Thursday, August 26, 2010

Love Of My Life

by Queen

Love of my life, you hurt me,
You've broken my heart, and now you leave me.
Love of my life can't you see,
Bring it back bring it back,
Don't take it away from me,
Because you don't know what it means to me.

Love of my life don't leave me,
You've stolen my love now desert me,
Love of my life can't you see,
Bring it back bring it back,
Don't take it away from me,
Because you don't know what it means to me.

You will remember when this is blown over,
And everythings all by the way,
When I grow older,
I will be there at your side,
To remind you how I still love you
I still love you.

Hurry back hurry back,
Don't take it away from me,
Because you don't know what it means to me.
Love of my life,
Love of my life.

Wednesday, August 25, 2010

Wanita Solehah

‎"sebaik2 wanita adalah, yg apabila d beri sesuatu.. die b'syukur.. dan ble x d beri ap2.. die bsabar~ yg mnyenangkan hatimu ble kamu melihatnye.. dan m'taatimu ble kamu mnyuruhnye~"

Malam ne aku oline FB nampak Nisa letak status ne. Wow sangat besh...tp sayang aku rase aku xde ciri2 itu....gagagagaaga...

Sepa "dapat" aku kasian deh lorhh...agaggagaga

Allah..campakkanlah ilham, campakkan hidayah dan taufikMu ke dalam hati dan jiwanya sebagaimana Engkau mengilhamkan rasa bertuhan kepada kami.
* Petikan  Ramona

Ramadhan ke-14

Ugh~Semalam buke pose trase plak sunyi nye...dieR xd,Umi pung kije. Aku berdua jek ngan ayah...emmm as usual la kan...heeee

Aku balik kije, Umi da siap masak. Umi pesan aku goreng cekodok jek.
Teringin plak nak rase daging "skrew" kat Bazar Ramadhan BTHO.
Aku trus ajak ayah...kang g lambat2, lecehlah..kocoh2 nak berbuke.
Air pung xwat agik...heeee

Sampai sane, emm aku trus g kat gerai daging "skrew" yg aku ngidam tuh...agagagag.



Adeiii...aku ingatkan sodaplah sangat tapi HAMPEHHSS...tauw  x? ade 2 ketol ayam dipotong sangat kecek. Cube tgk pix tu, yng bolat besar tu tauw pe? Ubi kentang jek!!! pastu kat ujung yg kecek tu cume KULIT AYAM jek!!! Huh~geram laaa...ne 1st & the last laaa belii daging ayam "skrew" ne.

Rege nye secucuk RM 2.50. Imagine laaa....dua hirisan ayam yg sangatlah cenonettt dijualnye RM 2.50. Kot yer nak untung pung, jgn sampai camne laaa....amek kesempatan plak mase bolan2 pose ne...huh~ JGN BELI!!!TIPU.....agagaggagaga

Bagus aku makan nasi ngan lauk Umi masak!!!

Pastu lepas kemas,solat siap sume...aku ready nak wat "ceklat chip"...heee rajin ler plak semalam. Heee....

Siapkan bahan2 utk uli...adeii aku tatau Umi simpan dalam tupperware tu custard ke baking powder...aku pk takpelah, buh skek jek...heeee

Aku try bakar...adeiii apsal xmcm cookies ne...xrangop pung...agaggaag
X menjadik ke ne???
Alahai...sayang nyer....
Tapi aku xputos asa, cube agik...dan trus mencube....

At last...baru aku prasan...suhu kat oven tu aku slow kan...
Opss sebab tu lah lambat sangat masak...agagagaggaag

Jadik jugerk tapi manis laaa...heeee....nak wat camner...da siap kan...
And yg specialnye...aigOooo...bentuk ceklat chip aku tuh ha...mood in LOVE....agagagaga...jgn jelesh u~




Itam sangat ke? agagagaga....jap aku compare kan ngan cookies famous amous tu,yg warna itam pekat tu...agagagag....tapi rase not bad uhhh...heeee
Da siap kemas sume pastu pensan tido...ZZZZzzzzZ~ agagaga penatlah kunun...aiGoooOOo~

Tuesday, August 24, 2010

Mood : Lagenda Budak Setan

Aku ne mmg peminat novel Lagenda Budak Setan.
Memandangkan aku teramat amat FRUST dengan filemnyer, aku try nak folo drama nye pula di Astro Prima. Kot2 la director nye ingin memperbaiki lagi mengikot cerita asal nyer....kalu same jugerkkk adei peminat2 novel ini pasti akan kecewa skalik lagik.

