yang ditujukan pada aku..
" Apa bezanya perasaan CINTA dan SAYANG pada seseorang? "
Ya! Aku sendiri tidak ada jawapan yang tepat mengenai soalan ini namun aku ada pandangan sendiri.
Bagi aku CINTA tu terlalu dalam, apa yang aku perolehi setakat ini CINTA itu terlalu agung. Mungkin sampai mati aku tidak akan dapat memiliki perasaan CINTA itu. Memang kalau diimbas skop CINTA ini terlalu meluas bukan setakat ungkapan "saya mencintai awak" tetapi ada satu perasaan yang terdetik dihati secara mendalam, hanya diri sendiri yang akan merasainya. Cinta pada ALLAH, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih, alam sekeliling dan apa saja yang wujud di sekeliling kita. Cinta ini terlalu dalam untuk diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin aku belum cukup "rasa" untuk berbicara mengenai CINTA. Sehingga hari ini aku masih tercari-cari erti CINTA dalam hidup ini. I`ALLAH satu hari nanti aku akan kembali dan lebih jelas meyakinkan mengenai soal CINTA ini apabila aku cukup "rasa" mengenainya.
Bagaimana dengan SAYANG pula?
Kalau dilihat dari sudut luar cinta dan SAYANG seakan sama tetapi pasti ada perbezaannya.
SAYANG pada ALLAH, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih, alam sekeliling dan apa juga yang wujud disisi kita. Tidak senang untuk memiliki perasaan sayang ini. Ia akan hadir sendiri tanpa disedari. Apabila diajukan soalan kenapa kita boleh menyayangi seseorang itu dan tidak ada jawapan untuk soalan itu perlukah kita risau? Bukankah perasaan ini bukan didalam kawalan kita? Bolehkah kita tetapkan kita perlu sayang siapa dan siapa. Bagaimana dengan persepsi, sayang boleh dipupuk? Aku sendiri tidak ada jawapan. Perasaan sayang yang lahir dari dalam hati juga bukan sekadar dengan kata-kata. Ia suatu perasaan yang sukar digambarkan dan hanya dapat dirasai diri sendiri.
Ada seorang teman apabila memberi pandangan mengenai CINTA dan SAYANG, dia memberi jawapan ;
Sayang boleh diluahkan pada semua orang dan dari apa yang dilafazkannya ia terlalu mudah dan ringkas. Dia boleh menyayangi semua orang, terhadap Penciptanya, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, kekasih dan sebagainya. Benarkah?
Cinta pula dia kaitkan dari segi kita bertemu dengan seseorang dan perasaan suka timbul lantas menyayanginya dan mencintainya dan terus membina kehidupan bersama insan itu sehingga ke akhir hayat. Benarkah?
Apa yang aku nampak dari pandangan teman tersebut, pemikiran dia terlalu mudah dan ringkas. Maknanya kita akan menyayangi seseorang dan terus mencintainya. Mungkin itu pandangan teman tersebut bagaimana dengan pandangan lain?
Petikan dari teman; (arish ardia blogspot)
Diantara cinta dan syg? Brbeza ke? Yg mne lebih brnilai? huhu.. Semuanya dtafsirkn aku sbg soklan yg tak berjawapan. Hanya bisa dicoretkan pandangan dlm mntafsir keadaan mngikut pemahaman peribadi sendiri.
Sayang~
Pandangan aku manfsirkan 'sayang' sbg 'rasa' yg dialami jasad brnyawa dlm dunia ne. Ianya lahir atas bnyk faktor yg tak mungkin aku ungkapknnya satu demi satu. Perihal 'sayang' tidaklah agung dr pndangan aku. Ianya akn sntiasa lahir, lahir dan lahir. Kehadirn 'rasa' sayang ibarat manusia ditempias hujan. Disebalik kebasahan bumi yg digenangi hujan, kita turut merasa percikan halus yg dibawa angin. Begitulah sayang, ianya hadir untuk kita 'rasa'..
Cinta~
Ianya adalah agung. Pada tafsiran kamus yg tidak aku daftarkan, cinta merupakn 'tanggungjawab pada janji'. ianya dimetari hati sndiri tanpa melibtkn mana2 jiwa makhluk brnyawa yg laen. Kita mngukirnya pada hati yg satu. Hanya mnusia brjiwa sahaja yg akan tahu betapa tngginya nilai cnta. Begitulah yg boleh aku pndangkn melalui persepsi aku yg suram ilmu ini. Selebihnya, bak kate nabil, "lu pikirlah sendiri".. Selamilah hidup ini dengan hati, nescaya kau akan dapat merasai 'CINTA' itu di sisi..
***erm, menarik!~