Episod malam ne, aku tertarik dengan babak Ayu cube "mereke" cerite yang dia sudah terlanjor dengan kekasih lame nyer dan Kasyah menerima dengan seikhlas hati walaupung pd awalnye, dia agak terkedu.

Jadi aku terfikir, benarkah seorang lelaki boleh menerima seandainya ianya benar2 terjadi di alam realiti? Sebab bg aku sendiri, seorang perempuan...kalu aku tauw lelaki tu da penah terlanjor dengan sengaje nyer sbb dia mmg kaki men pepuan...emm amek masa jugak aku utk menerima hakikat itu.

Aku buleh memafkannyer tetapi untuk melupakan kisah silam tu, biarlah masa saje yang menentukan utk aku belajar menerima. Ugh...emosi sungguh...agagagga...

Atau lelaki/perempuan same sija cuma ikot bagaimana seseorang itu mengemudi perasaannyer sendiri?
Entah...

Tapi yg telah terjadi tetap terjadi kan....
Kite tokleh patah belakang, kne trus ke depan...jadinyer betollah penerimaan Kasyah tu eh...
Nobody perfect yeyhhhh.....aggagagaga

Ramadhan ke-13

23hb Ogos 2010

Yeyhsss...pagi tadi xberkesempatan nak upload pix menu semalam.
Semalam Umi coti, jadi Umi amek turn memasak. heee...
Banyak Umi masak sbb si "antu makan" balik cni nak berbuke same...heee...

dieR sampai lambat...aku da riso,kot2 ujan lebat ke kat sana. Sambil tgu dieR sampai aku watkan soya cincau spt yang dijanjikan..heee
Ayah pung xbalik lagi, g repair "kete baru" nyer....heee
Umi da siapkan sume...pastu turn aku plak siapkan "roti kasih sayang" (resipi HomeSweetHome) tu...
Pix "roti kasih sayang" yang da siap xsempat nak capture sbb masa da siap ngam2 waktu berbuke pose...heee
dieR sampai jek trus bukak tudung saji,tgk menulah tu...agagagag..hampehs tol. Yang penting air soya cincau sejuk dieR da siap.

Menu lain yang Umi sediakan ;
Tauw x Ayam Sambal ne PEDAS GILERRR...tp dieR makan cam xpedas jek...ayah,umi,aku tertipu jek tgk dieR makan. Tapi dieR memang kuat pedas pung. Biarkan je dieR makan, berselere bukan maen...heeee
Ne nama nyer Cendawan Masak Lemak Cili Api....sodap + pedas jugerk!!!
Sotong Goreng Tepong yg besh....sodaplah Umi...Yumm Yummmieee~
Aku tersangat lah sukerrr Bubor Lambok yg Umi masak ne, same giler dgn arwah mama masak....Ughhh Rinduuu~

Crete Tambahan
....Special Nite....

Permintaan aku yang sekian lame akhirnyer dieR tunaikan!!! Waaahhhh maceh sayang....heee....jalan terus, kanan,terus...opsss signal dieR xberfungsi rupenye...adushh ne yg aku riso dieR balik memalam ne...adeiii...opss sambung balik...jalan terus agik...selekoh kanan agik....terusss da sampaiii....Yahooo~ beshnye angin malam tu...sejok.....Macehhh syg...

Selamat Hari Lahir Mama Ani

24hb Ogos 2010


Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi, Mama Ani...
Selamat Hari Jadi...

"Semuga hidup Mama Ani diberkati oleh-Nya"

Buang Air Besar berdarah


PENYAKIT buasir memang begitu kerap berlaku di kalangan masyarakat moden yang stres. Umum sudah amat mengetahui tanda utama buasir iaitu pendarahan di dalam najis dari rektum.

Malangnya amat jarang diperbincangkan untuk tatapan umum masalah pendarahan di dalam najis itu sendiri secara keseluruhannya.

‘‘Sebenarnya permasalahan ini adalah lebih penting dari persoalan tentang buasir itu sendiri kerana terdapat bermacam-macam penyebab atau penyakit lain selain buasir yang juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam najis.

‘‘Contohnya penyakit kanser usus yang lebih bahaya daripada buasir,’’ kata Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurutnya, rektum adalah sebahagian daripada usus besar yang terletak di atas lubang dubur (anus). Ia digunakan oleh usus untuk menyimpan najis sebelum sampai masa yang sesuai untuk dibuang.

Pendarahan di dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah normal yang terletak di dalam saluran dan pembuluh darah, telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung di dalam rongga-rongga usus.

‘‘Darah yang berwarna merah cerah menandakan pendarahan itu berlaku dari bahagian pembuluh darah arteri dan terletak di bahagian yang sangat hampir dengan lubang dubur seperti usus sigmoid ataupun rektum.

‘‘Manakala, darah yang berwarna merah gelap diandaikan berpunca dari sumber pendarahan yang lebih dalam iaitu bahagian awal usus besar seperti sekum ataupun bahagian akhir usus kecil iaitu ileum,’’ ujar beliau.

Walaupun tidak dianggap begitu oleh kebanyakan pesakit, kata Dr. Abd. Hamid, najis yang berwarna hitam pekat seperti tar di jalanan adalah juga sejenis pendarahan usus.

Darah boleh bertukar dari kebiasaan berwarna merah kepada hitam akibat proses tindak balas kimia oleh enzim-enzim penghadaman dan pencernaan yang berlaku kepada sel-sel darah yang keluar dari dinding- dinding perut ataupun usus kecil.

Punca pendarahan rektum

Pendarahan di dalam najis adalah sesuatu perkara yang amat dramatik bagi mereka yang belum pernah mengalaminya. Lebih dramatik jika pendarahan itu berlaku dengan banyak sekali.

Pesakit di kalangan ini sepatutnya terus berjumpa doktor ataupun pakar gastroenterologi dengan serta-merta.

Tindakan pantas ini memberi peluang awal kepada doktor untuk mengesan punca atau penyakit yang menyebabkan pendarahan itu sekali gus memberikan harapan yang lebih cerah kepada pesakit untuk pulih.

‘‘Malangnya, ada juga mereka yang telah mengalami pendarahan di dalam najis di dalam kuantiti yang sedikit dan jangka waktu yang bertahun-tahun, masih belum mendapat rundingan daripada doktor.

‘‘Jika pendarahan ini disebabkan oleh penyakit yang bahaya seperti kanser usus, maka kelewatan ini boleh membunuh,’’ kata Dr. Abd. Hamid sambil menambah, pendarahan di dalam najis adalah disebabkan oleh penyakit di dalam dinding usus itu sendiri.

Terdapat juga penyakit dalaman yang telah mengubah kecairan darah dengan menyebabkan sel-sel darah menyerap keluar dari dinding-dinding usus ke dalam rongganya seperti kanser sel darah, leukemia.

Gangguan kepada sistem yang mengawal kecairan darah juga boleh berpunca daripada pengambilan ubat seperti Warfarin oleh pesakit jantung.

Kebiasaannya, jika pesakit mendapati pendarahan di dalam najis itu berwarna merah cerah; dan ia keluar dahulu ataupun selepas najis, lazimnya perdarahan ini adalah disebabkan oleh buasir.

Sementara itu, pendarahan yang berwarna merah gelap dalam kuantiti yang sedikit dan bercampur-baur dengan najis menimbulkan syak tentang penyakit kanser usus.

Seterusnya, pendarahan hitam pekat selalunya disebabkan oleh penyakit radang di saluran esofagus, perut ataupun usus kecil (duodenum). Ia juga boleh disebabkan oleh ulser ataupun kanser di dalam organ-organ tersebut.

Tepat

Dr. Abd. Hamid berkata, terdapat juga punca-punca lain yang jarang ditemui pada pesakit tetapi amat penting untuk dikesan bagi memastikan rawatan yang tepat.

Contohnya, kanser rahim. Jika penyakit ini tidak dirawat dan dibiarkan membesar dan merebak, maka sel-sel kanser ini akan menghakis dinding-dinding organ yang berdekatan seperti usus besar/rektum dan menyebabkan pendarahan di dalam najis.

Keadaan ini dinamakan fistula – juga boleh berlaku di antara pembuluh darah tunjang yang bengkak dengan usus kecil.

‘‘Bagi pesakit-pesakit kanser rahim yang telah mengalami rawatan radioterapi, kesan jangka panjang pancaran radiasi itu juga boleh menyebabkan radang usus yang serius sehingga berlaku pendarahan.