NILAI
Bila masanya kita perlu berbicara mengenai NILAI?
Sebenarnya nilai aku letaknya dimana pada mata dia?
Perlukah aku mengetahui nilai aku pada dia?
Untuk apa aku tahu nilai aku pada dia sedangkan dia sendiri tidak mengakui kehadiran aku dalam hidupnya...
Bukankah secara kasarnya aku tiada nilai langsung pada dia?
Untuk apa aku mencari lagi
Untuk apa persoalan demi persoalan yang berlegar di fikiran ini?
Pentingkah nilai ini?
Dari apa yang aku dengar nilai ini terlalu penting kerana ia akan menentukan harga diri sekaligus maruah kita
Apa aku sanggup butakan mata pada harga diri dan maruah semata-mata mengejar kasih sayang dia yang entah sampai bila akan berakhir kerana dia tidak menerima kewujudan aku...
Perlukah aku teruskan lagi pengembaraan ini?
Pengembaraan yang tidak ada kesudahan tetapi bukan aku yang rela..
Aku seakan tidak mampu sendirian mendaki pengembaraan ini dan mungkin akan berhenti bila-bila masa...

Wednesday, November 19, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Jiwa Kacau?
..terjagaku dari tidur yang lena
ku lihat wajahku hampa tanpa panggilanmu
Aku sekali lagi kecewa..
Aku lemparkan perasaan ini ke tepi
Mengharap agar dirimu ku lepaskan tanpa ingatan..
Sudah lama aku ingin membebaskan ikatan ini
Tetapi apakan daya, dirimu telah bersatu dengan diriku tanpa sedar...
Diriku masih terpinga-pinga di penghujung malam..
mencari-cari dirimu yang entah dimana
....Saat memikirkan dirimu mungkin bersama si dia..
Bermesra gurau senda tanpa kehadiranku,
aku bertambah bingung dan kusut...
Tiada kekuatan buat diriku untuk bertahan..
Mampukah aku menyaingi kasihmu terhadapnya
Apatah lagi dengan jujur kau akui tidak dapat menerima diriku
Walau sedalam mana sayangmu kepada diriku...
Dalam kepayahan aku terima sedikit demi sedikit akan ketentuan ini
Tetapi usaha dan doaku padaNya agar suatu hari pintu hatimu terbuka
Menoleh ke arah diri ini dan semoga tidak akan berpaling lagi untuk selamanya
Hanya padaNya aku meminta izinkan agar membenarkan dirimu menjadi milikku
Hatimu dan hatiku menjadi satu
Tanpa ragu dan kekesalan...
Sebenarnya telah lama...
dalam hatiku ada dirimu tetapi malang bagiku kerana dalam hatimu tetap ada dirinya..
Entah sampai bila aku perlu menyeksa diri sendiri bak katamu...
Tetapi benar aku ingin tahu...
dimana sebenar letaknya aku padamu..
....mungkin ini dugaan untukku..
Aku mohon padaNya berikan aku kesabaran dan ketabahan yg tgi
Untuk terus bersamamu selagi diri ini terdaya kerana telah aku nyatakan...
Telah aku berjanji pada diri sendiri...
Biar apa pun terjadi ku tetap menanti dirimu..
Setinggi mana egomu, sekeras mana hatimu menidakkan kasih ini...
Aku percaya andai benar kau dan aku tercipta untuk bersama...
Kita pasti seiring meredah perjalanan ini...
Hanya kau dan aku....

Hubungan II?
Berbicara soal hubungan lagi...
Apa yg ada dalam hubungan aku dan dia?
Apa bezanya hubungan nafsu semata atau hubungan kasih dan sayang?
Kita tidak layak menghakimi "rasa" orang...
Apabila kita mula menilai diri seseorang umpama kita telah menzalimi diri kita sendiri...
Namun jauh disudut hati aku berkata aku YAKIN dengan hubungan ini yg dipupuk dengan penuh kasih dan sayang bukan hanya kerana nafsu semata...Usah ragui usah dipersoalkan lagi...
Biarlah hubungan ini sentiasa diberkati dan dilindungi Yang Maha Esa.....
"Allah sedang berbicara dengan kamu supaya lebih sabar & ikhlas. Kesabaran, keikhlasan itulah ISLAM"

Subscribe to:
Comments (Atom)