‘‘Bagi pesakit-pesakit yang amat tua (70 ke atas) terutama sekali di kalangan wanita, pendarahan di dalam najis boleh disebabkan oleh penyakit seperti Angiodisplasia dan Divertikulosis,’’ jelas beliau.

Angiodisplasia adalah sejenis penyakit saluran darah kecil di dalam dinding-dinding usus akibat proses penuaan manakala Divertikulosis (perubahan di dinding usus yang menjadi semakin nipis akibat dari proses penuaan dan juga sembelit yang berpanjangan).

Apakah yang akan berlaku kepada pesakit yang mengalami pendarahan rektum?

‘‘Jika kuantiti pendarahan di dalam usus itu amat sedikit, ia tidak akan meninggalkan apa- apa kesan kepada pesakit selain daripada kejutan psikologi bagi mereka yang pertama kali menghadapinya.

‘‘Namun, jika kuantitinya banyak iaitu dalam lingkungan 500cc ke atas, akan berlaku perubahan yang ketara kepada sistem kardiovaskular pesakit,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Pesakit akan berasa amat lemah dan tidak bermaya. Mereka juga akan berasa seolah-olah akan pitam dan jika pendarahan ini terus berlaku dengan banyaknya, maka pesakit boleh jatuh pengsan.

Tanda-tanda pendarahan yang lain termasuklah, muka pesakit akan menjadi pucat dan berpeluh dan jika diperiksa nadinya, kadarnya lebih tinggi dari kebiasaan iaitu 70 denyutan seminit.

Saran Dr. Abd. Hamid: ‘‘Jika berlaku pendarahan di dalam najis dengan tanda-tanda di atas, maka pesakit harus dibawa ke bilik kecemasan di mana-mana klinik atau hospital yang menyediakan servis 24 jam.

‘‘Keadaan ini amat kritikal dan pesakit boleh maut akibat pendarahan di dalam najis yang tidak berhenti apabila tekanan darah mula menurun. Pesakit memerlukan rawatan kecemasan yang intensif.’’

Pesakit yang mengalami pendarahan di dalam najis tidak perlu menunggu tahap sebegini sebelum mendapat rundingan daripada doktor dan pakar.

Adalah munasabah untuk berjumpa dengan doktor segera jika berlaku pendarahan di dalam najis yang belum ditentukan puncanya oleh doktor sebelumnya.

‘‘Pendarahan merah cerah atau merah gelap yang disebabkan oleh buasir atau kanser usus kebiasaannya tidak akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan sama ada di bahagian perut ataupun dubur.

‘‘Jika ada kesakitan di bahagian-bahagian ini, puncanya adalah disebabkan oleh radang usus (kolitis) ataupun luka di dubur. Jika pendarahan di dalam najis berlaku bersama dengan lendir yang berlebihan, maka doktor akan mengesyaki kanser usus sebagai puncanya.’’

Satu pemeriksaan fizikal yang amat penting yang mesti dilakukan oleh doktor ke atas pesakit yang mengalami pendarahan di dalam najis adalah pemeriksaan dubur.

Ia memerlukan doktor memasukkan satu daripada jari tangannya yang telah dipakai sarung dan berjel ke dalam lubang dubur dan sampai kepada bahagian bawah rektum.

‘‘Kebiasaannya, ia tidak memberi apa-apa rasa sakit selain kurang selesa. Walaupun pemeriksaan ini kadangkala boleh menimbulkan kejelikan di kalangan ramai pesakit, ia amat kritikal dilakukan sebelum seseorang pesakit didiagnosis.

‘‘Betapa banyak kes-kes pesakit yang begitu lama dilabel sebagai mengalami penyakit buasir tetapi setelah pendarahan terus berlaku, ia hanya memerlukan seorang doktor melakukan satu pemeriksaan dubur untuk mendiagnosis kanser rektum,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Lain-lain ujian pengesanan

Jika punca pendarahan tidak dapat dikesan oleh pemeriksaan yang disebut di atas, maka beberapa ujian harus dilakukan untuk mencari penyebab kepada pendarahan dari rektum.

Beberapa ujian darah seperti taraf Haemoglobin (Hb) dan fungsi hati (LFT) sering dilakukan secara rutin. Taraf Hb akan memberi gambaran betapa seriusnya pendarahan itu dan LFT boleh membantu mencari penyakit hati sebagai punca pendarahan dan juga menguji kecairan darah itu sendiri.

Pemeriksaan endoskopi juga harus dilakukan untuk terus mencari punca pendarahan di dalam najis.

Endoskopi yang fleksibel yang berpotensi untuk melihat keseluruhan usus besar iaitu kolonoskopi adalah pemeriksaan endoskopi yang sering dilakukan oleh pakar untuk mencari punca pendarahan di dalam najis.

Jika pendarahan hitam dan puncanya dijangka dari perut atau usus kecil, maka endoskopi atas akan dilakukan melalui mulut.

Rawatan

Umumnya, penyakit-penyakit keradangan usus seperti kolitis dan proktitis hanya dirawat dengan ubat-ubatan.

Sementara itu, penyakit kanser usus harus menjalani pembedahan major sebelum dibantu oleh rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi.

Buasir pula boleh dirawat secara ubatubatan di peringkat awal dan apabila ia menjadi serius harus dihapuskan dengan beberapa kaedah termasuk Rubber Banding dan juga pembedahan.



Galeri Fotografi Aseng !!!

~Mimpi~

Tatkala kita tidor, bile kite dapat mimpi yang sangat indah rasenye izinkan lagi mimpi indah itu berlanjutan.

Malam tadi entah kenape aku nampak adik aku Aseng berjaya dalam kerjayanya dalam seni fotografi. Yang paling besh tu, adik aku berjaya mewujudkan sebuah galeri fotografi (yg sepatotnye itu adalah impian aku) yg mana dalam mimpi tersebut menjadi milik Aseng.

Makcik aku, Raja Nora bule pulak menjadi consultant utk adik aku...aggagaga xpaham, xpaham. Siap dorang minx izin nak wat tapak galeri tu kat atas rumah aku. Kunun rumah aku tu nak dijadikan 2 tingkat. Suasana rumah tu xubah mcm rumah2 yg ada dalam filem korea. aggaagaggaga...:)

Watak arkitek pulak dipegang oleh Pak Ngah Shahrin. Aku pulak mcm orang bingung tgk dorang berbincang. Tapi aku xabes2 ucapkan tahniah kat Aseng. Kunun aku cakap "Jeleshla kak Uya camne, apepung kak Uya tumpang gembira atas kejayaan Asim ne. Only God Knows". Aseng cuma tersenyum dan cium tangan aku, minx doakan dia.

Masa Majlis Perasmian Galeri Fotografi Aseng, datang pulak Mat Najat(abang Aseng) boolat sangat, al-maklum bahgia dengan isteri tersayang. Tapi aku xnampak Qilah mari same...heee tuka loghat skek. Mat Najat pelok Asim sambil mengeluarkan airmata gembira utk adiknya.

Aku plak macam bertahun lama xjumpe Mat Najat, borak sakan. Ketawa besar. Tak tahulah apa isi perbualan kami masa tu. Heheheh...tibe2 rindu kat adik aku sorang tu...Mat Najat, Mat Najat...

Pastu?

Aku buke mata, tgk jam tepat kol 5 pagi...yeyhsss waktu utk bersahor. Tapi sebelum tu aku duk jap kat katil sambil mengingati kisah mimpi Galeri Fotografi Aseng, aku tersenyum & berdoa agar mimpi itu menjadi kenyataan untuk adik aku. Tak kisahlah ape pung tapi kejayaannya aku sentiasa doakan...Amin~

Monday, August 23, 2010

"bintangKertas"

~Sejenak~

Aku terpanggel untuk membace artikel blog Salleh Gregor Samsa yang isunya hangat diperkatakan. Pagi ne baru aku berpeluang membaca sedikit petikan dari FB nyer.

Terkedu. Speechless. Tapi budak2 freethinker mcm dia neh bukanlah isu yang baru. Kalu beli majalah MASTIKA da lama ada isu camne. Emmm..aku maseh speechless.

Aku tanye adik aku, Aseng tapi dia pung malas nak bace. Mendidih darah nye mungkin bila bace pasal budak Salleh ne.

Aku share kisah Salleh ne ngan opismate aku, Hilal. 
Komen Hilal, "kesian budak ne sbb dia xfaham semua ne. sbb tu dia jadi camne."

Aku try search bintangkertas.blogspot tapi xberjaya. Aku cube lagik tp tetap xberjaya... At last aku jumpe cache bintangkertas.blogspot. Aku cube buke...em bule bace tapi xdptla tgk gamba2 yg ada.

Sekurang-kurangnya dia maseh reti menyebut Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya dia tahu Kaabah.

Salleh Gregor Samsa juga seorang hamba Allah, milik Allah & yang PASTI akan kembali ke sisi Allah.

Kita juga seorang hamba Allah, milik Allah & yang PASTI akan kembali ke sisi Allah SWT.

Jadinyer bagi pandangan aku, jgnlah jatuhkan hukum sesama manusia yang mengatakan Salleh G.Samsa jahat,berdosa,murtad,sesat...Kita tidak layak menjatuhkan hukuman untuk dia. Hanya Allah yg berhak. Allah yang maha berkuasa menentukan segalanya.

Dia jadi begitu juga dengan izin Allah SWT dan pasti ada sebab & hikmahnya. Dan mungkin juga suatu hari nnt dengan izin Allah SWT, dia juga bule berubah ke arah yg lebey baek.I`Allah~ Kita sebagai  hamba-Nya, mohonlah pada-Nya agar melindungi & diberikan hidayah pada saudara Islam kita ne.

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan ke-12

Arine aku rase emmm penattt sgtt!!! tatau watpe...heee...
Ingat nak peg window shoping sementara tgu gaji mgu depan...tp terbatal hasrat tu sbb aku PENAT! heheh
Jadi nyer duk relax jek di ruma sambil nuntun tv...hehe
Emm relax punye relax tgk da kol 3 lebey...g dapo wat preparation nak msak...
Dalam otak da set da nak masak per...bahan plak kebetulan sume da ada.
Ape lagi.....Ne lah hasil nyer....heheh...mcm banyak jek menu tapi aku wat sket2 jek....sesuai ngan kami 3 orang jek...

1. Sambal Tumis Ikan Bilis (resipi mamaku)


2. Ikan Dalam Taman (hihi...aku folo jek dari HomeSweetHome)



To be continued....mau berbuke pose dulu...

Dan aku sambung agik...menu seterusnya ialah;

3. Sayur Pucuk Paku Belacan (aku belasah ikot suke...hehe)

4. Sotong Goreng Tepung (gune tepung Cogi...heee umi cakap sodap)



4. Sardin Roll (Special aku create sdri...gagagaga)
Yang siok tu Ayah ngan Umi laju jek makan....berbaloi rasenye aku masak. hehe....Bukan ape,kalu beli kat luar,rasenye sangat mengecewakan. Baek aku wat sendiri...bule adjust mn nak lebey kan dan kurangkan. Heheh.....
Ya Allah, Syukur atas nikmat & rezki yang Kau limpahkan kepada Kami....Amin~

Crete Tambahan;
Pn Munie msg pagi tadik ajak berbuke pose ngan former AJK AFCM...aiyoooooo aku XCITED sehhh...rindu ngan dorang....memang tgu gak dorang ajak...hehe....tp alahaiii kuciwa laaa sbb masa yang dipilih aku xdpt juin plak...uwaaaaaRGhhhh~ Adammm i really missh u la bro....:)
Tapi dalam ati masih bg harapan kot2 bule adjust masa tu...heeeee kalu okie....Korang, waiting 4 me....hehee.....

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan ke-11

Tugas awal aku pagi ne...oline jap sbb nk cari hairstyle cut...gagagaga...Da jumpe mane yg bkenan trus cabot g auntie Sakura...Yahooo naseb parking senang dapat. Aku tunjuk 2 patern kat auntie tu mnx suggestions....Aku stujuk  jerk...janji tuka imej skek...gagagaga KUNUN~

Selesai gunting tu...auntie tu kate "waaah u nampak mude la moi kalu short hair.." IYA KA??? muke ttap BOLAT wooo...aggagaagaga

Lokasi aku seterusnya ialah "Pasar" GIANT...ramai jugak tapi okie lagik...
Beli ayam,daun limau purut,emmm mayonise, berus gg...hehe dan aku lupe lagik SABTU ialah hari tanpa PLASTIK...gagagaag...takkan aku nak angkot sume brg2 ne kan...terpakse lah aku beli 20 sen satu...heee
Aku cuci mata gak kat kdai depan tu tgk tudong,baju melayu,beg,baju  kurung....emm ade 1 tu aku bkenan,rega pung okie la...tp pulus perlu dibajet...gagagaga...

Balik ruma trus siapkan barang nak masak...dan  MENU RAMADHAN ke-11 ialah ;

1) Paprik Ayam (Resipi Hilal...)



2) Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api (Resipi Nenek..ku)


3) Roti Kasih Sayang (haaaaa menu ne aku amek resipi dari Ummi "HomeSweetHome")

Aku rase huiiyoooo SODAP...I Likeee!!!!~ Ayah pung cakap SODAPPP....memule tu ayah nak  rase setenga jek...pastu    rase sket trus ayah abesh kan....gagagaga...maknenyer bule wat agik.. Tapi hiasan aku xla secantek macam HomeSweetHome tu...heeee....





Crete tambahan Ramadhan 11

Skek cete lucu arine kan...gagagaag aku ber FB ngn mber aku. Ade la dia cakap beli kueh kat PARAM. Ari Jumaat aritu aku ngan Hilal da tgelak2 da....emmm hanya Hilal yg tauw...so mcm nak tauw la kat mn kdai PARAM ne kan...rupenye PARAM shortform utk PASAR RAMADHAN....mampusshh aku kene gelak dgn si Sarah,kentot busuk betol mber sorang ne...gagagagaga...nampak sangat aku xtauw kisah luar skrg ne...gagagagagaga.....tp naseb aku bertanye,kalu x sesat pengetahuan la aku sampai bebile. Ingatkan PARAM tu sebuah kedai yg sangat FEMES kueh mueh nye...gagagagagaga HAMPEHHHHH

Menu Ramadhan ke-10

Arine pung aku kene masak jugerk...ada 2 hari lagik kot aku kene perah otak nk masak pe...aicewah...
Paling penting aku kene masak makanan kesukaan ayah....So aku pk Kari Telor (faberet ayah)...Masa berbuke pose laju jek ayah ratah...xmakan dengan nasi tp ayah makan dengan murtabak...heee...
Untuk Ummi pulak aku masakkan sayor campor special...aicewah,special sgt ka? aggagagaag sodap sodap...




Pastu da siap kan 2 lauk ne, aku terpk plak, kalu kuah kari, sayor, sedap gak kalu ada ikan goreng kan....Syuurrrrrr goreng ikang pulak laa.....heeee



Sodappp...sodap...kari telor,sayor,ikan goreng LICIN tau....aggagagagagaga

Friday, August 20, 2010

Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha


Entah kenape sejak kebelakangan ne aku lebey gemar cari bahan2 bacaan camne. Em aku rase lebey byk manfaat utk dijadikan rujukan utk aku sdri. Bagi sedar diri.gagagag. Aritu masa folo big buss aku cari surah yassin(gift utk jamuan perpisahan dia) kat jalan tar tu, aku pung membelek2 la novel kat situ. Sbnrnye aku mule suke baca buku2 camne sejak "jatuh cinta" dengan buku Al-Tahzan(jangan bersedih lagi)...TERIMA KASIH kat perasaan "sedeh" yang aku rase tu. Sekurang-kurangnya aku lebey gemar bace bahan bacaan yang camne..hehe.
Korang sesiapa yg berminat bace buku camne, trylah carik buku ne. Bagi aku sendiri, emmm xlah semenarik mcm sinopsis diluar buku tu tapi ada certain2 words yang buleh kasi kite kesedaran dan tersentap. heheh....

Kesimpulan aku sendiri pasal Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha;
Perasaan sayang,cinta,rindu adalah ANUGERAH yang xternilai. Bila seseorang dah tiba masanyer utk tersentuh dengan perasaan2 tu, tugas seseorang tu kenelah pandai mengemudi perasaan tersebut. Jika tak itulah yg menjadi masalah. Macam kesah Zulaikha, dia jatuh cinta pandang pertama tanpa Yusuf ketahui perasaan yang berkelodak dalam naluri wanita tersebut. Watak Yusuf yang sangat,terlalu baik,mempunyai hati yang bersih dan terlupe seketika pada tutur kata yang baginya tiada niat buleh menyinggung perasaan seseorang. Bagi Zulaikha pula, bila hati menaruh "perasaan", hati tentulah akan tersentuh walau sepatah bicara yang diucapkan oleh orang yang menyentuh hatinya...Lantas disitu terbit emosi dari kedua-dua pihak yang semestinya Allah ingin menunjukkan sesuatu yang pasti ada hikmahNya. Dan dalam "kitab" ini juga aku nampak jalinan persahabatan diantara Yusuf & Omar yang sangat mendalam. Bertuahnya kita seandainya mempunyai persahabatan yang begini...Aku cuma buleh katakan 3 bintang (***) untuk novel ini...hehehe....

Menu Ramadhan ke-9

Semalam aku kene masak sendiri sbb Umi kije. Aku pk lauk pe nak masak utk Umi & Ayah. 2 Lauk da ckup ler sbb aku xkesah nyer,sume aku makan. Dalam pala aku ada 2 menu aku nak masak;
  1. Sayor Campor Lada Hitam (teringat resipe Mama Ani..hehe)
  2. Ikan Sambal Tomato (cilok resipe Ummi HomeSweetHome)
Pagi sebelum g kije,memang aku da kuarkan ikan da...senang nak masak petang kang. Aku tatau jenis ikan pe...hehe...Umi suh masak,aku belasah jerk. Rupenye tu lah Ikan Seblah (ade gak yang panggil Ikan Sisa Nabi...haaa)
Sambil goreng ikan tu sampai garing(aku sukeeee),aku siapkanlah bahan2nya. Aku toleh tgk jam kol 6.15 da. Sempat,sempat. Heheh



Pastu aku jenguk ayah kat depan, ingatkan beli Roti John Acu kat Bazar Ramadhan BTHO. Teringin nak rase...Umi pung nak rase. Ayah nak tgk camner bisnes Acu kat sana...emmm Ayah kate dapat sambutan. Alhamdulillah,rezki kan...

Selesai masak ikan tadik, aku da ready nak masak sayor campor lada hitam ne plak. Bule tahan jugak...hahaha puji diri sendiri. Alaaa Umi makan pung selere jek...grup grap grup grap...sayor kubis ngan lada benggala rangup lagik...agagagag




Selesai masak sayor. Aku potong timun wat ulam plak...hehe
Selesai siapkan sume, Ayah pung balik dari Bazar, bwk roti john Acu...heee sodap! Makan...Makan.... Tapi arine nak masak ape plak yea....emmm heee

Thursday, August 19, 2010

"Kampung Halaman"

Duhai...ingat lagi beberapa tahun yang lepas, untuk pertama kalinya aku "membawa diri" ke Kemamang dan berpose di sana. Aku ingat lagik camner rase ikan pari bakar. Em Kak Long,Thirah mst bawak aku kat Bazar Ramadhan sbb nak beli ikan pari bakar tu. Sampai jek waktu berbuke pose, heee kitorang mmg truje la. Tapi seingat aku Mat Najat paling "berahi" la makan ikan pari bakar tu. Sedapp wooaaah~

Malam ne pikiran aku melayang ke suasana Ramadhan beberapa tahun yang lepas. Banyak kenangan manis aku selama tempoh ade kat sana. Heee...gi panjat umah Chu, intai Neng masak pe. Ingat ns goreng ikan Neng. Makan ngan Tok, Opah...aduiii nk ngalir da airmata aku ingat sume tu. Emmm tiap2 kenangan datang menerpa pikiran aku. Actually kan, sejak aku menempuhi kenangan tu, setiap kali Ramadhan menjelma aku pasti akan terkenangkan suasana sume tu. Tolong Neng wat kueh kat dapo...gelak ramai2 ngan Sopi, Thirah, Aseng...emmm rindu nye. Betol da tak tahan nak teruskan la diari malam ne...emmm

Tok,Opah,Chu,Neng,Yong,Pak Long,Mak Long, K.Long,Jat,Asim,Saufi,Thirah...korang sume ttp ade dalam hati untuk selama-lamanya...:)

Opss...nak selitkan kat cni...Cikgu Asim ajar...heee

  • doprok cetong tuh mknenye tiada kudrat atau lembik (kalo Asim tpu aku pung tatau)gagaga
  • kemamang opmo lang ati ambe maknenyer Kemaman sentiasa dihatiku...:)
  • baiki = bekki (agagagaga)
Sekian pembelajarang utk malam neh...heeee
Related Posts with Thumbnails